Mini Gathering Sebelum Hiking Gunung Angsi
Preparation Stadian Class Of 95' Hiking Reunion, Gunung Angsi Kuala Pilah NSHi korang..
Suka hiking? pernah hiking? Macam tak percaya je SA boleh terjebak ke dunia hiking ni...dengan tak fit ..dengan kurang latihan...alaaaa kemon..korang rasa SA boleh ke ni?Kalau sebelum -sebelum ni SA rasa macam kerja gila je mendaki gunung ni...tapi rasa nak mencuba kembali tu memang ada selepas lama tinggalkan...last rasanya masa zaman muda remaja dulu. SA hiking ni bukan ikut kengkawan ye...sebenarnya lebih kepada nak mulakan aktiviti yang sihat disamping merapatkan kembali silaturrahim dengan semua bekas-bekas pelajar Sek Men Tuanku Ampuan Durah khusunya batch 1995
First gathering terus Hiking Gunung Angsi...korang hado?Sebelum mendaki...persediaan demi persediaan telah pun dilakukan..latihan demi latihan sendiri mau ingat la kan..sendiri cover dulu..SA hanya mampu lari je atas treadmill itupun tak cukup latihan...sama gak dengan yang lain- lain...sehari sebelum mendaki kami semua berkumpul untuk collect t-shirt dan sama- sama bungkus ration untuk dibawa naik ke Gunung Angsi.
Entry ni agak panjang...SA mulakan dengan pre hiking and briefing session dulu..Selain briefing session turut diadakan mini gathering makan- makan sampai lebam sukati mak aku la sebelum naik Gunung Angsi esoknya. Dengan borak tak hingat, makan tak hingat..seronok betul...sesekali berkumpul selepas 25 tahun memang happening sampai naik pening..Sama je rupanya perangai dari zaman sekolah sampai la dah jadi REMAJA PURBA ni...SA paling seronok walau banyak diam masa diorang throwback kisah- kisah lama...SA seronok kerana dapat mencipta kenangan baru dengan keluarga baru SA yang besar ni....giler tak seronok
Pre Hiking & Briefing Jumaat 14 August 2020
SA dan Dude...sibuk cari T-Shirt yang dah siap ada nama masing- masing
Widya
Aisyah
Riuh rendah dapur rumah Shelly dengan suara kami...kami buat dapur orang macam dapur kami sendiri..sukati je geledah..nasib tuan rumah ok
Ration yang dah siap dibungkus
Chef Azmi sedang siapkan ayam untuk di grilled..
Yummy..marinated chicken grilled waiting to sauna in oven
Roti viral...Korean Garlic Cheese Bread...sedap giler....sekali ko makan confirm addicted
Azmi ni Cikgu tau...tapi at the same time dia boleh bertukar jadi Baker..hahaha...multitasking dia ni...businessman berjaya..dah la berjaya....ensem plak tu...🙄🙄
SA dengan Shelly tuan rumah...nampaknya rumah Shelly lepas ni jadi official markas kami..
Buah Orange
Chicken grilled
Salad in the making
ni kerja Azmi la ni...leka membawang sampai hampir rentung ayam grilled dalam air fryer..
Meat ball with black pepper sauce...
Part ni merajuk gak kami2 yang tolong sediakan..leka nyer pasal sedar2 tak sempat rasa...HABIS DAAA.....takpe la tak rezeki..next gathering tuntut balik ngan Azmi
MAKAN TIME!!!!
Leka makan- makan..
Selfie skit..
SA dan Suhana..thanks Sue sudi singgah kejap
KEJUTAN SURPRISE BIRTHDAY UNTUK AZMI..
Part ni kelakar, memang kami cuba sedaya upaya untuk x nak bagi Azmi nampak apa yang kami cuba buat...separuh lekakan dia ajak borak dan x bagi dia bergerak sikit pun dari table..kami yang lain- lain leka ngan persiapan konon- konon takde apa- apa yang bakal berlaku...Bruno & Dude ditugaskan gantung birthday wishes kat pintu..itupun Azmi tak perasan gak lagi tuh...rasanya la kan...ke dia memang dah perasan tapi saje je kontrol macho...kan leh percaya dia tuh..hahahaha..
Semua ni mastermind...tapi sebelum plan jahat dilaksanakan la..
Bruno bab merepek bagi kat dia...masa ni prepare untuk cabutan bertuah sambil merepek as usual
masih lagi makan-makan dan makan.
Hey...cepat buat kerja la...dari awal asyik ketawa je
Apa ni...gambar goyang...
yeay...berjaya akhirnya buat surprise birthday Azmi..
Azmi pun tak sangka ada sambutan birthday in advance
acah- acah malu la tu
Comel sangat buat muka cenggitu
Thanks Ipin sudi datang walau jauh dari Melaka
Family photo.
Selesai akhirnya sesi briefing a.k.a mini gathering, semua tak sedar diri makan ni tak fikir esok nak hiking dah..takde kisah pun mengumpul lemak, tak fikir pun susah ke tidak ke esok nak hiking ni, Acara hiking keesokkan harinya, awal- awal dah bagi amanah siapa yang tukang kejut untuk prepare sarapan...part tu lagi banyak gambar dan SA akan cuba pecahkan menjadi 2 entry..
Betapa seronoknya sesekali berkumpul macam ni....meriah sangat...kemeriahan yang tak boleh di beli di mana-mana. Walau semua dah berkeluarga dan dah dewasa..tapi sikap sporting semua sangat- sangat menakjubkan...semoga persahabatan kami semua kekal selamanya hingga ke jannah...Didalam sebuah persahabatan pasti ada suka dan duka, pertengkaran pasti akan terjadi namun semua itu lah rencah kepada silaturrahim...asam garam kehidupan...Harapan SA kami smeua kekal bahagia menajdi sahabat selamanya...Shabat sejati adalah yang saling menghargai dan saling mengerti....terima kasih my new Big Family....
Jumpa lagi next entry...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/08/mini-gathering-sebelum-hiking-gunung.html