Mina Cuba Ambil Nyawa Sendiri Lagi Dedah Sebab Unfollow Semua Ahli Aoa


Meskipun sudah hampir sebulan berlalu mengenai pendedahan kes buli Ji-min terhadap salah seorang bekas ahli AOA iaitu Mi-na, nampaknya keadaan masih belum lagi reda.
[Amaran: Perbincangan mengenai cubaan bunuh diri]  Terbaru, Mi-na mendedahkan bahawa dia sekali lagi cuba mengambil nyawanya sendiri selepas terbaca mesej yang ditulis oleh salah seorang kakitangan FNC Entertainment (agensi naungan AOA).
Saya akan luahkan semuanya. Sebelum apa-apa, peminat dan juga orang awam, jangan risau. Saya telah melakukan satu penggambaran foto yang sangat menyeronokkan. Insiden ini terjadi selepas kejadian yang berlaku baru-baru ini dengan seorang wakil FNC di KakaoTalk.
Kakak yang katanya datang untuk memohon maaf, adakah dia meminta maaf pada orang yang betul? Jangan tipu. Selepas meminta maaf, mereka kata akan periksa lagi nanti. Tak lama kemudian, mereka katakan yang dia merayu memohon maaf?

Jikalau orang yang datang untuk meminta maaf membuka mata seluasnya dan mencari pisau, walaupun saya tak ingat cara percakapannya, pandangan mata itu tak akan dapat saya lupakan. Perkataan maaf apa yang boleh saya terima ketika itu? Saya putus asa.
Apa pun, saya terkejut melihat mesej yang dihantar oleh wakil FNC, jadi saya cuba membunuh diri lagi tetapi adik kepada pengurus saya telah berlari datang dan membawa saya ke hospital universiti. Saya mengelar tangan terlalu banyak sehingga kini saya dah kehilangan semua saraf di pergelangan tangan, jadi mereka tidak lagi memberi ubat bius dan terus sahaja menjahit luka tersebut dengan jarum dan benang. Mereka turut memberikan saya dengan ubat tahan sakit untuk mengekang rasa sakit itu, dan para doktor mengalami masa yang sukar… saya berasa sangat bersalah. Apa yang awak suka sangat mengenai saya? Pengurus saya yang sebelum ini juga masih lagi berada dengan saya, seperti seorang penjaga…
Pada akhir kenyataan kakak itu, saya tak tahu siapa yang suruh dia melakukannya, tapi dia menukarnya daripada ‘buat Mi-na’ kepada ‘permohonan maaf buat Mi-na.’ Kenapa dia mahu mohon maaf kepada anjing saya? Dia katakan yang dia akan hentikan semua aktiviti seni tapi saya rasakan dia akan kembali apabila semuanya sudah kembali tenang. Saya tak boleh melihat perkara itu daripada berlaku. Saya terseksa lebih daripada itu selama 111 tahun lamanya. Tapi orang di YouTube dan Instagram mengatakan ‘Kenapa awak begini?’ Sekurang-kurangnya saya tidak menipu padanya dan dia juga tidak mengetahui apa yang saya lalui. Saya tiada apa yang perlu disorokkan.
Dia mengatakan bahawa semuanya fiksyen, tetapi pengurusnya meminta dia memadam entri tersebut. Pengurus saya menyuruh saya mengambil ubatan dan tidur dengan tenang malah FNC sendiri mengatakan bahawa mereka mengalami masa yang sukar kerana orang itu. Mereka menyediakan saya dengan pakar psikiatri dan saya terfikir sama ada mereka benar-benar peduli tentang saya. Tapi bukankah ia adalah salah untuk menceritakan hal saya kepada rakan mereka dan juga orang lain? Saya ras amereka menyampaikan hal saya kepada orang lain. Saya tak pernah mengadu mengenai hutang semasa menjadi pelatih, hal kontrak, atau pun isu bayaran. Saya hanya bercakap seperti apa yang ditanya, tapi orang itu menceritakan hal tersebut dengan sendirinya. Apa yang awak mahu ibu bapa katakan kepada anak mereka selepas memanggil mereka berjumpa? Ibu bapa saya hanya datang semasa kali pertama dan tidak lagi selepas itu dan tidak seperti orang lain, kami tiada apa-apa aduan.
Kwon Mi-na Sudah beberapa kali saya pengsan kerana tekanan dan perkara itu masih lagi berlaku pada saya, tapi saya akan cuba memperbaiki diri sendiri dan tak sabar nak lalui kehidupan pada masa hadapan. Saya sedang berusaha keras ke arah itu, tapi buat FNC dan juga kakak itu, susah sangat ke untuk menyampaikan permohonan maaf yang ikhlas? Saya merupakan seseorang yang tidak berfikir banyak dahulu, tetapi seorang yang ceria dan positif tetapi kini saya mengalami kemurungan, kebimbangan sosial dan terpaksa mengambil pil tidur. Saya boleh tidur sehingga 15 jam dahulu tetapi kini, saya hanya tidur selama 1 jam.
Adakah awak semua baik sahaja? Saya pasti awak peduli mengenai saya dalam syarikat awak yang besar itu. Kalau awak kisah, sudah pasti awak akan menghubungi saya walaupun sekali sahaja? Saya takut awak ingat saya ialah seorang psiko atau pun perempuan gila. Apa pun, awak dah terlepas masa yang sesuai untuk memohon maaf, jadi jaga sahajalah pelatih yang masih ada, artis dan pelakon lainm supaya tiada siapa mengalami insiden seperti saya. Apabila seseorang megatakan bahawa mereka tidak mahu lagi menyambung kontrak kerana seseorang, awak sepatutnya tanya apa yang berlaku, apa yang menyusahkan awak? Jangan beritahu mengenai jadual seni seterusnya, penggambaran iklan nanti. CEO berkata ‘Bukan awak pun yang bayar kos rawatan psikologi kan?’ semasa berbincang mengenai sambungan kontrak. Betul kata awak, jadi saya bayar semuanya?
Sampai sekarang pun, saya maish lagi mempunyai masa yang sukar tetapi ramai yang menyokong saya. Kakitangan di syarikat saya sekarang ini nampak saya sebagai seorang manusia dahulu, jadi saya berasa terpujuk. Ada seseorang yang melihat arut di pergelangan tangan saya dan mengatakan bahawa Mi-na hanya mahukan perhatian. Jikalau awak adalah orang luar, mungkin awak boleh katakan mengenainya sebegitu, tapi tak pelik ke sebagai sebagai orang luar untuk berkata sedemikian? Tapi saya hanya baru ceritakan sedikit sahaja mengenai apa yang terjadi sepanjang 11 tahun ini, ada perkara yang saya tak sampaikan pada teman rapat mahupun keluarga saya sendiri. Ya, saya mahukan perhatian, mestilah saya seorang yang mahu tarik perhatian, tapi apa yang nak tahu sangat mengenai saya? Mari saya beritahu awak sesuatu. Kalau awak mahukan perhatian, awak akan rasa mahu mati. Awak boleh tamatkan hidup dengan membunuh diri. Saya sudah mencuba banyak kali untuk melakukannya. Saya bencikan orang yang mengatakan saya tak patut lakukan hal seperti ini, dan datang selamatkan saya apabila saya berasa susah dan mahu mati. Keluarga saya berada dalam ketakutan kini dan menangis, apa dosa yang keluarga saya buat sehingga saya pengsan dan dibawa keluar dengan pergelangan tangan yang berdarah..
Saya berasa sangat geram, marah dan tak boleh melelapkan mata. Kenapa saya masih lagi sakit, kepada siapa perlu saya meluahkan semuanya? Siapa yang perlu bayar kerana menjahanamkan saya? Saya berharap tiada siapa lagi seperti saya pada masa akan datang.
Kumpulan AOA (Dari kiri: Kim Chan-mi, Seo Yu-na, Kim Seol-hyun, Shin Hye-jeong, Shin Ji-min, Kwon Mi-na) Tak lama selepas itu, Mi-na memuat naik satu lagi entri dan menceritakan sebab utama kenapa dia kini tidak mengikuti lagi kesemua ahli AOA di Instagram.
Saya tidak cuba membunuh diri sebentar tadi, ianya pada sebulan yang lepas? Ia terjadi selepas saya berhubunga dengan wakil FNC. Saya juga menerima banyak DM bertanyakan kenapa saya kini tidak lagi mengikuti ahli lain, orang mencaci saya, dan menyuruh saya menjelaskan beberapa perkara dan saya akan melakukannya sekarang kerana saya tak rasa bahawa saya layak dibenci.
Pertama sekali, insiden dengan Shin Ji-min seperti yang anda tahu dan fahami selains aya juga tidak pernah mengata Kim langsung bersama Shin. Saya sebenarnya sayangkan Kim tapi tak boleh rapat dengannya kerana dia baik dengan Shin. Tetapi saya tetap risaukannya dan memebrikannya nasihat yang realistik. Kesemua ahli tahu bahawa saya mengalami masa yang sukar kerana Shin tetapi pada akhirnya, Kim berlagak seperti semua yang terjadi tidak penting dan cuma mahukan situasi ini berakhir.
Pada saya, kesemua mereka semua adalah sama sahaja seperti pemerhati dan apa yang mereka katakan telah melukakan saya. Pada akhirnya, semasa semua datang dan Shin membuat permohonan maaf yang tidak ikhlas, ahli Kim yang seorang lagi bertanyakan ‘Bagaimana pula dengan masa yang bahagia?’ Perlu diingatkan bahawa ahli ini masih lagi muda. Jadi saya hanya biarkan mereka katakan apa sahaja yang mereka mahukan tetapi saya tak faham kenapa dia perlu bertanyakan soalan demikian. Dia berkata perkara yang buruk mengenainya dihadapan saya tetapi masih lagi cuba untuk berada pada sisi baiknya pada waktu yang lain. Saya rasa ini adalah cara untuk mempunyai hubungan sosial yang baik tetapi pada saya, ia tak nampak ikhlas langsung dan saya tidak memahaminya.
Ahli lain iaitu Seo menjaga saya seikhlasnya tapi tiada siapa yang pernah pertahankan saya di hadapan Shin. Sekurangnya Shin (ahli lain) memberitahunya ‘Kenapa awak tak ingat apa yang saya tahu dan kami semua tahu’ kemudian dia melihat saya dan meminta saya menerima maaf tersebut secara betul sekiranya benar saya mahu maafkannya. Saya akan menerimanya sekiranya maaf tersebut adalah ikhlas. Pada saya semua ini adalah betul. Ada orang yang menggunakan perkataan ‘pemerhati’ banyak kali, dan kedua ahli Kim, terutamanya rakan baik kepada Shin adalah pemerhati pada pandangan saya, jadi saya ‘unfollow’ mereka dahulu. Kemudian, saya mahu memadam memori tentang AOA jadi saya ‘unfollow’ mereka semua. Dengan alasan ini, saya bukan mahu orang faham keadaan ini atau pun ebrhenti menghantar DM. Saya menulisnya kerana saya mahu jujur dalam menyampaikan pandangan dan pendapat saya mengenai hal ini.
Dari kiri: Kim Chan-mi, Shin Ji-min dan Kim Seol-hyun Semoga Mi-na dapat menghadapi situasi ini dengan tenang dan melalui proses rawatan sebaiknya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/mina-cuba-ambil-nyawa-sendiri-lagi-dedah-sebab-unfollow-semua-ahli-aoa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Timbul Konflik Ahli Aoa Diminta Tidak Buat Kenyataan Peribadi Respons Fnc Ent Atas Tuduhan Mina

Elak Timbul Konflik Ahli Aoa Diminta Tidak Buat Kenyataan Peribadi Respons Fnc Ent Atas Tuduhan Mina

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 438 hits
Kelmarin ramai yang terkejut apabila mengetahui bekas ahli AOA iaitu Dalam entri berdarah itu wanita tersebut secara nyatanya menyebut nama ahli AOA iaitu Ji min dan Seol hyun serta CEO FNC Entertainment sebagai seseorang yang bertanggungja...
Gelar Ahli Aoa Jimin Seolhyun Ceo Fnc Ent Sampah Mina Dibawa Ke Hospital Selepas Kelar Tangan Lagi

Gelar Ahli Aoa Jimin Seolhyun Ceo Fnc Ent Sampah Mina Dibawa Ke Hospital Selepas Kelar Tangan Lagi

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 408 hits
Peminat nyata terkejut selepas melihat entri terbaru bekas ahli AOA iaitu Mi na yang kembali mencederakan dirinya selain mencaci ahli kumpulan yang lain iaitu Ji min Seol hyun dan juga CEO kepada FNC Entertainment Han Sung ho Entri tersebut...
Efek Kes Buli Aoa Mina Nyahaktif Instagram Jimin Padam Semua Kandungan Video Di Youtube

Efek Kes Buli Aoa Mina Nyahaktif Instagram Jimin Padam Semua Kandungan Video Di Youtube

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 779 hits
Ramai yang nyata terkejut apabila mengetahui sepanjang dia aktif dengan kumpulan idola tersebut Selepas pendedahan tersebut Ji min yang disebut sebagai pelaku utama telah pun mengundur diri daripada AOA selain turut keluar daripada dunia se...
Hiburan Rumah Tangga Yang Dibina 12 Tahun Musnah Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

Hiburan Rumah Tangga Yang Dibina 12 Tahun Musnah Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 322 hits
Mendedahkan bahawa dirinya kini sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak setahun yang lalu pelakon Kuza mengaku telah berpisah dengan suaminya Ramyus Sidique pada tahun lepas Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak seta...
Saya Berasa Sedih Kerana Terpaksa Meninggalkan Aoa Kerana Isu Ini Mina Mohon Maaf

Saya Berasa Sedih Kerana Terpaksa Meninggalkan Aoa Kerana Isu Ini Mina Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 215 hits
Mesti semua sedia maklum dengan sepanjang dia aktif dengan kumpulan idola tersebut Selepas pendedahan itu Ji min yang disebut sebagai pelaku utama telah pun membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni Amaran Perbincangan cubaan membunuh...
Ahli Kimia Kongsi Petua Hilangkan Pijar Cili Di Tangan Memang Menjadi Mak Mak Wajib Cuba

Ahli Kimia Kongsi Petua Hilangkan Pijar Cili Di Tangan Memang Menjadi Mak Mak Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 412 hits
Terdapat banyak petua untuk menghilangkan rasa pijar di tangan Antara petua petua yang diketengahkan ialah mencuci tangan dengan sabun dan air merendam meramas tangan dalam beras minyak masak garam losyen sapu ubat gigi rendam dalam air ber...
Semua Ibu Cuba Nak Normal Andainya Terpaksa Czer Terimalah Asalkan Ada Penghibur Hati

Semua Ibu Cuba Nak Normal Andainya Terpaksa Czer Terimalah Asalkan Ada Penghibur Hati

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 282 hits
Masa kini banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi komplikasi tertentu Walau apa pun cara kelahiran bayi semuanya ada risiko tersendiri Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean maka makin tinggi ...
Hukuman Buat Jimin Seolhyun Kes Buli Mina Peminat Mahu Aoa Disiasat Oleh Pihak Polis

Hukuman Buat Jimin Seolhyun Kes Buli Mina Peminat Mahu Aoa Disiasat Oleh Pihak Polis

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 704 hits
Nampaknya kontroversi yang melibatkan ahli AOA kini semakin mencapai ke tahap yang serius Dikhabarkan bahawa peminat kumpulan tersebut telah meminta hal tersebut di bawa sehingga ke muka pengadilan Bagi yang tidak mengetahui bekas ahli kump...
Kisah Nyata Nenek Tua Renta Digugat Anak Dan Cucu Sendiri Gara Gara Harta Warisan Serakah Semua Durhaka

Kisah Nyata Nenek Tua Renta Digugat Anak Dan Cucu Sendiri Gara Gara Harta Warisan Serakah Semua Durhaka

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 260 hits
Kisah Nyata Nenek Tua Renta Digugat Anak dan Cucu Sendiri Gara gara Harta Warisan Adalah Darmina seorang nenek berusia 78 tahun warga Kelurahan Kedondong Raye Kecamatan Banyuasin III Kabupaten Banyuasin Nenek ini sedang berjuang menghadapi ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily