Minnature Malaysia Galeri Miniatur Mini Stories Of Malaysia Di Jumpa Sungei Wang Plaza Kl Mesti Dikunjugi


hai assalammualaikum

Minnature Malaysia : Galeri Miniatur " Mini Stories Of Malaysia " Di JUMPA @ Sungei Wang Yang Menakjubkan Mesti Dikunjungi - Haritu, nad pergi ke pembukaan Minnature Malaysia di JUMPA @ Sungei Wang Tingkat 1. Tengok sendiri depan mata, pergh, speechless dengan hasil diaorang buat. Semuanya adalah sangat kecil  tapi pembuatannya sangat halus dan kemas sehingga hampir sama dengan yang asal. Nad habiskan banyak masa juga tengok galeri miniatur ni, kagum sangat..hehee. Rasa nak bawak balik je semua model mini ni. Comel sangat..


Ok, nad tunjuk miniatur snacks ni, macam mana, teruja dan kagum tak bila tengok? Miniatur ni semua dalam box kaca. Ni pun nad zoom..nampak macam betul kan..Boleh jadi salah satu lokasi menarik untuk anak-anak tengok model mini ni. Mesti diaorang teruja sangat. Memang sesuai untuk semua peringkat umur.
Minnature Malaysia: Mini Stories Of Malaysia Di JUMPA @ Sungei Wang Plaza Kuala LumpurSyarikat galeri budaya dan warisan miniatur, Magnificent Miniatures Sdn Bhd, telah membuka galeri ini kepada orang ramai bermula 3 Mac 2020. Galeri ini yang dikenali sebagai MinNature Malaysia terletak di JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.


Pengarah projeknya, Wan Cheng Huat berkata, pembukaan rasmi MinNature Malaysia awal
tahun 2020 tepat pada masanya; sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. “Pengunjung akan mendapatkan gambaran keindahan dan kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia” katanya.

Terletak di Tingkat 1, pengunjung akan dapat melihat lebih daripada 100 bangunan warisan
dan ikonik dan lebih daripada 10,000 miniatur yang telah dimasukkan ke dalam pameran
seluas 13,000 kaki persegi. Termasuk ada kawasan paparan bacaan.


Sebelum ini , lokasi pertama MinNature adalah di Summit USJ dengan keluasan melebihi 17,000 kaki persegi. Pembinaan MinNature mengambil masa 8 bulan dengan lebih 80 orang untuk siap. Terdapat pelbagai aktiviti yang interaktif dan menarik untuk pengunjung-penunjung MinNature. Salah satu tarikan utama di MinNature adalah “centerpiece” Dataran Merdeka. Ia mempamerkan semua bangunan warisan yang mengelilingi tapak bersejarah ini. Bangunan-bangunan dan jalan-jalan telah dinyalakan, terdapat bunyi-bunyi dimainkan di latar belakang seolah-olah anda berada di bandar
sebenar, jalan kakinya dipenuhi dengan model-model manusia mini; ia seolah-olah anda menjadi Gulliver dan menyaksikan dunia orang Lilliputian.

Kini pemindahan MinNature Malaysia di JUMPA @ Sungei Wang Plaza merupakan satu langkah yang strategik dan juga sinergi yang baik dengan inisiatif penjenamaan pusat membeli-belah ini. Perancangan MinNature Malaysia diilhamkan dari “centerpiece” Dataran Merdeka.


Pengunjung boleh datang dan tengok secara dekat setiap miniature yang dipamerkan. Cuma jangan gatal tangan amik masuk poket sudah….

Permulaaan Minnature

Pada tahun 2008, pengasas MinNature, Wan Cheng Huat, mendapat satu idea untuk membina satu
dunia mini; satu tempat untuk melepaskan diri dari kehidupan reality, satu tempat di mana
imaginasinya tidak tahu batasnya. Perjalanan yang  mengambil lebih daripada 12 tahun untuk sampai ke tahap ini, dan perjalanan ini bukan satu perjalanan yang senang kerana satu cabaran yang agak besar sekali sebabbeliau tidak memiliki apa-apa pengalaman dalam bidang seni kraf diorama atau miniatur. Beliau mula berkongsi idea dengan kawan rapatnya, Nicholas Ong, dan mereka berdua mula mengembangkan idea tersebut serta cuba mencari dana untuk membiayai projek ini. Dari berdua, menjadi ramai yang terdiri daripada Chan Chee Wing, Loong Yik Hoe, Benjamin Wan dan Ong Kian Ming. Mereka mengambil lebih kurang 1 ½ tahun untuk belajar pemodelan 3D dan pencetakan 3D.


Menghadapi perbagai kesulitan dan masalah. Akan tetapi, tidak mengambil kekangan ini sebagai satu sebab untuk tidak memulakan projek ini. Dengan izinnya, “we do these not because they are easy but because they are hard”. Pepatah daripada John F Kennedy. Akhirnya, tengokla hasil Minnature Malaysia yang ditunjukkan. Memang menakjubkan

Konsep Minnature Malaysia Tumpu Pada Keindahan Budaya, Sejarah Dan Warisan Malaysia

Kita tau, Malaysia kaya dengan budaya, sejarah dan warisan. Jadi, miniatur ini dibina dalam reka bentuk bersaiz mini mengenai menariknya Malaysia. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk pengunjung supaya dapat mengenali lebih lanjut mengenai asal-usul negara tercinta kita, Malaysia ini. Pameran ini adalah satu-satu di Malaysia, dan pengalaman yang benar-benar unik dan menarik. Setiap model mini, mempunyai satu cerita pendek yang diselitkan bersama-sama.

Pembinaan fasa 1 dan 2 MinNature Malaysia mengambil masa 18 bulan. “Masterbuilder” Janice
Chin, Tan Hon Sen, Ng Jef Fre dan Brian Tan terlibat dalam pembinaan semua struktur di tapak
MinNature dan pemasangan model-model mini. Selain daripada “Masterbuilder” di atas, terdapat
lebih daripada 30 karyawan mini antarabangsa yang terlibat dengan projek ini; 6 dari Malaysia, 4
dari Indonesia, 1 dari Singapura, 2 dari Negara Thai dan 18 dari Negara Cina. Setiap karyawan
mempunyai kepakarannya tersendiri; daripada menghasilkan model-model manusia mini ke
penghasilan model keretapi ke pembuatan pokok-pokok miniatur. Karyawan-karyawan MinNature
Malaysia memberikan ketelitian terbaik

Sepanjang galeri, terdapat pelbagai miniatur yang berbeza untuk membawa kepada anda penekanan dan prespektif yang berbeza.








Bahagian pertama MinNature Malaysia baru ialah koleksi Rasa Malaysia. Di sini, kami akan
memaparkan makanan- makanan lazat Malaysia dalam bentuk miniatur.









Bahagian baru seterusnya adalah Mini Di Dalam Dinding Kaca. Konsep ini memberi pengunjung peluang untuk menyaksikan diorama-diorama di dalam akuarium. Diorama-diorama ini menggambarkan suasana-suasana berbeza; dari suasana kampung ke suasana bandar ke suasana gua.

Bahagian seterusnya adalah koleksi untuk mempamerkan semua rakyat Malaysia dalam pakaian
tradisi mereka yang dikenali sebagai “Rakyat Malaysia Dalam Pakaian Tradisi”.














Bahagian terakhir ialah bahagian Seni Bina dan Bangunan Warisan Malaysia. Di sini, pengunjung akan dapat menyaksikan kebanyakan bangunan warisan terkenal dan mercu tanda ikonik dari semua negeri- negeri Malaysia.

Tiada gambar atau video yang benar-benar dapat melafazkan perasaan dan pengalaman ketika berjalan melalui MinNature Malaysia; korang kena tengok dengan sendiri. Tengokla, banyak gamabr nad ambil dah share dalam ni. Kagum dan teruja..

Miniatur- miniatur dibuat dengan gabungan kraftangan tradisional seperti penggunaan clay art, kerja kayu dan kerja logam, dengan penggunaan teknologi terkini seperti 3D printing dengan Laser Cutting.

Minnature Malaysia sangat sesuai untuk semua peringkat umur.


Harga Tiket Minnature Malaysia
Sekarang tengah ada promosi tiket bermula 29 February 2020 sehingga 13 March 2020
Adult: RM15
Child from 4-12 years old:
Child below 4 years old is free of charge.

Untuk Normal Price
Dewasa: RM25
Kanak2 Dari 4-12 tahun: RM20
Kanak untuk 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA

Address:
MinNature Malaysia
Jumpa @ Sungei Wang Plaza
MUF-1, Level 1

Tel: 6011-1009 9374

Opening hours: Daily 10am to 10pm (last entry 8.30pm)

Website: http://minnature.com
Facebook Page: https://www.facebook.com/MinNatureMalaysia/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2020/03/minnature-malaysia-galeri-miniatur-mini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minnature Malaysia Membawa Anda Mengembara Dunia Mini Lebih Dekat Dan Realiti

Minnature Malaysia Membawa Anda Mengembara Dunia Mini Lebih Dekat Dan Realiti

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 876 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Bagi Maha masih banyak lagi lokasi pelancongan dan juga bangunan prasejarah yang mungkin kita anggap ia biasa sahaja tapi bagi orang luar ia satu y...
Semak Senarai Pinjaman Wang Segera Online Seluruh Malaysia

Semak Senarai Pinjaman Wang Segera Online Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 426 hits
Semak senarai pinjaman wang segera online Seluruh Malaysia Admin kali ini nak kongsikan senarai pinjaman secara online dengan cepat dan segera untuk anda yang memerlukan Sudah sedia maklum di Malaysia ada undang undang yang diterapkan dan s...
10 Buah Buahan Jarang Jumpa Di Malaysia

10 Buah Buahan Jarang Jumpa Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1709 hits
Buah buahan yang aku nak kongsikan ni bukannya tak boleh dicari Ada sebahagian buah ni senang dicari di tempat tertentu Tak macam buah tembikai pergi je bank ada je peniaga jual buah tembikai siap dah potong Tanpa buang masa jom kita tengok...
Hadiah Wang Tunai Rm20000 Dari Pringles Malaysia

Hadiah Wang Tunai Rm20000 Dari Pringles Malaysia

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 413 hits
Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20 000 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Apa khabar Entri kali ini mummy nak share opportunity pada korang tentang satu peraduan yang hadiahnya agak lumayan HADIAH WANG TUN...
Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 317 hits
Siapa sangka Tekanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sama ada yang menyokong BN atau Muafakat Nasional mahupun Pakatan Hancing selama hampir dua tahun mampu menzahirkan kreativiti tahap tinggi hari ini Sejak dari malam semalam membawa ...
Aksi Persahabatan Malaysia Bahrain Dibatalkan Kerana Wabak Covid 19

Aksi Persahabatan Malaysia Bahrain Dibatalkan Kerana Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 276 hits
Aksi persahabatan Malaysia Bahrain dibatalkan kerana COVID 19 Perlawanan persahabatan Harimau Malaya Bahrain dibatalkan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di antara skuad kebangsaan Harimau Malaya dengan Bahrain di Stadium Khalifa ...
Wan Azizah Disebut Sebut Bakal Gantikan Mahathir Jadi Perdana Menteri Malaysia

Wan Azizah Disebut Sebut Bakal Gantikan Mahathir Jadi Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 384 hits
Wakil Perdana Menteri Malaysia Wan Azizah Wan Ismail disebut sebut bakal menjadi perdana menteri perempuan pertama negara itu menggantikan Mahathir Mohamad yang hari ini mengajukan surat pengunduran diri kepada Raja Malaysia
Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 344 hits
Presiden Partai Keadilan Rakyat Malaysia Anwar Ibrahim kemarin mengatakan dia dikhianati oleh anggota partai koalisi Pakatan Harapan
Malaysia S Meltdown Moment The Inside Story

Malaysia S Meltdown Moment The Inside Story

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 184 hits
Malaysians have just spent a weekend with heart in mouths thanks to a bunch of desperados who were not prepared to take no for an answer with the announcement on Friday by the ruling coalition that all parties were happy to accept Tun Mahat...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku