Minta Tolong Cari Baju Lepas Basuh Azmi Saat Tak Ada Masalah Urus Anak Teruja Suap Makan


Penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui pengalaman membesarkan anaknya bersama isteri agak mencabar namun meletakkan segalanya kepada Allah SWT.

Bila melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan anaknya, dia meletakkan segalanya pada Allah agar dijauhi dari hal yang tidak diingini.
Malah kata Azmi lagi, dia dan isteri bukanlah pasangan pertama yang membesarkan anak sendirian tanpa bantuan orang lain. Ia detik terindah buatnya dan isteri tambah lagi si comel, Khalisa kini bakal memasuki usia enam bulan.
“Antara soalan yang banyak ditanyakan pada kami tentang anak adalah siapa yang tolong jaga? Bila kami jawab kami berdua sahaja yang jaga sendiri, biasanya mereka akan terkejut. Mereka terfikir bagaimana keadaan saya dan isteri yang dua-duanya langsung tak boleh melihat menguruskan anak.

“Memang betul. Saya dan isteri jaga Khalisa berdua sahaja. Malah kami bukanlah pasangan buta pertama yang berbuat demikian. Ramai lagi kawan-kawan senasib saya buat perkara yang sama walaupun kebanyakannya salah seorang dari pasangan boleh melihat sedikit.
“Saya bersyukur dapat isteri yang memang kuat semangatnya untunk menjaga anaknya sendiri. Memang sejak awal perkahwinan kami dah sudah suarakan hal itu.
“Dia tak mahu seperti mereka yang tinggalkan anak di kampung dan ambil semula setelah pandai mengurus diri.
“Jujurnya memang ada risau juga. Terutamanya hal yang berkaitan keselamatan. Namun, kami serahkan semuanya pada Allah. Kami selalu saling mengingatkan agar baca bismillah sebelum buat apa sahaja. Mudah-mudahan Allah jauhkan dari hal yang tak dingini,” tulisnya panjang lebar.

Tambah Azmi lagi, dia paling bersyukur bila mana ada rakan-rakan terdekatnya yang sentiasa prihatin dan sudi membantu dalam banyak hal menguruskan anaknya.
“Selain itu, kami juga bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang selalu bertanya khabar. Walaupun kami boleh jaga sendiri bukan bermakna langsung tak perlukan penglihatan.
“Ada juga beberapa perkara yang kami minta orang lain untuk tolong seperti mencari semula pasangan baju dan seluar yang bercampur waktu dicuci dan tengokkan kalau-kalau ada ruam atau apa-apa pada badan Khalisa yang tak mampu dirasa dengan jari.
“Syukurnya, tak ada satu pun dari mereka yang mempersoalkan cara kami menjaga anak. Mereka hanya bantu apa yang kami perlu sahaja,” tulisnya.

Kini kata Azmi dia dan isteri semakin teruja untuk memperkenalkan makanan pejal buat Khalisa malah mengakui agak berdebar-debar melalui fasa baru itu.
“6 Mei ini Alhamdulillah genap 6 bulan umur Khalisa. Bermula fasa baru untuk dia dan kami iaitu fasa nak bagi dia makan. Agak mencabar juga. Nak sediakan makanannya, nak menyuap dalam keadaan dia belum pun kenal erti makan dan nak pastikan dia betul-betul dapat makan dengan baik.
“Selain itu, Khalisa dan Ibu juga akan belajar berpisah kerana perlu menghantar Khalisa ke rumah pengasuh. Bulan Jun Si Ibu sudah kembali bekerja. Dah berapa kali dia suarakan kesedihan bila terpaksa menghantar Khalisa pada orang lain.
“Begitulah kawan-kawan. Hidup adalah perjuangan. Kita semua ada perjuangan masing-masing. Menang atau kalah adalah bermula dari impian. Bila ada impian barulah adanya kekuatan.
“Sama-sama kita berjuang dengan cara kita sendiri. Kita ada Allah yang akan sentiasa beri yang terbaik untuk hambaNya. Selalulah bersangka baik dengan Allah. Mudah-mudahan kita selalu dalam kasih-sayangNya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Azmi dan isteri menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada 6 Mei tahun lalu selepas melalui tempoh duka pemergian anak pertama yang mengalami masalah pernafasan.
Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post “Minta Tolong Cari Baju Lepas Basuh” Azmi Saat Tak Ada Masalah Urus Anak, Teruja Suap Makan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/minta-tolong-cari-baju-lepas-basuh-azmi-saat-tak-ada-masalah-urus-anak-teruja-suap-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Licik Arif Ridwan Usai Bunuh Rini Mariany Sempat Bujuk Anak Korban Tak Lapor Polisi Saat Cari Korban

Siasat Licik Arif Ridwan Usai Bunuh Rini Mariany Sempat Bujuk Anak Korban Tak Lapor Polisi Saat Cari Korban

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 109 hits
Bujuk rayu itu disampaikan tersangka Arif Ridwan kepada anak korban saat mencari keberadaan ibunya di kantor
Makanan Pek Segera Buat Anak Jadi Memilih Makan Pilih Real Food

Makanan Pek Segera Buat Anak Jadi Memilih Makan Pilih Real Food

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 194 hits
Industri makanan kita terutama industri yang membantu menyenangkan ibu dan anak untuk memberikan makanan kepada anak anak sememangnya baik dan paling utama dapat membantu mengurangkan masa ibu untuk memasak Pun begitu dengan deretan makanan...
Sharifah Shahirah Pakaikan Anak Perempuan Baju Melayu Pergi Rumah Terbuka Gara Gara Tak Bawa Baju Kurung

Sharifah Shahirah Pakaikan Anak Perempuan Baju Melayu Pergi Rumah Terbuka Gara Gara Tak Bawa Baju Kurung

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 214 hits
pakaikan anak perempuan baju Melayu pergi rumah terbuka gara gara tak bawa baju kurung Gelagat pelakon pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video bersama anak anaknya di Instagram milikny...
Caprice Cari Remaja Mulut Puaka Gelar Anak Seperti Dajal Kecil Amp Haiwan

Caprice Cari Remaja Mulut Puaka Gelar Anak Seperti Dajal Kecil Amp Haiwan

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 183 hits
Pempengaruh terkenal Caprice cari remaja mulut puaka apabila tergamak menggelar anaknya Airiel Qashaf bin Ariz sebagai dajal kecil dan haiwan tertentu Tergamak cakap macam tu dekat bayi Menerusi perkongsian yang dibuat pemilik nama sebenar ...
Foto Momen Jokowi Kepedasan Saat Makan Mie Gacoan Bareng Menteri Basuki Di Ntb Begini Ekspresinya

Foto Momen Jokowi Kepedasan Saat Makan Mie Gacoan Bareng Menteri Basuki Di Ntb Begini Ekspresinya

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 168 hits
Presiden Jokowi menyempatkan diri mencicipi Mie Gacoan di Mataram dalam kunjungan kerjanya ke Provinsi Nusa Tenggara Barat
Halim Othman Dedah Anak Alami Depresi Minta Diberi Ruang Selesaikan Masalah

Halim Othman Dedah Anak Alami Depresi Minta Diberi Ruang Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 181 hits
Bekas penyampai radio tersohor Halim Othman dedah anak alami depresi selepas diminta memberi penjelasan mengenai pengakuan bahawa dirinya adalah anak luar nikah Halim berkata dia meminta semua pihak untuk bertenang dan memberi ruang buat me...
Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak Doktor Jelaskan Hal Ini

Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak Doktor Jelaskan Hal Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 176 hits
Waktu mengandung ni selera ibu memang macam macam Ada benda yang kita tak suka makan sebelum hamil tiba tiba jadi kegemaran pula bila berbadan dua ni Ada juga jenis makanan yang kita tak pernah makan tapi teringin pula nak merasa waktu meng...
Nahas Helikopter Terhempas Mommy Mommy Pergi Mana Anak Mendiang Joanna Tercari Cari Ibunya

Nahas Helikopter Terhempas Mommy Mommy Pergi Mana Anak Mendiang Joanna Tercari Cari Ibunya

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 162 hits
mommy mommy pergi mana anak mendiang Joanna tercari cari ibunya Gelagat Allesia Felice Haslie ketika upacara pengebumian ibunya Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh membuatkan orang ramai sebak Ia apabila anak sulung me...
Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 292 hits
Kekecewaan sesetengah kaum ibu yang membawa makanan ke sekolah bersempena jamuan atau potluck hari raya sepanjang Syawal ini mengundang pelbagai persepsi ramai Seorang ibu Hayati Ismail tampil berkongsi pendapat beliau agar ibu ibu lebih te...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator