Michelle Yeoh Bakal Terima Anugerah Honorary Golden Bear


Michelle Yeoh Bakal Terima Anugerah “Honorary Golden Bear”
Pelakon terkenal Malaysia, Michelle Yeoh, bakal menerima Honorary Golden Bear pada Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinale) 2026 sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlangnya dalam dunia perfileman.
Menurut pengumuman penganjur baru-baru ini, anugerah berprestij tersebut akan disampaikan semasa Majlis Pembukaan di Berlinale Palast pada 12 Februari 2026.
Michelle Yeoh dianggap sebagai salah seorang pelakon paling serba boleh dan berpengaruh dalam generasinya. Dengan kerjaya yang merentasi empat dekad dan pelbagai benua, beliau telah meninggalkan impak besar dalam dunia perfileman antarabangsa.
“Michelle Yeoh adalah seorang artis dan pelakon yang visionari, di mana karyanya melangkaui sempadan, sama ada dari segi geografi, bahasa atau sinema.
“Kehadirannya yang menawan, pilihan seni yang berani dan gaya tersendiri telah meninggalkan kesan mendalam kepada generasi pembuat filem dan peminat di Berlinale serta seluruh dunia,” kata Pengarah Festival, Tricia Tuttle.
Michelle Yeoh pernah menjadi ahli Juri Antarabangsa Berlinale pada 1999. Sejak itu, beliau terus memukau penonton di Berlinale serta di seluruh dunia melalui karya-karya terkenal. Ini termasuk Crouching Tiger, Hidden Dragon dan filem fenomena Everything Everywhere All at Once.
Pelakon wanita Asia serba boleh Pada akhir 1980-an hingga awal 1990-an, Michelle Yeoh menonjol melalui filem-filem aksi seperti Yes, Madam, Royal Warriors, Police Story III dan Wing Chun.
Ini sekali gus menjadikannya ikon wanita utama dalam panggung aksi dan seni mempertahankan diri Asia. Karisma, keupayaan fizikal dan kehadiran di layar perak membuatkan beliau digemari penonton jauh melangkaui Hong Kong.
Beliau mencapai kejayaan antarabangsa pada 1997 menerusi wataknya sebagai ejen rahsia China, Wai Lin, dalam filem James Bond Tomorrow Never Dies.
Persembahan ikonik beliau dalam Crouching Tiger, Hidden Dragon (Arahan Ang Lee) dan Everything Everywhere All at Once (Arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert) menunjukkan komitmen Yeoh terhadap kecemerlangan seni, membina jambatan budaya serta memperkasakan wanita di layar perak.
Menerusi Everything Everywhere All at Once, Michelle Yeoh dianugerahkan Anugerah Akademi Pelakon Wanita Terbaik pada 2023. Ini menjadikannya pelakon wanita keturunan Asia pertama memenangi kategori ini. Detik bersejarah ini juga menandakan pencapaian penting bagi pengiktirafan artis Asia dalam perfileman global.
Kini, Michelle Yeoh membawakan watak Madame Morrible dalam filem muzikal Wicked: For Good (Arahan Jon M. Chu) yang dijadualkan tayang tidak lama lagi.
Awal tahun ini, beliau kembali ke panggung China dengan Ms. Rubik’s Cube (tajuk kerja, arahan Bai Xue dan diterbitkan secara eksekutif oleh Wen Muye).
Kemudian pada 2026, Yeoh akan mengetuai siri televisyen baharu Blade Runner 2099 (diterbitkan secara eksekutif oleh Ridley Scott untuk Amazon Prime Video) dan turut muncul dalam filem aksi thriller akan datang, The Surgeon (Arahan Roshan Sethi).
Untuk info, Honorary Golden Bear diberikan oleh Berlinale sebagai penghargaan kepada individu yang telah memberi sumbangan kekal dalam seni perfileman.
Antara penerima sebelum ini termasuk Helen Mirren, Martin Scorsese, Meryl Streep, Steven Spielberg, dan Tilda Swinton.
BACA: Malam Terlarang Raih Kutipan RM5 Juta, Terus Kekal Di Carta No.1
Sumber: Berlinale
The post Michelle Yeoh Bakal Terima Anugerah “Honorary Golden Bear” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/16/michelle-yeoh-bakal-terima-anugerah-honorary-golden-bear/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Animasi A Mighty Adventure Diumum Raih 3 Pencalonan Anugerah Golden Horse 2026

Filem Animasi A Mighty Adventure Diumum Raih 3 Pencalonan Anugerah Golden Horse 2026

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 187 hits
Filem Animasi A Mighty Adventure Diumum Raih 3 Pencalonan Anugerah Golden Horse 2026 KUALA LUMPUR Filem animasi cereka A Mighty Adventure secara rasmi diumumkan sebagai projek kerjasama Malaysia dan pasukan kreatif antarabangsa yang menampi...
24 Usahawan Selangor Wp Kuala Lumpur Terima Anugerah Usahawan Mara

24 Usahawan Selangor Wp Kuala Lumpur Terima Anugerah Usahawan Mara

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 159 hits
24 Usahawan Selangor WP Kuala Lumpur Terima Anugerah Usahawan MARA KUALA LUMPUR Seramai 24 usahawan dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diiktiraf sebagai penerima Anugerah Usahawan MARA Peringkat Negeri menerusi 12 kategori y...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Bakal Memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia Dengan Peruntukan Rm200 000

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Bakal Memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia Dengan Peruntukan Rm200 000

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 209 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan Anugerah Kampung Paling Bahagia bagi menggalakkan rakyat untuk bersama memainkan peranan memperkukuhkan kesejahteraan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 165 hits
Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji JOHOR BAHRU Seramai 17 454 penjawat awam negeri Johor bakal menerima bonus dua bulan gaji yang akan disalurkan pada Disember ini Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz ...
Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan Rm2 000 Sanusi

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan Rm2 000 Sanusi

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 263 hits
Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan RM2 000 Sanusi ALOR SETAR 10 Nov Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2 000 kepada 4 941 penjawat awam negeri dan anggota pentadbiran negeri sebagai...
Budak 9 Tahun Terima Hadiah Kereta Lamborghini Sempena Hari Jadi

Budak 9 Tahun Terima Hadiah Kereta Lamborghini Sempena Hari Jadi

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 167 hits
Budak 9 Tahun Terima Hadiah Kereta Lamborghini Sempena Hari Jadi Seorang pengusaha muda di Makassar wilayah Sulawesi Selatan meraih perhatian ramai kerana memberikan anaknya kereta mewah Lamborghini bernilai kira kira RM7 5 juta sebagai had...
Viral Video Tegur Pelajar Biadab Pengusaha Kantin Terpaksa Tutup Kedai Setelah Terima Aduan Ibu Bapa

Viral Video Tegur Pelajar Biadab Pengusaha Kantin Terpaksa Tutup Kedai Setelah Terima Aduan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 199 hits
Pemilik gerai kantin sebuah sekolah rendah di Singapura Rayner Tan 27 yang popular di media sosial kerana video video perkongsian pengalaman mengurus gerai mengumumkan bahawa beliau bakal menutup operasinya selepas menerima aduan berhubung ...
Siapa Setiausaha Politik Pm Terima Teguran Keras Anwar

Siapa Setiausaha Politik Pm Terima Teguran Keras Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 164 hits
Malaysiakini nbsp Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia telah memberi teguran keras kepada salah seorang daripada tiga setiausaha politiknya kerana menulis surat sokongan untuk enam kontraktor dalam proje...
Penduduk Jalan Papan Pandamaran Akan Terima Kediaman Mampu Milik Mb Selangor

Penduduk Jalan Papan Pandamaran Akan Terima Kediaman Mampu Milik Mb Selangor

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 166 hits
Penduduk Jalan Papan Pandamaran Akan Terima Kediaman Mampu Milik MB Selangor SHAH ALAM 14 Nov Penduduk di Jalan Papan Pandamaran Klang dekat sini yang terlibat dengan perobohan rumah bakal menerima kediaman mampu milik yang akan dibangunkan...
Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Mampukah Jambatan Melaka Indonesia Direalisasikan Atau Sekadar Projek Gajah Putih Baharu

Glow Into 2026 Lazada S 12 12 Beauty Wellness Finds

Majlis Pernikahan Erra Fazira Dan Mr E

Khasiat Petai Yang Ramai Tidak Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Nanjing Niushoushan Cultural Park

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah

Pokok Air Mata Pengantin

Ketika Akhlak Diuji

Sesak Di Dalam Keretapi Keterpaksaan Dan Kesabaran