Minum Petang Dengan Pulut Panggang Legend Sesedap Citarasa


Sebagai peminat pulut, apa saja masakan dengan pulut ni memang umi suka begitu juga dengan habibi seperti tapai, lopes dan paling diminati ialah pulut panggang. Ada yang panggil pulut udang tapi kekadang tu tak letak udang pun, jadi sebaiknya panggil pulut panggang. Kalau guna udang pun, mereka guna udang kering.


Pulut Panggang LegendInilah juadah minum petang favorite habibi. Jimat tenaga umi nak membuatnya

Sejak jumpa penjual pulut panggang ni beberapa tahun lalu, memang malas betul nak buat sendiri sebab boleh dibeli je dan harganya RM6 untuk 5 batang. Cukuplah untuk umi dan habibi buat minum petang sebab KC Iman yang suka pun sibuk dengan kelas PJJ, KY Amanda pula bila balik kerja, terus ke rumah sendiri



Sebenarnya nak buat pulut panggang ni tidaklah berapa susah tapi agak renyah dan kalau dibuat kuantitinya banyak dan paling payah sebab kekangan masa

Fuhh punya banyak alasan kan tapi tengoklah kot ada masa nanti boleh umi buat balik pulut panggang dengan isi udang segar seperti dulu




Saiz pulut panggang ni pun agak besar dan rasanya pun sesedap selera. Serunding kelapa dalam pulut panggang pun sedap, tak manis dan secukup rasa

Kiranya memang puashati dengan pulut panggang ni berbanding pulut panggang yang dijual  kat kawasan berdekatan

Kalau tak habis, pulut panggang ni tak cepat basi dan yang tak habis tu umi simpan kat dalam peti sejuk, kemudian pan fried kat atas dapur. Memang lagi sedap sebab bagi garing pulutnya



Bonda pernah buat pulut panggang ni waktu kami semua masih kecil dan kuat makan, tapi bila kena diri sendiri ni memang kurang rajin sebab kekangan masa, malas nak membakar sebab pulut panggang yang sedap kalau dibakar guna bara bukan atas periuk leper guna gas



Pulut panggang ni dibuat oleh isterinya dan setiap hari setiap hari dia akan bawa dalam 200 - 300 (kalau tak silap) dan memang habis la

Memang tak menang tangan tengok dia membakar dan mengipas pulut panggang ni tapi inilah rezeki buat dia sekeluarga

Lokasi Pulut Panggang Legendwaze Tasik Seri Rampai dan motor pakcik peniaga parkir berdekatan Flat Setapak Jaya 2B dan berdekatan Residensi Rampai 2
Resipi Pulut Panggang Tanpa Udang KeringKalau dulu bonda buat pulut panggang guna udang kering buatan sendiri. Udang kertas kecil, direbus dan dijemur hingga betul-betul kering. Memang sedap la udang kering bonda tapi udang kering yang dibeli ni terlalu masin dan memang tekak umi tak boleh gi

Baca Juga : 12 Resipi Guna Beras Pulut


Bahan-bahan 2 cawan pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
Garam
Daun pisang


Bahan serunding kelapakelapa parut putih (1 biji kelapa)
2 sudu minyak
1 sk garam
1 sb gula kabung
2 sudu besar air asam jawa cair


Bahan kisar/ditumbuk10 cili kering, dibuang biji dan direbus atau direndam air panas
1 biji bawang besar
5 hiris kunyit
5 hiris lengkuas
1 sudu jintan manis
2 batang serai, dihiris
½ cawan ikan bilis


Cara Penyediaan 1. Toskan pulut  yang telah direndam semalaman. Masukkan ke dalam pengukus. Bila dah masak, gaulkan dengan santan yang sudah dicampur sedikit garam.
2. Daun pisang, dilayur  atas dapur, dilap dan dipotong ikut saiz yang diinginikan
3. Serunding Kelapa : Panaskan minyak & tumis bahan kisar, masak hingga garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula, kemudian masukkan kelapa parut. Kacau dengan kerap supaya tidak hangit.  Kalau nak tambah lemak, boleh tambah santan. Masak hingga agak kering dan berderai.
4. Ambil 1 sudu besar pulut, letakkan di atas daun pisang yang telah dilayur. Tekan₂ hingga menjadi leper dan tambah inti (serunding) ditengah-tengah pulut secara memanjang. Lipat kiri dan kanan daun pisang (gulungkan) dan di semat dengan lidi di kedua-dua belah hujungnya. Gunting lebihan daun dan panggang atau di bakar hingga garing. Siap!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/06/minum-petang-dengan-pulut-panggang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 179 hits
Nikmatnya balik kampung kalau dapat sarapan pagi pulut panggang inti sambal tumis sambal nasi lemak tu Pulut panggang inti sambal tumis makanan tradisional Melayu salah satu makanan kegemaran saya sejak kecil Saya membesar dengan pulut pang...
Resipi Pulut Mangga Thai

Resipi Pulut Mangga Thai

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 198 hits
Resipi Pulut Mangga Thai Antara pemanis mulut Thai yang aku suka dan pasti akan cari bila ke negara Gajah Putih itu ialah pulut mangga Sepanjang pengalaman ke sana ada sekali dapat mangga masam rasanya beli di pasar malam Kite ni dahlah tak...
Petua Kulit Berseri Dengan Beras Pulut Dan Kunyit

Petua Kulit Berseri Dengan Beras Pulut Dan Kunyit

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 148 hits
Kulit Kusam Hilang Wajah Berseri Jelita Petua Kulit Berseri Dengan Beras Pulut dan Kunyit Mempunyai kulit wajah yang cerah bersih dan berseri adalah dambaan setiap wanita dan lelaki Namun faktor seperti cuaca panas pencemaran dan gaya hidup...
Kicap Pes Cili Legend Untuk Char Kuay Teow Buat Sekali Simpan Lama

Kicap Pes Cili Legend Untuk Char Kuay Teow Buat Sekali Simpan Lama

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 233 hits
Anda suka makan Char Haa sekarang tak payah tunggu orang jual boleh masak sendiri kat rumah Kali ni kami kongsikan resipi lengkap kuah kicap pes cili dan cara cara masak Char Kuay Teow homemade yang padu hasil perkongsian saudari Azrina Sur...
Sambal Tumis Sardin Petai Paling Legend Bau Je Dah Lapar

Sambal Tumis Sardin Petai Paling Legend Bau Je Dah Lapar

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 206 hits
Sambal Tumis Sardin Petai ni memang nampak sangat menyelerakan Sambal tumis yang pedas ikan sardin yang garing ditambah pula dengan hirisan petai yang besar besar begini memang sangat membuka selera Menunya biasa je tapi lauk beginilah yang...
Awas Bahayakah Minum Air Kelapa Beserta Ubat Fakta Penting Perlu Tahu

Awas Bahayakah Minum Air Kelapa Beserta Ubat Fakta Penting Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 179 hits
Awas Bahayakah Minum Air Kelapa Beserta Ubat Fakta Penting Perlu Tahu Air kelapa sering dianggap minuman penyembuh serba guna tetapi benarkah ia selamat diminum bersama ubat ubatan Ramai di antara kita mungkin tidak sedar akan potensi inter...
Minum Ais Lemak Jadi Beku

Minum Ais Lemak Jadi Beku

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 115 hits
MINUM AIS LEMAK JADI BEKU Assalamualaikum Dr Zubaidi Adakah pengambilan air sejuk terutamanya selepas makan makanan berlemak boleh menyebabkan pembekuan lemak dalam salur darah atau sistem pencernaan Apakah pandangan saintifik mengenai perk...
Minum Ayaq Ni Bagus

Minum Ayaq Ni Bagus

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 84 hits
Bahan bahan 1 inci halia 3 ulas bawang putih biji lemon 1 gelas air suam Cara Penyediaan 1 Hiris halia bawang putih nipis 2 Perah jus lemon ke dalam gelas air suam 3 Masukkan halia bawang putih biarrendam 10 15 minit sebelum minum Kebaikan ...
Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank

Apa Beza Polis Dengan Vat 69


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Best Friend Waktu Malam

Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat