Mimpi Buruk Umno Boleh Terjelma



Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, Sinar Harian
PERSOALAN penjajaran baharu UMNO pasca-Perhimpunan Agung UMNO 2020 kembali memeriahkan ruang-ruang bicara politik tanah air.
Kontroversi perbualan telefon antara dua pimpinan parti dan terkini kehadiran bersama pemimpin UMNO dan DAP, difahami sebagai bibit-bibit penjajaran baharu yang hampir pasti.
Nampaknya, peningkatan kes Covid-19 tidak mampu meredakan kehangatan rancangan penjajaran baharu politik Malaysia.
Jika dalam soal kes jangkitan Covid-19 yang meningkat, antara lain disebabkan oleh faktor lelah, bosan dan kecewa masyarakat terhadap kesan kurang efektif pelbagai perintah kawalan pergerakan dan persepsi dwistandard elit dan massa, maka persoalan penjajaran baharu politik UMNO juga boleh berada di ambang lelah dan kecewa penyokong dan rakyat marhaen.
Sebenarnya, situasi ini bukanlah satu tekanan ke atas PKR ataupun DAP.
Bagi PKR dan DAP, ketidakstabilan UMNO inilah yang menjadi faktor tambahan bagi parti mengorak langkah lebih besar. Tetapi, ia pastinya adalah mimpi ngeri buat UMNO.
PKR dengan teras perjuangan sosial tersendiri, DAP dengan agenda lama kononnya kesamarataan Malaysia dan UMNO dengan slogan ketuanan Melayunya ibarat ‘minyak dengan air, mana mungkin bersatu’.
Perbezaan ideologi ini sangat kontra antara satu sama lain. Namun, politik adalah seni yang penuh dengan sebarang kemungkinan, seperti kata pepatah, ‘sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang’, rakyat akhirnya yang menanggung derita.
Persoalannya, adakah perancangan ini bakal mendapat dokongan penyokong parti-parti?
Kegagalan memahami kehendak rakyat pasca-PRU14, serta konflik dalam kepimpinan dan kepentingan peribadi terus melemahkan projek mendapatkan semula keyakinan rakyat.
Kewujudan PN yang pada awalnya dilihat mungkin sinar bagi UMNO untuk berada di atas, tidak menjadi nyata kerana persepsi dibuli oleh parti Bersatu. Lalu, tercetuslah seismik di beberapa buah negeri.
Pada permukaannya, ia dilihat sangat menguntungkan UMNO kerana sekurang-kurangnya dapat menjadi kerajaan di beberapa negeri, tetapi ia juga menjadi beban kerana hasrat rakyat masih belum dapat dipenuhi.
Skeptikal
Adakah dengan langkah penjajaran ini mampu meredakan hasrat rakyat, atau sekadar cubaan menulikan desakan rakyat?
Sekiranya UMNO bercadang meneruskan penjajaran baharu, yang kononnya dikatakan bertujuan mengekang rasuah, memisahkan kerajaan dan parti politik, ia adalah sesuatu yang sangat murni, tetapi begitu sinikal.
Ini kerana, UMNO masih lagi gagal menolak pemimpin-pemimpin yang terpalit dengan isu rasuah, tertangguh bayaran cukai dan salah guna kuasa terutama dalam kalangan kluster mahkamah yang masih mempunyai pengaruh besar dalam parti.
Selagi isu ini masih wujud, selagi itulah rakyat mempunyai pandangan skeptikal terhadap UMNO.
Presiden UMNO mesti memastikan ahli yang berjumlah 3.35 juta faham benar apa yang dimaksudkan dengan penjajaran baharu, bukan sekadar dalam lingkaran elit politik dan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.
Ini kerana, dengan revolusi digital, kepesatan media sosial dan peningkatan perbandaran telah mengubah sikap sivik ahli dan juga rakyat marhaen yang apolitikal.
Jika ini gagal dilaksanakan, satu lagi mimpi buruk UMNO boleh terjelma. Rakyat pastinya terus menolak UMNO kerana berasa ia tidak lagi relevan dan hanya berminat dengan kuasa.
UMNO harus faham, zaman dominasi sebuah parti politik telah berlalu. Maka UMNO perlu sensitif terhadap perkembangan ini.
Jika UMNO meletuskan penjajaran baharu ini, adakah UMNO akan menjadi teraju utama? Atau PKR dan DAP jadi rakan kongsi setara?
Pastinya ia sesuatu yang menarik untuk diperhalusi bagi persediaan masa hadapan.
Walau apa pun yang bakal terjadi, ideologi, status quo dan masa hadapan parti adalah faktor yang perlu diberi pertimbangan.
Rakyat marhaen pula kekal memerhati dengan penuh minat dan tekad.
* Dr Mohd Azmir Mohd Nizah ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/05/25/mimpi-buruk-umno-boleh-terjelma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Jadi Favourite Anak Ini Kompilasi Resipi Mama Boleh Cuba

Susu Jadi Favourite Anak Ini Kompilasi Resipi Mama Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 430 hits
Mama masih mencari cari idea masakan untuk menu bayi Tak tahu apa yang boleh membuka selera si kecil jangan risau Selagi mama ada kesungguhan nak berikan makanan yang berkhasiat untuk anak pasti anak akan berselera makan Kali ini Pa Ma ingi...
Kerusi Auto Boleh Keluar Kereta Video Ini Viral Buat Pengguna Myvi

Kerusi Auto Boleh Keluar Kereta Video Ini Viral Buat Pengguna Myvi

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 330 hits
Sebut sahaja Perodua Myvi pasti ramai kenal dengan model hatchback yang terkenal dengan jolokan King Malah ada sahaja kisah menarik kita dengar mengenai Myvi Nampaknya Myvi bukan sahaja hebat di jalan raya siapa sangka boleh mempunyai kerus...
Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid 19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid 19 Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 470 hits
Sejak akhir akhir ini ramai ibu hamil dan menyusukan tertanya tanya adakah selamat bagi mereka untuk mengambil suntikan vaksin Covid 19 bagi melindungi diri daripada virus berkenaan Ada juga yang menyatakan kegusaran akan kesan sampingan ya...
Letak La Jawatan Mahyiaddin Dah Tak Boleh Control Dah Covid 7289 Kes

Letak La Jawatan Mahyiaddin Dah Tak Boleh Control Dah Covid 7289 Kes

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 448 hits
COVID 19 Lonjakan kes tertinggi 7 289 kes baharuHarits Asyraf HasnanMei 25 2021 00 21 MYTSelangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2 642 kes diikuti Johor dan Kuala Lumpur Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Malaysia merekodkan kes harian tertingg...
Dah Tau Tak Boleh Buat Apa Sokong Juga Kudeta Samun Kerajaan Sokong Lagi Hadi Awang

Dah Tau Tak Boleh Buat Apa Sokong Juga Kudeta Samun Kerajaan Sokong Lagi Hadi Awang

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 229 hits
JAMZURI ARDANITuan Ibrahim akui PAS tidak mampu buat perubahan dalam kerajaan kerana cuma ada 3 orang menteri Masalahnya dalam kementerian yang menterinya dari PAS pun teruk Apa lebih baiknya Kementerian Alam Sekitar di bawah menteri PAS se...
Nasa Temui Planet Baru Sepupu Bumi Yang Boleh Didiami Manusia

Nasa Temui Planet Baru Sepupu Bumi Yang Boleh Didiami Manusia

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 451 hits
Mars sempat disebut sebut sebagai salah satu planet yang boleh didiami Kini NASA telah menemui planet yang sangat serupa dengan Bumi dan bahkan mendapat jolokan sebagai Sepupu Bumi Berita gembira ini disampaikan oleh NASA pada Khamis Planet...
Wanita Menyusu Bayi Boleh Disuntik Vaksin Astrazeneca

Wanita Menyusu Bayi Boleh Disuntik Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 416 hits
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR PETALING JAYA Wanita mengandung dan menyusukan anak boleh mengambil suntikan vaksin Covid 19 Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 bagi vaksin Pfizer ia boleh diambil bagi ibu mengan...
Fragattacks Penggodam Boleh Menyerang Wifi Anda

Fragattacks Penggodam Boleh Menyerang Wifi Anda

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 331 hits
Terdapat kerentanan WiFi yang bukan sahaja memberi kesan terhadap telefon pintar bahkan juga tablet laptop dan apa juga jenis peranti yang menggunakan teknologi sambungan wayarles untuk masuk ke internet Pengkaji keselamatan siber Mathy Van...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph