Kisah Kemiskinan Shah Rukh Khan Sebelum Menjadi Pelakon


Tidak perlu lagi diperkenalkan siapakah jejaka kacak di dalam gambar di bawah ini. Sebut sahaja namanya, sudah membuatkan kita terbayang-bayang lakonan romantiknya di dalam Kuch Kuch Hota Hai ataupun Mohabbatein.

Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan atau SRK. Nama yang cukup popular di dunia Bollywood serta di dalam industri perfileman dunia dan secara khususnya mendapat tempat istimewa di hati para peminatnya di Malaysia.

Namun, sedikit yang mengetahui sejarah kehidupan beliau yang hebat ini bermula dengan kisah lampau yang telah mencorakkan beliau antara pelakon yang paling berjaya di dunia Bollywood.

Shah Rukh Khan akan berumur 54 tahun pada 2 November 2019 nanti dan beliau dilahirkan di dalam keluarga Islam di New Delhi.

Beliau telah berkahwin dengan Gauri Khan dan mempunyai 3 orang anak. Shah Rukh Khan merupakan pelakon, pengarah dan juga pernah menjadi pengacara televisyen.

Ayahnya bernama Meer Taj Mohammed Khan dan ibunya bernama, Lateef Fatima berasal dari Peshawar. Ayahnya mempunyai beberapa perniagaan seperti restoran dan hidup sederhana di apartment yang disewanya.

Beliau membesar di kejiranan Rajendra Nagar di Delhi dan bersekolah di St. Columbus. Di sini, beliau aktif dalam bidang sukan, drama dan juga seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Malah, beliau juga dianugerahkan Sword of Honour, iaitu anugerah tahunan St. Columbus bagi pelajar contoh sekolah.

Selepas itu, beliau menghadiri Kolej Hansraj dari tahun 1985 sehingga 1988 dan telah mendapat ijazah di dalam bidang ekonomi. Kemudian, beliau meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana di Jamia Millia Islamia, namun beliau berhenti separuh jalan kerana minatnya dalam bidang lakonan begitu mendalam.

Namun, beliau telah dikejutkan dengan tragedi malang apabila ayahnya telah meninggal dunia disebabkan kanser pada tahun 1981. 10 tahun kemudian, ibunya turut meninggalkannya akibat komplikasi penyakit diabetes.

Akibat kematian kedua ibubapanya, kakak Shah Rukh Khan iaitu Shahnaz telah mengalami tekanan perasaan dan Shah Rukh Khan telah bertindak menjaganya. Kini, kakaknya masih lagi tinggal bersama Shah Rukh Khan dan keluarganya di rumahnya di Mumbai.

Akibat ketiadaan tempat bergantung, Shah Rukh Khan telah kehabisan duit dan bagi menyara hidup, beliau telah bekerja di tempat konsert dengan bayaran Rs.50 iaitu kira-kira RM3.40.

"Ketika saya datang ke Mumbai untuk berlakon, saya tiada tempat untuk tidur dan juga tiada wang." - Shah Rukh Khan

Beliau bermula dengan watak kecil di dalam filem dan drama. Beliau dibayar Rs.25,000 atau RM1700 sahaja untuk lakonannya di dalam filem yang bertajuk "Kabhi haan Kabhi naa".

Di hari pembukaan filem itu, beliau sendiri yang menjual tiket filem itu kepada orang ramai. Ketika itu, beliau hanya tidur di tepi pantai ataupun di perhentian bas kerana tiada tempat tinggal.

Namun, pada tahun 1992, hidupnya berubah. Selepas 5 tahun berusaha keras di dalam industri filem, filem "Deewana" telah menjadi filem box office dan telah memenangi Pelakon Debut atau Baru Terbaik untuk FilmFare.

Beliau berkata, "Saya berlakon kerana takutkan kemiskinan berbanding dengan minat lakonan."

Shah Rukh Khan telah berlakon di dalam filem-filem yang tidak diingini oleh pelakon lain namun tuah manusia siapa yang tahu, satu persatu filem yang dilakonkannya menjadi hits.

Hari ini, Shah Rukh Khan digelar "King Khan" dan merupakan pelakon Bollywood paling kaya dalam sejarah.

Pada tahun 2016, beliau mendapat bayaran sebanyak $33 juta ataupun RM145.55 juta, meletakkan beliau di tangga ke 86 dalam 100 selebriti paling kaya tahun 2016 lalu.

Dari RM3 kepada RM145.55 juta, siapa sangka hidup beliau berubah kerana tindakan yang berani itu.

Cerita Shah Rukh Khan ini mengajar kita bahawa, kejayaan dan kegagalan adalah sebahagian rencah kehidupan. Kedua-duanya tidak kekal dan percayalah kepada usaha anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
9 Rahsia 19 Tahun Filem Kuch Kuch Hota HaiTahukah Anda Berapa Gaji Pertama Diterima Selebriti Terkenal Bollywood?
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/kisah-shah-rukh-khan-miskin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pilu Mark Cuban Alami 3 Pemecatan Sebelum Jadi Orang Terkaya

Kisah Pilu Mark Cuban Alami 3 Pemecatan Sebelum Jadi Orang Terkaya

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 182 hits
Perjalanan karir salah satu orang terkaya saat ini Mark Cuban berliku dan penuh penderitaan Meskipun saat ini kekayaan miliarder Mark Cuban mencapai USD 4 1 miliar atau Rp 57 7 triliun namun ternyata dulu dia pernah mengalami kegagalan bahk...
Kisah Mo Ibrahim Ingin Jadi Ilmuwan Malah Menjadi Miliarder

Kisah Mo Ibrahim Ingin Jadi Ilmuwan Malah Menjadi Miliarder

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 216 hits
Miliarder Mo Ibrahim kelahiran Sudan mengaku bercita cita menjadi ilmuwan Idolanya adalah Marie Curie dan Albert Einstein Sejak usia dini dia menyebut tidak percaya pebisnis karena memandang mereka penipu dan terlibat aktivitas aktivitas ga...
10 Persiapan Sebelum Install Ulang Windows Di Laptop Dan Komputer

10 Persiapan Sebelum Install Ulang Windows Di Laptop Dan Komputer

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 414 hits
Saat kamu ingin melakukan install ulang windows di laptop atau komputer kamu perlu melakukan persiapan sebelum install ulang windows Hal ini dilakukan agar install ulang sistem operasi berjalan dengan lancar tanpa adanya hambatan atau penye...
Kurang Seminggu Sebelum Tiba Ramadhan

Kurang Seminggu Sebelum Tiba Ramadhan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 287 hits
Assalammualaikum wbtKURANG SEMINGGU SEBELUM TIBA RAMADHAN Selak kalendar hitung punya hitung kurang seminggu dah kita nak sambut Ramadhan InshaAllah Allahu Sekejapnya dah nak Ramadhan Alhamdulillah Seminggu macam macam boleh terjadi Segalan...
Wany Hasrita Lebih Baik Bayar Sebelum Dicari

Wany Hasrita Lebih Baik Bayar Sebelum Dicari

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 756 hits
Penyanyi popular Wany Hasrita mengakui sudah menjelaskan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Wany 27 atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia mula dikenakan cukai sejak 2017 lagi Perkara ini memang sudah...
Sebelum Meninggal Petugas Kpps Di Makassar Beri Rp 530 Ribu Ke Istri

Sebelum Meninggal Petugas Kpps Di Makassar Beri Rp 530 Ribu Ke Istri

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 270 hits
Sebelum Meninggal Petugas KPPS di Makassar Beri Rp 530 Ribu ke Istri Bersama Ramlah almarhum miliki anak laki laki namun di usia masih delapan bulan buah hati mereka meninggal dunia setelah step
Hadi Dan Saya Mulakan Usaha Penyatuan Ummah Secara Senyap Sebelum Pru 14 Najib

Hadi Dan Saya Mulakan Usaha Penyatuan Ummah Secara Senyap Sebelum Pru 14 Najib

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 346 hits
Bekas presiden Umno Najib Razak semalam memberitahu ahli PAS bahawa penyatuan dua parti yang sebelum ini merupakan seteru adalah hasil dari usaha senyap senyap olehnya dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang Jelas Najib usaha itu bermula ketika p...
Adakah Wujud Manusia Lain Sebelum Nabi Adam

Adakah Wujud Manusia Lain Sebelum Nabi Adam

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 381 hits
Soalan Kita semua maklum bahawa Nabi Adam A S merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT dan Baginda digelar Abu al Basyar yang bermaksud bapa segala manusia Tapi saya pernah terbaca dalam satu blog bahawa sebenarnya sebelum N...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live