Mic Hentam Kpm Sebab Dr Zakir Naik Pas Tolong Tarbiah Siva Ni Kejap


Kerajaan, khususnya kementerian pendidikan tidak patut cuci tangan berhubung kontroversi kertas peperiksaan hubungan etnik di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), kata Putera MIC.

Ini susulan kenyataan kementerian itu semalam yang berkata ia tidak akan campur tangan dalam isu itu dan menyerahkannya kepada Unimap untuk diselesaikan, selaras dengan konsep autonomi universiti.

Putera MIC menggesa KPM (kementerian pendidikan Malaysia) supaya bertindak dengan lebih bertanggungjawab dan tidak melepaskan tangan dengan alasan-alasan yang dilihat remeh dan tidak munasabah.Alasan bahawa KPM tidak dapat mencampuri urusan pentadbiran institusi pengajian tinggi tidak dapat diterima langsung memandangkan KPM adalah kuasa eksekutif yang telah dipertanggungajwabkan untuk memantau dan melaksanakan dasar pendidikan negara dan semua institusi pengajian tinggi tertakluk kepada pengelolaan KPM.Sudahlah kecuaian yang mungkin disengajakan oleh sesetengah pihak di UniMAP telah mengguris semangat perpaduan, tetapi apa yang lebih menyedihkan adalah kegagalan KPM menangangani isu ini dengan efisyen dan efektif dengan membiarkannya melarat, kata Ketua Putera MIC Kebangsaan, S Padmarajah.
Ahad lalu, Naib Presiden MIC C Sivarraajh mengkritik soalan peperiksaan universiti berkenaan yang menyifatkan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik sebagai “ikon dunia Islam”.

Soalan itu berbunyi: Zakir Naik merupakan salah satu ikon dalam dunia Islam, beliau banyak berjasa dalam menyebarkan Islam yang sebenar dan mengikuti al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Beliau mampu berhujah dan mampu menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan baik. Namun begitu di Malaysia, beliau tidak lagi dibenarkan untuk menyampaikan dakwah. Pada pendapat anda sebagai rakyat Malaysia, mengapakah hal ini berlaku?

Soalan itu menyediakan pilihan jawapan yang membolehkan pelajar untuk memilih lebih daripada satu daripadanya.

Pilihan jawapannya ialah:

(1) Rakyat Malaysia yang malas mengambil tahu;

(2) Rakyat Malaysia yang mudah rasa terancam tanpa usul periksa;

(3) Rakyat Malaysia yang bersifat menuruti sahaja tanpa usul periksa;

(4) Rakyat Malaysia yang bodoh tentang agama masing-masing.

Padmarajah turut menggesa agar kertas peperiksaan itu dibatalkan.

“Putera MIC menggesa pihak Unimap untuk membatalkan kertas peperiksaan kursus Hubungan Etnik yang dilihat tidak munasabah dan di luar konteks perpaduan yang sering diwara-warakan oleh pemimpin negara.

“Ia dengan jelas bercanggah dengan prinsip pemeliharaan perpaduan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

“[...] Dengan memainkan isu Dr Zakir sebagai komponen dalam soalan peperiksaan ia dengan jelas mencerminkan kegagalan Unimap dalam fungsinya sebagai institusi pengajian awam yang bertanggungjawab,” katanya.

Dr Zakir dilarang daripada menyampaikan ceramah selepas membuat komen kontroversi semasa berceramah di Kelantan pada Ogos.

Dalam ceramah itu, beliau mendakwa orang India di Malaysia dilayan dengan lebih baik berbanding kaum minoriti di India, tetapi mereka memilih untuk menyokong Perdana Menteri India, Narendra Modi, berbanding Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut meminta pengkritik yang memintanya meninggalkan Malaysia, untuk terlebih dahulu meminta “tetamu lama” dari kaum Cina untuk berbuat demikian.

Zakir bagaimanapun kemudian mendakwa kenyataannya telah diambil luar konteks.

Terdapat juga kontroversi lain dalam kertas peperiksaan itu, salah satunya yang menyentuh kaum India.

Soalan 12 dalam kertas sama pula berbunyi: Etnik ini berkulit hitam dan mereka juga terdapat di kawasan Asia seperti Malaysia dan Indonesia. Kaum apakah ini?

Pilihan jawapannya ialah:

(A) Negroid
(B) Red Indian
(C) Indian
(D) Bushman


Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/mic-hentam-kpm-sebab-dr-zakir-naik-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mic Criticises Varsity Exam Question Calling Zakir Naik An Icon

Mic Criticises Varsity Exam Question Calling Zakir Naik An Icon

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 386 hits
MIC vice chief C Sivarraajh has criticised a university examination question which described controversial preacher Dr Zakir Naik as an icon in the Muslim world He said the question was from an ethnic relations examination paper at the Univ...
Moe We Re Not Responsible For Zakir Naik Question

Moe We Re Not Responsible For Zakir Naik Question

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 440 hits
The Ministry of Education has clarified that it was not responsible for the contents of Universiti Malaysia Perlis exam papers In a statement today the ministry s Higher Education Department said every public university has autonomy and is ...
Zakir Naik A Constant Thorn In Our Side

Zakir Naik A Constant Thorn In Our Side

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 323 hits
ADAM TAN It is a name we have all heard over and over again from the beginning of 2019 until the very end Countless news articles debates and conversations have centered around the Indian preacher he even earned the number 8 spot in the top...
Zakir Naik In Exam Paper Unimap Launches Probe

Zakir Naik In Exam Paper Unimap Launches Probe

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 338 hits
Universiti Malaysia Perlis says it has launched an investigation into the recent examination paper for its Ethnic Relations course An official statement will be issued once the which touched on controversial preacher Zakir Naik The question...
New Year Resolution For Gov T Send Zakir Naik Back

New Year Resolution For Gov T Send Zakir Naik Back

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 350 hits
It is a name we have all heard over and over again from the beginning of 2019 until the very end Countless news articles debates and conversations have centred around the Indian preacher he even earned the in the top 24 news items selected ...
Heads Must Roll On Zakir Naik In Unimap Exam Paper

Heads Must Roll On Zakir Naik In Unimap Exam Paper

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 353 hits
Zakir Naik in exam paper UniMAP launches probe2h ago59Heads must roll for those responsible for this unwarranted mess and trying to create a religious sensitivity There are so many local religious icons who should have been recognised but w...
Benda Boleh Consider Kan Pas Tolong Nasihat Sikit Kerajaan Negeri Pahang

Benda Boleh Consider Kan Pas Tolong Nasihat Sikit Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 438 hits
Pengerusi PH Pahang Fuziah Salleh meluahkan kekesalan ke atas pengusiran pekebun sayur di Cameron Highlands oleh kerajaan Pahang semalam yang menurutnya boleh dikendalikan dengan lebih baik Fuziah berkata meskipun kebun haram tersebut terle...
Dr Zakir Naik Attends Kl Summit

Dr Zakir Naik Attends Kl Summit

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 242 hits
Controversial preacher Dr Zakir Naik was present when the Kuala Lumpur Summit 2019 was formally launched as a new platform for international Muslim discourse today However Dr Zakir expressed his wish to not speak to the press when he was ap...
Unimap Finds Nothing Wrong With Question About Zakir Naik

Unimap Finds Nothing Wrong With Question About Zakir Naik

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 325 hits
A probe by Universiti Malaysia Perlis has found nothing controversial with its Ethnic Relations examination questions including the one involving Zakir Naik UniMAP vice chancellor R Badlishah Ahmad said all questions had gone through proper...
Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Langit Senja Muzufa

Sambal Tempoyak Petai

Depan Lain Belakang Lain Mengenali Sikap Orang Bermuka Dua

Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi