Miliki Nama Unik Che Ku Lebah Tidak Kisah Jadi Bahan Usikan


HULU TERENGGANU – Menyebut perkataan lebah, ramai mengetahui ia sejenis serangga yang mempunyai sengat dan dikenali kerana peranannya dalam mengahwinkan bunga serta menghasilkan madu dan lilin lebah.
Namun, Lebah yang didapati di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu pastinya jauh berbeza dengan spesies lebah di seluruh dunia kerana bukan sahaja tidak mempunyai sengat dan sayap bahkan juga tiada madu.
Mengisi ruangan Kisah Namaku kali ini ialah seorang warga emas yang sering diusik dengan gurauan sengatan lebah dan semut menghurung madu kerana memiliki nama cukup unik iaitu Lebah atau nama sebenarnya Che Ku Lebah Che Ku Teh, 79.
Berkongsi cerita, dia yang lebih dikenali sebagai Mokku berkata, selain gurauan ada juga individu khuatir menyebut namanya ketika berurusan kerana bimbang dia akan terasa hati atau malu, namun hakikatnya dia tidak rasa begitu.
“Dulu masa muda-muda Tok (Che Ku Lebah) kerja di tanah rancangan Felcra. Selain kawan-kawan ada juga pegawai yang sering usik ‘jangan duduk dekat, nanti kena sengat lebah’ apabila berjumpa dengan Tok.
“Ada juga yang berseloroh mengatakan ‘dekat sini banyak semut sebab ada madu lebah’. Semua kata-kata itu Tok anggap sebagai gurauan sahaja yang dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kami.
“Tok tidak pernah terasa hati atau marah apabila ada yang bergurau, sebaliknya rasa suka dan bertuah kerana mempunyai nama lain daripada lain. Mudah orang ingat dan kenal Tok,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pengalaman ketika di hospital pula adalah antara kenangan diingatinya sehingga kini apabila ada dalam kalangan jururawat bertugas khuatir menyebut namanya.
“Mata sebelah kanan Tok rosak akibat tertusuk kaca setelah bas dinaiki terbabas akibat tayar pancit. Sewaktu mendapatkan rawatan di hospital ada jururawat seperti takut-takut hendak sebut nama Tok, bimbang Tok terasa hati.
“Tok bagi tahulah sebut sahaja, Tok tidak marah sebab itulah nama Tok sebagaimana tertera dalam kad pengenalan. Lepas itu barulah jururawat tersebut tidak khuatir lagi dan ketika itu lama juga Tok dirawat di hospital,” katanya.
Che Ku Lebah berkata, walaupun namanya lain daripada adik-beradik yang lain, dia tidak pernah bertanya mengenai perkara itu kepada kedua-dua orang tuanya walaupun ada sesekali terdetik di hati mengapa namanya sebegitu sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.
“Tok sudah tidak ingat berapa jumlah sebenar adik-beradik tetapi yang masih tinggal sekarang dua orang, ramai telah meninggal dunia. Cuma seingat Tok, nama Tok dan seorang adik iaitu Che Ku Setia sahaja yang lain daripada yang lain.
“Nama mak Tok juga unik macam Tok iaitu Che Ku Bukit Che Ku Muda, manakala ayah biasa sahaja, Che Ku Teh Che Ku Wook. Biarpun nama lebah iaitu nama sejenis serangga namun Tok tidak kisah.
“Tok yakin pasti ada cerita tersendiri sebalik nama itu. Anak cucu cicit Tok pun tidak pernah tanya perihal nama Lebah ini dan enam anak Tok semuanya nama biasa kebanyakan orang lain,” katanya.

Warga emas itu turut memaklumkan, nama orang dulu-dulu bukan sahaja lebih ringkas tetapi kebanyakannya diinspirasikan daripada alam sekeliling kerana kehidupan masyarakat dahulu begitu dekat dengan kehidupan semula jadi.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/miliki-nama-unik-che-ku-lebah-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikek Lapiskannya Kita Guna Nama Lofa Jual Kek Lapis Neelofa Tak Kisah

Dikek Lapiskannya Kita Guna Nama Lofa Jual Kek Lapis Neelofa Tak Kisah

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 430 hits
Kek lapis adalah pencuci mulut yang sinonim dengan masyarakat Sarawak dan bersempena bulan Ramadan ramai yang telah menjalankan perniagaan menjual kek lapis Baru baru ini di laman Twitter selebriti terkenal iaitu Neelofa telah meninggalkan ...
Tak Sangka Masih Wujud Orang Macam Ni Dengki Punya Pasal Gadis Ini Kongsi Kisah Keluarga Kena Sihir

Tak Sangka Masih Wujud Orang Macam Ni Dengki Punya Pasal Gadis Ini Kongsi Kisah Keluarga Kena Sihir

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 588 hits
Tak Sangka Masih Wujud Orang Macam Ni Dengki Punya Pasal Gadis Ini Kongsi Kisah Keluarga Kena Sihir Kami tak faham betul dalam zaman yang serba maju ni ada lagi segelintir manusia yang busuk hati melakukan amalan syirik dan khurafat Terbaru...
Kisah Kemiskinan Shah Rukh Khan Sebelum Menjadi Pelakon

Kisah Kemiskinan Shah Rukh Khan Sebelum Menjadi Pelakon

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 678 hits
Tidak perlu lagi diperkenalkan siapakah jejaka kacak di dalam gambar di bawah ini Sebut sahaja namanya sudah membuatkan kita terbayang bayang lakonan romantiknya di dalam Kuch Kuch Hota Hai ataupun Mohabbatein Shah Rukh Khan Shah Rukh Khan ...
Kisah Masjid Roboh Lepas Seminggu Angkara Orang Ketiga Ibu Tunggal Temui Bahagia Dgn Crush 20 Tahun

Kisah Masjid Roboh Lepas Seminggu Angkara Orang Ketiga Ibu Tunggal Temui Bahagia Dgn Crush 20 Tahun

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 522 hits
Di Instagram adik kepada seorang wanita ini kongsi kisah silam kakak yang dicurangi suami selepas seminggu berkahwin Kakaknya itu dikurniakan seorang anak dan berpisah akibat gangguan orang ketiga Namun selepas beberapa tahun hidup sebagai ...
Suami Rajin Bantu Irene Nadia Tak Kisah Anak Ramai Jaga Pemakanan Supaya Emosi Terkawal

Suami Rajin Bantu Irene Nadia Tak Kisah Anak Ramai Jaga Pemakanan Supaya Emosi Terkawal

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 814 hits
Irene Nadia blogger instafamous yang dikenali Pada usia 27 tahun sudah ada 4 anak Bantuan suami dalam mendidik menjaga anak membuatkan ibu muda ini tidak kisah ada anak ramai Perkahwinannya sebelum ulang tahun kelahiran ke 21 Irene awalnya ...
Dia Tak Kahwin Pun Anak Pun Tak Ada Jururawat Dedah Kisah Sebenar Pakcik Semput

Dia Tak Kahwin Pun Anak Pun Tak Ada Jururawat Dedah Kisah Sebenar Pakcik Semput

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 486 hits
Susulan viral lelaki tua yang mendakwa anaknya tidak mahu menghantar dia ke IJN Kuala Lumpur dan dibekalkan RM50 untuk isi minyak tampil seorang jururawat menceritakan hal sebenar bagi mengelakkan lebih ramai yang salah faham Menurut Norshi...
Kisah Pujon Kidul Yang Sukses Kelola Dana Desa Hingga Drastis Tingkatkan Pades

Kisah Pujon Kidul Yang Sukses Kelola Dana Desa Hingga Drastis Tingkatkan Pades

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 206 hits
Kepala Desa Pujon Kidul Udi Hartoko mengatakan BUMDes yang ia kelola tersebut telah berhasil meningkatkan Pendapatan Asli Desa hingga lebih dari Rp1 3 Miliar pada tahun 2018
Kisah Melinda Lepas Pekerjaan Demi Urus Anak Buat Bill Gates Terperangah

Kisah Melinda Lepas Pekerjaan Demi Urus Anak Buat Bill Gates Terperangah

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 286 hits
Melinda mengatakan Gates bahkan hingga terperangah mendengar keputusannya tersebut Dia tak pernah menyangka sang istri dengan segala kecerdasannya berhenti bekerja demi mengurus anaknya
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias