Minum Kopi Kaw Sambil Layan Mi Bandung Muar Tenangnya Lepak Di Kedai Kopi Kebun


Memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah mudah. Kita juga manusia biasa, ada masanya akan rasa letih dan tertekan. Tak mahu burn out, sesekali perlu juga ambil masa untuk diri sendiri dan buat apa yang kita suka. Barulah boleh recharge semula tenaga!
Lepak Dengan Kawan, Minum Kopi Dah Cukup
Kadang-kadang untuk me time, ibu tak perlu keluarkan modal yang besar pun. Cukup sekadar dapat keluar sebentar dari rumah dan keluar bersama teman-teman rapat.
Dapat berkongsi cerita sambil duduk minum kopi sebenarnya sudah cukup untuk buat ibu rasa tenang dan lupa sebentar bebanan kerja yang ada. Dapat pula kopi yang ‘kaw’ dan makanan yang sedap, lengkaplah pakej untuk kembali bersemangat kan?
Uniknya Kedai Kopi Kebun
Bercerita tentang tentang tempak lepak yang ada kopi sedap, cubalah ke Kedai Kopi Kebun. Menurut pemilik kafe ini, Puan Sali Suhaimi, Kedai Kopi Kebun telah mula beroperasi sejak bulan Mac 2022 yang lepas. Kafe ini terletak di Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam.
Team Kedai Kopi Kebun yang sedia menawarkan servis terbaik kepada para pelanggan Biarpun usia kafe ini baru sahaja sembilan bulan, tetapi sudah ada pelanggan tetap yang datang untuk menikmati kopi dan kek sambil mendengar alunan lagu lama nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan biduanita Saloma. Memang mendamaikan.
Ditanyakan tentang idea untuk membuka Kedai Kopi Kebun, Puan Sali menjelaskan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memulakan perniagaan sendiri.
“Saya tak tahu nak meniaga apa, jadi saya senaraikan semua perancangan saya termasuklah peniagaan F&B. Jadi saya buat kajian tentang perniagaan ini, termasuklah kekuatan dan kekurangannya.”
Tambahnya lagi, akhirnya niat untuk membuka kafe diteruskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua kerana duit simpanan sudah semakin berkurangan.
“Saya kena retrench semasa awal PKP 1, jadi duit dalam simpanan makin habis saya gunakan untuk survive waktu itu. Waktu tu saya nekad dan mula merancang untuk buka Kedai Kopi Bunga ni.”
Ilham Nama Unik & Konsep Kafe
Cerita Puan Sali, idea untuk menamakan kafenya datang dari konsep dan dekorasinya. Kalau dilihat, dalam kafe ini banyak pokok-pokok seperti duduk di dalam kebun. Banyak nama yang difikirkan, akhirnya Puan Sali memilih Kedai Kopi Kebun kerana lebih dekat dengan hati.
Uniknya konsep Kedai Kopi Kebun! “Bekerja hampir 28 tahun dalam bidang IT memang stres. Saya rasa semua kerja akan buat kita tertekan. Penting kita jaga kesihatan mental, barulah badan pun sihat. Jadi waktu itu, saya banyak keluar minum dengan kawan-kawan di kafe.”
Ketika itu, Puan Sali mendapati kafe atau gerai kopi yang dihiasi dengan pokok-pokok akan mewujudkan rasa tenang apatah lagi dia juga seorang yang memang sukakan tumbuhan. Semua faktor ini memberi inspirasi kepadanya untuk membuka kafe berkonsepkan pokok-pokok.
Dekorasi ringkas dengan hiasan pokok-pokok memenuhi Kedai Kopi Kebun “Kalau dulu saya ke kafe untuk rest minda, kali ni kiranya macam saya nak bagi balik pada generasi muda yang penat bekerja supaya ada tempat mereka nak break dan hilangkan stres sambil minum kopi.”
Top Seller Kebun Kedap Kopi
Menurut Puan Sali lagi, di kafenya memang tiada banyak pilihan makanan kerana dia lebih mensasarkan untuk pelanggan datang dan rehatkan minda. Namun berkongsi apakah top seller di Kedai Kopi Kebun, sudah tentulah Kopi Muar dan Mi Bandung Muar.
Mi Bandung Muar yang menjadi kegilaan ramai di kafe ini! Untuk pemanis mulut pula, antara yang menjadi pilihan para pelanggan adalah Kek Batik dan Kek Lapis Asam Manis selain beberapa pilihan biskut premium.
Kek Batik Biscoff yang diminati ramai Yang menariknya di Kedai Kopi Kebun ini juga ada dijual pokok kokedama. Ada banyak jenis pokok kokedama yang ada di sini dan boleh dibeli oleh para pelanggan untuk dibawa pulang.
Antara pokok kokedama yang boleh dibeli dari Kedai Kopi Kebun Buka Cawangan Baru
Ditanyakan tentang perancangan untuk membuka cawangan Kedai Kopi Kebun yang lain, Puan Sali ada memasang niat tersebut. Tambahnya lagi, jika mempunyai kewangan yang cukup bolehlah dia buka cawangan lain untuk anak-anaknya belajar berniaga jika mereka mahu.
Damai dan menenangkan “Saya nak tunggu anak-anak semuanya tamat pengajian dan kalau mereka berminat bolehlah ambil alih perniagaan saya. Perancangan untuk tambah cawangan lain semuanya dah dibuat, kalau ada rezeki dari segi kewangan tinggal untuk execute sahaja.”
Sekiranya anda mahu melepak di Kedai Kopi Kebun, bolehlah layari laman Instagram kedaikopi.kebun
The post Minum Kopi ‘Kaw’ Sambil Layan Mi Bandung Muar, Tenangnya Lepak Di Kedai Kopi Kebun! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/minum-kopi-kaw-sambil-layan-mi-bandung-muar-tenangnya-lepak-di-kedai-kopi-kebun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Nescafe Santan Cara Minum Kopi Gaya Pengamal Intermittent Fasting

Resipi Nescafe Santan Cara Minum Kopi Gaya Pengamal Intermittent Fasting

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 180 hits
Kopi adalah minuman kegemaran ramai orang Mereka yang mengamalkan diet juga sudah semestinya tidak boleh meninggalkan kegemaran untuk minum kopi Senang cakap ngopi sudah jadi gaya hidup masyarakat kita sejak dulu lagi Mana boleh tinggal Kal...
Minum Kopi Di Bendang Cafe Eco Ardence Shah Alam Selangor

Minum Kopi Di Bendang Cafe Eco Ardence Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum semua Ingat lagi tak mam pernah cerita yang kami pergi Lunch di Restoran Bendang Eco Ardence Shah Alam Selangor Selepas tu dah beberapa kali mama pergi lunch sana En hubby suka lauk lauk kat sana sebab sedap dan fresh Bebera...
Sebab Ayah Sertai Sidang Parlimen Kedai Kopi

Sebab Ayah Sertai Sidang Parlimen Kedai Kopi

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 228 hits
Gemulah ayah ambo boleh dikatakan menyertai sidang parlimen kedai kopi setiap hari Kalau ada masa dia akan sertai dua sidang sehari iaitu pada sebelah pagi dn petang Sidang parlimen tidak diadakan pada waktu malam pada ketika itu Sidang pag...
Sibuk Mengelap Lantai Orang Tegur Pun Tak Layan Rajinnya Baby Rina Tolong Omma

Sibuk Mengelap Lantai Orang Tegur Pun Tak Layan Rajinnya Baby Rina Tolong Omma

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 117 hits
Rina yang merupakan anak kepada influencer media sosial Riyzal Ibrahim dan Maryam kini sudah berusia 13 bulan Telatahnya yang comel sering mendapat perhatian warganet kerana dapat dilihat dia seorang anak yang bijak dan aktif Bukan sahaja v...
Layan Makan Di Restoran Dapoq 5 Beradek Bandar Putra Bertam Kepala Batas

Layan Makan Di Restoran Dapoq 5 Beradek Bandar Putra Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 357 hits
Restoran Dapoq 5 BeradekRestoran Dapoq 5 BeradekRestoran Dapoq 5 Beradek ni terletak di alamat Persiaran Seksyen 4 7 Bandar Putra Bertam 13200 Kepala Batas Pulau Pinang Dapoq 5 Beradek ni buka dari pagi hingga petang Menu menu kat sini maca...
Jiran Nekad Tampal Notis Pada Pintu Mohon Jiran Sebelah Perlahankan Suara Masa Layan Piala Dunia

Jiran Nekad Tampal Notis Pada Pintu Mohon Jiran Sebelah Perlahankan Suara Masa Layan Piala Dunia

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 272 hits
Demam Piala Dunia 2022 masih belum surut Ramai penyokong tidak tidur malam semata mata mahu menyaksikan perlawanan bola sepak Tatkala pasukan yang disokong merai kemenangan jeritan 8216 gol 8217 memecahkan kesunyian pagi sehingga dikatakan ...
Luhut Soal Kcic Minta Konsesi Kereta Cepat Jakarta Bandung 80 Tahun Tak Masalah

Luhut Soal Kcic Minta Konsesi Kereta Cepat Jakarta Bandung 80 Tahun Tak Masalah

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 156 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan mengatakan permintaan PT Kereta Cepat Indonesia China untuk memperpanjang konsesi Kereta Cepat Jakarta Bandung jadi 80 tahun masih digodok oleh pemerintah
Potret Rumah Laksamana Yudo Margono Bisa Olahraga Sambil Nonton Tv

Potret Rumah Laksamana Yudo Margono Bisa Olahraga Sambil Nonton Tv

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 146 hits
Komisi I DPR resmi menyetujui Kasal Laksamana Yudo Margono sebagai Panglima TNI menggantikan Jenderal Andika Perkasa yang memasuki masa pensiun Persetujuan itu dilakukan setelah Yudo Margono lolos fit and proper test di Komisi I DPR pada ha...
Genap 3 Tahun Anak Pergi Nora Ariffin Melawat Pus4ra Sambil Bawa Skrol Diploma Milik Arwh

Genap 3 Tahun Anak Pergi Nora Ariffin Melawat Pus4ra Sambil Bawa Skrol Diploma Milik Arwh

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 208 hits
Sebelum ini tul4r tentang penyanyi Datuk Nora Ariffin mengambil skrol anaknya Muhammad Syakir Alif Johan di majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara ke 95 yang berlangsung bulan lalu
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco