Miliki Hobi Suka Buat Kuih Tradisional Ceo Ini Kongsi Resipi Karipap Daging Yang Gerenti Wow


Memasak adalah satu skill yang unik. Apatah lagi skill memasak kuih-muih tradisional yang memerlukan ketelitian dan kesabaran. Walau nampak mudah, tidak semua yang memasak kuih tradisional boleh berpuas hati dengan kualiti rupa dan rasanya.
Bagi CEO Fadeco Group Sdn Bhd merangkap Pengarah Rekaan (Design) di Fabello Interior, Fara Mustapa, minat memasak yang dimiliki membuatkan beliau kerap memasak terutama kuih tradisional.
“Saya suka buat kuih tradisional sebab saya rasa kuih Melayu ni sebenarnya sangat mudah cuma perlukan kesabaran dan teknik yang betul untuk dapatkan hasil kuih yang cantik. Selain karipap, kuih lain yang saya suka buat adalah kuih seri muka, kuih lapis, donat, kuih keria, kuih bingka pandan, apam nasi sejuk dan bingka ubi. Tapi kuih seri muka antara kuih yang saya sangat suka buat sebab mencabar. Berkali-kali saya buat try and error untuk dapatkan tekstur yang cantik dan sempurna serta rasa yang sedap,” katanya memulakan bicara.
Walaupun pada hari ini menyaksikan banyak resipi kuih tradisional yang dimodenkan, Fara mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Misalnya kuih karipap yang diletakkan keju sebagai intinya.
“Pada pandangan saya, saya lebih suka mengekalkan rasa asli resipi tradisional itu sendiri tetapi boleh dimodenkan dari segi rupa bentuk ataupun warna. Jika rasa kuih itu telah dimodenkan, ianya tidak lagi menjadi kuih tradisional.
Jom kita lihat resipi karipap yang dikongsikan oleh Fara.
KARIPAP DAGING RANGUP
BAHAN INTI KARIPAP
Minyak masak untuk menumis
1 tangkai daun kari
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili (tidak perlu jika tidak mahu pedas)
1 cawan daging (dipotong dadu/kisar)
1 cawan ubi kentang (dipotong dadu)
2 cawan ubi keledek oren (dipotong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
2 tangkai daun sup dan daun bawang (dihiris)
BAHAN KISAR
3 sudu besar udang kering (rendam sekejap supaya lembut)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMBUAT INTI KARIPAP
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dicampurkan dengan sedikit air (sehingga menjadi pes). Masak pes kari sekejap sehingga sedikit garing.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan ubi kentang, ubi keledek dan air sedikit. Masak sehingga ubi kentang dan ubi keledek empuk.
6. Masukkan sedikit garam, gula, daun sup dan daun bawang. Kemudian masak sehingga kering.
7. Ketepikan dahulu dan sementara tunggu sejuk boleh sediakan doh untuk kulit karipap pula.
BAHAN KULIT KARIPAP
160 ml minyak jagung
500 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1 biji jus limau kasturi (perah dan buang biji)
200 ml air sejuk dari peti ais
CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP
1. Panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas adunan.
3. Tuang minyak jagung panas tadi ke dalam adunan tepung.
4. Gaul sebati guna senduk kayu perlahan-lahan kerana minyak masih panas. Kacau adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
5. Masukkan sedikit garam dan perahan limau kasturi ke dalam air sejuk dari peti ais dan tuang sikit demi sedikit.
6. Uli adunan sehingga lembut dan adunan tidak melekat di tangan. Boleh taburkan sedikit tepung dan sambung uli jika adunan lembik atau tambahkan sedikit air jika rasa adunan keras.
7. Kemudian masukkan doh ke dalam beg plastik yang bersih atau boleh balut dengan wrapping plastic. Bungkus kedap dan perap doh selama 15-30minit.
8. Biar sehingga doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut serta elastik.
CARA PENYEDIAAN KARIPAP
1. Apabila doh telah lembut dan elastik, keluarkan dari plastik dan canai.
2. Boleh terap adunan yang dicanai tadi menggunakan acuan bulat atau cawan. Boleh juga ketipkan karipap menggunakan acuan karipap.

3. Susun karipap yang telah diletakkan inti tadi ke atas dulang yang telah disapukan sedikit minyak masak atau ditabur tepung agar kulit karipap tadi tidak rosak atau terkoyak ketika diangkat untuk digoreng.

4. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Kemudian bolehlah mula menggoreng karipap sehingga kekuningan.

TIP PENTING KETIKA MENGGORENG
1. Panaskan minyak masak kemudian perlahan semula api sebelum masukkan karipap.
2. Minyak masak tidak boleh terlalu panas bagi mengelakkan kulit karipap menggerutu atau berbonjol.
3. Kulit karipap juga jangan dicanai terlalu nipis bagi menghasilkan kulit karipap yang cantik dan licin ketika digoreng.
4. Minyak masak juga jangan terlalu tidak panas kerana nanti kulit karipap akan menyerap minyak yang banyak ketika goreng. Jadi perlu sesuaikan api dan kepanasan minyak masak ikut dapur masing-masing.

Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Fara Mustapa
The post Miliki Hobi Suka Buat Kuih Tradisional, CEO Ini Kongsi Resipi Karipap Daging Yang Gerenti Wow! appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/11/miliki-hobi-suka-buat-kuih-tradisional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuetiau Sup Ala Old Town Wanita Ini Kongsi Resipi Yang Gerenti Padu

Kuetiau Sup Ala Old Town Wanita Ini Kongsi Resipi Yang Gerenti Padu

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 154 hits
Bagi anda yang pernah menikmati menu kuetiau sup di restoran Old Town pasti anda tahu cita rasa sup di situ Rasanya sedap dan membuatkan seperti tidak cukup semangkuk untuk dinikmati Kuetiau sup ini tidak renyah untuk dimasak Kita cuma perl...
Datin Fadzilah Kongsi Resipi Tradisi Orang Pantai Timur Kuih Lempong Yang Semakin Dirindui

Datin Fadzilah Kongsi Resipi Tradisi Orang Pantai Timur Kuih Lempong Yang Semakin Dirindui

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 336 hits
Sememangnya suka memasak turut menerima tempahan masakan ketika waktu senggangnya Dikenali dengan rempah kuah soto Tok Mak Datin Fadzilah turut gemar berkongsi resipi termasuklah kuih tradisi yang semakin dirindui di laman facebooknya Kuih ...
Doktor Ph D Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Gerenti Jadi Nasi Tak Lembik Warna Sambal Pun Cantik

Doktor Ph D Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Gerenti Jadi Nasi Tak Lembik Warna Sambal Pun Cantik

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 191 hits
Seorang pemegang Ijazah Kedoktoran Ph D dalam industri halal telah berkongsi resipi nasi lemak dan sambal tumis yang sangat menjadi Ini diakui sendiri oleh mereka yang mengikut sebijik sebijik resipi nasi lemak dan sambal tumisnya itu terny...
Resipi Cucur Bilis Kentang Yang Gerenti Buat Tak Cukup Sepinggan

Resipi Cucur Bilis Kentang Yang Gerenti Buat Tak Cukup Sepinggan

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 283 hits
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi cucur bilis kentang Ya cucur bilis kentang adalah hidangan yang biasa biasa saja Tapi dengan cara buat yang betul cucur bilis kentang tak cukup sepinggan Sebab apa Sebab teksturnya rangup di luar dan lem...
Blogger Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam Daripada Ibunya Ringkas Tapi Nampak Sedap

Blogger Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam Daripada Ibunya Ringkas Tapi Nampak Sedap

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 192 hits
Melalui blog blogger yang dikenali sebagai Rabia telah berkongsi resipi nasi ayam Istimewanya resipi itu adalah daripada ibunya sendiri Menggunakan teknik ringkas namun tetap sedap Rabia mengakui hidangan nasi ayam ibunya menjadi kegemaran ...
Resipi Kek Lapis Masam Manis Gerenti Sedap Puas Hati

Resipi Kek Lapis Masam Manis Gerenti Sedap Puas Hati

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 253 hits
Kek lapis bolehlah dikatakan sebagai kek orang lama Membuatnya memerlukan kesabaran Pun begitu kek lapis tetap ramai peminatnya Dikatakan kek lapis mempunyai cita rasa yang amat memikat kerana bergabung antara rasa masam manis dan berlemak ...
Wanita Ini Kongsi Resipi Sempoi Masak Gulai Siput Sedut Dan Sambal Tumis Bilis Petai

Wanita Ini Kongsi Resipi Sempoi Masak Gulai Siput Sedut Dan Sambal Tumis Bilis Petai

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 363 hits
Melalui facebook seorang pengguna media sosial dengan nama berkongsi resipi gulai siput sedut dan sambal tumis bilis petai Menariknya Hafizah tidak berpandukan sebarang resipi Sebaliknya hanya melalui pemerhatian daripada pengalamannya meli...
Kuih Muih Dipuji Warga Jepun Khairina Miliki Kilang Proses Produk Sejuk Beku

Kuih Muih Dipuji Warga Jepun Khairina Miliki Kilang Proses Produk Sejuk Beku

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 146 hits
Bermula dengan pujian daripada seorang majikan warga Jepun terhadap masakannya dan mencadangkannya berniaga wanita berusia 53 tahun ini akhirnya memberanikan diri untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan Khairina Suleiman memberitahu se...
Peminat Tak Sabar Pelakon D P Kongsi Sudah Selesai Penggambaran Untuk Musim Kedua

Peminat Tak Sabar Pelakon D P Kongsi Sudah Selesai Penggambaran Untuk Musim Kedua

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 143 hits
D P musim kedua sudah tamat penggambaran ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini pelakon utama bagi D P musim kedua Jung Hae in berkongsi beberapa keping gambar di Instagramnya bersama Koo Kyo hwan dan lain lain Dia juga sempat memuat naik gambar d...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025