Mimpi Umno Diterima Semula Di Kelantan Akan Kekal Mimpi


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 13, 2024 
PRK NENGGIRI l Walaupun tanpa kehadiran pemimpin DAP di Nenggiri, seorang pemimpin PAS, bagaimanapun, percaya mereka tidak perlu hadir secara fizikal untuk menghancurkan impian Umno yang cuba menggunakan pilihan raya kecil itu untuk memulihkan semula sokongannya di Kelantan

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, ia akan kekal sebagai “impian” selagi BN bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH) yang “diterajui DAP”.

“Walaupun tanpa kehadiran DAP di Nenggiri, Umno-Zahid tidak dapat menafikan bahawa calon mereka adalah calon kerajaan Madani yang di dalamnya ada DAP sebagai ‘abang besar’,” katanya.

Razaman berkata perkara ini akan menjadi pertimbangan besar kepada rakyat Nenggiri dalam memilih Adun mereka.

“Di tanah yang majoriti Melayu ini pasti tidak akan ada ruang kepada mereka yang gagal membela nasib rakyat dan hak orang Melayu,” katanya yang dipetik Harakah Online.

Desakan Umno supaya DAP tidak membantu kempen di Nenggiri juga telah menjengkelkan DAP Kelantan, dengan pengerusinya Azha Abdul Rani memberitahu ahli dan penyokong bahawa mereka bebas membuat pilihan memilih mana-mana sahaja parti.


PAS dan juga Umno, sebelum membentuk pakatan dengan PH, sering menuduh DAP cuba menjejaskan kedudukan orang Melayu dan Islam.

Pemimpin DAP telah berulang kali menafikan tuduhan ini dan mengesahkan komitmen parti dalam menegakkan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, dalam usaha untuk melunturkan persepsi bahawa kerajaan dikuasai DAP, parti itu juga memilih untuk menerima peranan dalam anak syarikat kerajaan berbanding jawatan menteri meskipun mereka mempunyai bilangan kerusi parlimen terbanyak berbanding sekutu kongsinya.

Mengulas lanjut, Razman mendakwa rakyat sudah “muak” dengan kerajaan Madani.

“Kenaikan harga barang, pemansuhan subsidi, kebebasan bersuara disekat serta segala jenis kezaliman dan huru-hara yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) hakikatnya menjadi mimpi ngeri buat rakyat termasuk penduduk Nenggiri,” katanya

Pilihan raya kecil 17 Ogos akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Rizwadi Ismail yang mewakili Perikatan Nasional.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengumuman kekosongan jawatan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Amar Nik Abdullah pada 19 Jun selepas menerima notis bahawa Azizi Abu Naim, yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri lalu, tidak lagi menjadi ahli Bersatu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/mimpi-umno-diterima-semula-di-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bn Rampas Semula Nenggiri Kelupoq Pulak Puak Khawarij Pa Dan Parti Bunga

Umno Bn Rampas Semula Nenggiri Kelupoq Pulak Puak Khawarij Pa Dan Parti Bunga

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 130 hits
JENUH meroyan menggelupoq walatok walargon walaun untit KHAWARIJ bila UMNO BN menang besar di PRK Nenggiri Sebabnya mudah selama ini puak PA Parti BUNGA PNyakau Nasional sering MENGHINA UMNO KUNUNnya org Melayu sudah tolak UMNO TAPI UMNO BN...
Only A Few Left For Umno Says Kelantan Bersatu Chief

Only A Few Left For Umno Says Kelantan Bersatu Chief

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 238 hits
Kelantan Bersatu chief Kamaruddin Nor said disciplinary action had been planned against the Gua Musang division leader Che Ariffin Hussin and his supporters GUA MUSANG The defection of Bersatu members to Umno has resolved internal issues wi...
Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn

Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 263 hits
Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman berkata ia kerana pucuk pimpinan BERSATU dianggap meminggirkan mereka apabila memilih bekas ahli PAS untuk bertanding sebagai calon mewakili Perikatan Nasional pada PRK itu nanti UMNO Kelan...
Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 173 hits
FMT ReportersMohd Rizwadi Ismail dikatakan baru dua hari menyertai Bersatu sebelum diumum menjadi calon Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri nbsp PETALING JAYA Bersatu ketandusan calon apabila terpaksa mengambil bekas ahli PAS menyertai par...
Kemenangan Di Nenggiri Kubu Umno Selama Berdekad Tanpa Mesin Atm Tidak Bermakna Kebangkitan Semula

Kemenangan Di Nenggiri Kubu Umno Selama Berdekad Tanpa Mesin Atm Tidak Bermakna Kebangkitan Semula

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 140 hits
malaysianow com myOgos 19 2024 9 16 pagiPenilaian penerimaan masyarakat Melayu terhadap Umno boleh diukur dengan lebih tepat di negeri Pantai Barat kata penganalisis Pelancaran mesin ATM pertama untuk penduduk Nenggiri antara bahan kempen k...
Kerajaan Setuju Buka Semula Kes Beng Hock Kata Pm

Kerajaan Setuju Buka Semula Kes Beng Hock Kata Pm

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 203 hits
KERAJAAN hari ini bersetuju untuk membuka semula siasatan mengenai kematian pembantu politik Teoh Beng Hock pada tahun 2009 kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau juga memberikan jaminan siasatan akan dijalankan dengan cara yang telus da...
Hiburan Life Is Short Why Stress Puteri Sarah Liyana Pertimbang Berbaik Semula Dengan Bekas Pekerja

Hiburan Life Is Short Why Stress Puteri Sarah Liyana Pertimbang Berbaik Semula Dengan Bekas Pekerja

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 150 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia mempertimbangkan untuk berdamai dengan bekas pekerjanya yang didakwa memfitnah dan pecah amanah sebelum ini Semalam Puteri Sarah dan Nazatul Nazira hadir ke mahkamah untuk proses mediasi kes terse...
The Consequences Of A Minor By Election In Kelantan

The Consequences Of A Minor By Election In Kelantan

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 108 hits
The Nenggiri by election shows ripples occurring in both sides of politics Murray Hunter On Saturday August 17th the Nenggiri by election was held in what should have been considered a minor political event Nenggiri is one of three state se...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam