Minggu Ke 15 18 Ibu Mula Rasa Gerakan Bayi Jangan Lengah Bila Tiba Tiba Pergerakannya Kurang


Pergerakan bayi menandakan keadaannya sama ada baik atau sebaliknya. Justeru, ia perlu sentiasa dipantau dan para ibu perlu peka. Doktor terangkan kepentingannya.
Tendangan bayi comel dirasakan oleh bakal ibu. Adakalanya dia aktif namun ada masanya kurang bergerak. Sangat mustahak bagi ibu untuk peka dan memantau pergerakan bayi.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan memberikan panduan dan penerangan tentang pergerakan bayi dalam kandungan.

BABY SAYA KURANG GERAK ?
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan sangat istimewa buat ibu.
Apakah pergerakan bayi yang dikatakan normal?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ia;
-kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat.
-sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah pergerakan bayi itu.

PERGERAKAN BAYI AGRESIF PADA TENGAH HARI & PETANG
Seiring perkembangannya, pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang.
Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita , perlukan masa berehat sebentar.
PERGERAKAN MENINGKAT SEHINGGA 32 MINGGU
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
KEPENTINGAN PERGERAKAN BAYI
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
BERAPAKAH TENDANGAN YANG PATUT IBU RASAKAN DALAM SATU HARI?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperi hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dgn kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebeh tahu bayi nya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi.
Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketidaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.

 APA BOLEH DILAKUKAN BILA BAYI KURANG PERGERAKAN ATAU PERGERAKAN TIDAK MEMUASKAN?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Usia kandungan melebihi 28 minggu Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.

BAGAIMANA JIKA SETELAH SAYA DIBENARKAN PULANG, PERGERAKAN BAYI KEMBALI MENGURANG?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera.
Gambar kat bawah ni diambil dari buku seorang pesakit saya yang sgt prihatin kepada gerak bayi nya.
Terima kasih Ibu atas keprihatinan anda !
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan
The post Minggu ke-15-18 Ibu Mula Rasa Gerakan Bayi. Jangan Lengah Bila Tiba-Tiba Pergerakannya Kurang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/minggu-ke-15-18-ibu-mula-rasa-gerakan-bayi-jangan-lengah-bila-tiba-tiba-pergerakannya-kurang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darah Ibu Anak Tak Serasi Kurang G6pd Jangkitan Kuman Faktor Fisiologi Punca Bayi Jaundis

Darah Ibu Anak Tak Serasi Kurang G6pd Jangkitan Kuman Faktor Fisiologi Punca Bayi Jaundis

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 533 hits
Risaunya hati bila si kecil disahkan jaundis Sebenar apakah punca terjadinya jaundis yang Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah Jaundis bagi bayi ialah jaundi...
Bayi 24 Minggu Keluar Dari Rahim Ibu Di Rawat Dan Di Masukkan Semula Dalam Perut

Bayi 24 Minggu Keluar Dari Rahim Ibu Di Rawat Dan Di Masukkan Semula Dalam Perut

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 624 hits
Bayi 24 Minggu Keluar Dari Rahim Ibu Di Rawat Dan Di Masukkan Semula Dalam Perut Selepas pembedahan bayi kemudiannya diletakkan semula dalam rahim Satu prosedur perubatan menakjubkan telah diadakan di Amerika Syarikat dimana bayi dalam kand...
Deria Rasa Bayi Sangat Kuat Jangan Tambah Perasa Dalam Makan Buah Pinggang Bayi Belum Cukup Matang

Deria Rasa Bayi Sangat Kuat Jangan Tambah Perasa Dalam Makan Buah Pinggang Bayi Belum Cukup Matang

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 483 hits
Kita mungkin tak rasa tapi bayi akan rasa kerana deria rasa bayi sangat kuat Penambah rasa dalam makanan bayi sangat dilarang keras kerana boleh menyebabkan pelbagai kemudaratan kepada bayi Permulaan pemakanan yang baik bagi bayi enam bulan...
Bila Scan Doktor Kesan Ada Kebocoran Jantung Bayi Ibu Ini Nasihat Buatlah Detailed Scan Lebih Penting Dari 3d4d

Bila Scan Doktor Kesan Ada Kebocoran Jantung Bayi Ibu Ini Nasihat Buatlah Detailed Scan Lebih Penting Dari 3d4d

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 942 hits
Ramai yang teruja dan tak sabar untuk membuat ujian imbasan kehamilan tertutama 3D4D scan Kebanyakkan pasangan ingin melihat wajah anak dengan jelas ketika dalam kandungan Namun ramai yang tidak tahu tentang detailed scan dan kepentinganya ...
Kami Redha Kamu Pergi Anak Dirempuh Kawan Sendiri Ibu Luah Rasa Sebak Di Fb

Kami Redha Kamu Pergi Anak Dirempuh Kawan Sendiri Ibu Luah Rasa Sebak Di Fb

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 318 hits
Semalam seorang kanak kanak perempuan Annur Sumayyah meninggal dunia setelah dilanggar sebuah kereta yang merempuh kediamannya di Georgetown Pulau Pinang Ibu kepada kanak kanak berusia tiga tahun itu Nur Daliia Yusoff ada memuat naik sebuah...
Ibu Hamil Wajib Baca Inilah 4 Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan Dan Cara Persalinan Terbaiknya

Ibu Hamil Wajib Baca Inilah 4 Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan Dan Cara Persalinan Terbaiknya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 453 hits
Kalau ingin melakukan persalinan normal secara lancar jaya posisi bayinya harus seperti apa sih
Vakum 5 Kali Bayi Tak Keluar Ibu Kongsi Detik Cemas Gentle Birth Dengan Doula

Vakum 5 Kali Bayi Tak Keluar Ibu Kongsi Detik Cemas Gentle Birth Dengan Doula

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 360 hits
Proses kelahiran yang lancar menjadi idaman semua wanita Keputusan yang tepat sebelum bersalin dengan mengambil kira nyawa ibu dan anak amat membantu mengelakkan kejadian tidak diingini Pengalaman ibu ini ketika bersalin menggunakan kaedah ...
Wali Kota Makassar Minta Ibu Ibu Dukung Jokowi Ma Ruf Jangan Mempermalukan Ulama

Wali Kota Makassar Minta Ibu Ibu Dukung Jokowi Ma Ruf Jangan Mempermalukan Ulama

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 258 hits
Wali Kota Makassar Danny Pomanto menyerukan kepada ibu ibu di Makassar agar memenangkan Joko Widodo Ma ruf Amin di Makassar
Lima Minit Lepas Lahir Tempoh Penting Ibu Dan Bayi Terlambat Boleh Beri Risiko

Lima Minit Lepas Lahir Tempoh Penting Ibu Dan Bayi Terlambat Boleh Beri Risiko

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 286 hits
Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri Sebenarnya lima m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids