Mh370 Satu Hari Pasti Ditemukan


Misteri Kehilangan MH370
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

LONDON: Teknologi baharu dijangka dapat membantu mengesan lokasi akhir pesawat Malaysia Airlines, MH370, bagi menyelesaikan pencarian tujuh tahun pesawat yang membawa 239 penumpang itu.

Mirror memetik The Times melaporkan, dalam misi penca­rian sebelum ini, terdapat sedikit ‘petanda’ mengenai kedudukan pesawat Boeing 777 itu yang hilang di Lautan Hindi pada 2014, ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pelbagai teori kehilangan pesawat itu berlegar di alam sumber maklumat termasuk media sosial.


Pencarian terakhir dilakukan pada 2018 oleh syarikat robotik laut, Ocean Infinity menggunakan kenderaan bawah laut tanpa pemandu yang meliputi kawasan hampir 50,000 batu persegi, namun tetap gagal merungkai misteri kehilangan MH370.

Bagaimanapun menurut laporan The Times, cubaan menggunakan teknologi baharu dikatakan mampu mengesan sejarah data mengenai isyarat radio pesawat, seterusnya menjadi ‘kunci’ untuk akhirnya me­nemukan pesawat berkenaan.

Teknologi itu terbukti berjaya dan perintisnya percaya dapat memetakan minit akhir MH370 dengan peningkatan ketepatan ketara, mengecilkan kawasan pencarian untuk penyiasat.


Jurutera aeroangkasa Britain, Richard Godfrey menjalankan ujian menggunakan pangkalan data dalam talian yang dikenali sebagai Weak Signal Propagation Reporter (WSPR).

Teknologi itu mencatat setiap interaksi antara pesawat di udara dan isyarat yang dihantar oleh pemancar radio di daratan.

Beliau menggunakan kaedah itu untuk mengesan jalur pe­nerbangan pesawat Orion Tentera Udara New Zealand yang mengambil gambar serpihan di permukaan laut sejurus selepas MH370 hilang.

Ia termasuk panel besar yang menyerupai komponen sayap Boeing 777 dan pakar merumuskan ia adalah sebahagian daripada MH370.

Ocean Infinity mengatakan, pihaknya mengetahui cubaan tersebut (menggunakan teknologi baharu) dan berkata: “Kami berminat untuk meneruskan pencarian sama ada hasil dari maklumat atau teknologi baharu. TAK AKAN PUTUS ASA Biarpun pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam pencarian MH370 sudah ‘menutup buku’ dalam usaha pencarian, ramai yang masih berfikiran: “Satu hari, pesawat itu pasti akan ditemukan”.

Itulah yang ditegaskan Peter Foley, rakyat Australia yang bertanggungjawab dalam penca­rian itu, kerana orang tidak akan putus asa mencarinya.

Beliau merupakan pengarah program untuk usaha antarabangsa mencari MH370 yang diketuai Biro Keselamatan Pe­ngangkutan Australia (ATSB).

Ratusan orang terlibat dalam usaha mengesan di le­bih 120,000 kilometer persegi di dasar laut selatan Lautan Hindi.

The Guardian melaporkan, mereka memetakan kawasan itu dan berusaha mengesan serpihan-serpihan, sebelum pencarian ditangguhkan pada awal 2017.


Dalam laporan akhirnya, ATSB menjelaskan mengenai proses saintifiknya dan meluahkan simpati terhadap keluarga serta waris 227 penumpang dan 12 anak kapal selain menyatakan kesedihan mendalam terhadap tragedi itu.

ATSB menyatakan, pihak­nya amat kesal kerana masih gagal menemukan pesawat terbabit bersama penumpang dan anak kapalnya, walaupun selepas usaha pencarian luar biasa membabitkan beratus anggota profesional daripada pelbagai organisasi di seluruh dunia.

Laporan itu turut menyifatkan kehilangan pesawat itu tidak sewajarnya berlaku dalam era penerbangan moden dengan 10 juta penumpang menggunakan pesawat komersial setiap hari. Bagaimanapun bagi Foley, MH370 tetap akan ditemukan berhampiran kawasan yang mereka cari selama ini.

“Ini adalah salah satu perkara yang akan menarik perhatian orang sehingga misteri itu diselesaikan. Ini adalah misteri yang mesti diselesaikan dan akhirnya akan diselesaikan,” katanya. ‘KITA MAHUKAN JAWAPAN’ Sementara itu, Godfrey berkata, usahanya untuk me­rungkai misteri MH370 berbalik kepada sesuatu yang menimpanya pada 2009 ketika beliau menempah penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris.

Seminggu selepas itu, pesawat yang sama, Air France 447, terhempas di Atlantik dengan 228 orang di dalamnya. Setelah hampir dua tahun mencari, bangkai pesawat ditemukan.

Ketika MH370 hilang, Godfrey mahukan jawapan, begitu juga harapan ahli keluarga dan waris penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Sebenarnya, ramai lagi yang mahukan jawapan dan berminat untuk membantu. Pemburu serpihan pesawat, Blaine Gibson, masih mencari jawapan. Bob Ballard, yang menemukan bangkai Titanic pada 1985, juga mahu membantu.


Ketika ini, Foley mungkin sudah ‘bersara’, tetapi beliau masih beremosi dengan kisah MH370.

Namun beliau menyatakan ‘sangat berminat’ untuk melihat pencarian demi pencarian MH370 dimulakan agar pesawat itu dapat ditemukan.

“Kita (pasukan mencari) sudah melakukan kerja yang luar biasa. Semuanya ini akan menjadi lega bagi semua orang yang terlibat untuk melihat akhirnya MH370 ditemukan dan ada jawapan untuk 239 keluarga.

“Biarpun apa kaedahnya, apa jua kemajuan teknologi, MH370 pasti akan ditemukan,” katanya.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/mh370-satu-hari-pasti-ditemukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaki Hilang 6 Hari Di Gunung Guntur Garut Ditemukan Selamat

Pendaki Hilang 6 Hari Di Gunung Guntur Garut Ditemukan Selamat

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 215 hits
Kepala Kantor SAR Bandung Deden Ridwansah membenarkan seorang pendaki remaja Muhammad Gibran Arrasyid yang hilang di Gunung Guntur pada Minggu akhirnya ditemukan Jumat sekitar pukul 16 00 WIB
Dewan Rakyat Faedah Terakru Pembukaan Ipt Sekolah Satu Aliran Tumpuan Hari Ini

Dewan Rakyat Faedah Terakru Pembukaan Ipt Sekolah Satu Aliran Tumpuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 265 hits
Implikasi faedah terakru kepada para peminjam menerusi moratorium dan kesediaan kerajaan untuk menghapuskan faedah itu menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen perkara itu akan ditanyakan...
Hari Tani Nasional Refleksi Kinerja Positif Pertanian Indonesia

Hari Tani Nasional Refleksi Kinerja Positif Pertanian Indonesia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 175 hits
Harvick mengatakan momentum hari tani ini sebaiknya dimanfaatkan untuk berhusnudzon pada pemerintah Ia menyebut pemerintah telah bekerja keras untuk petani dan pada masa pandemi ini Kementan dihadapkan pada keterbatasan anggaran
Lelaki Menunggu Hari Pembedahan Untuk Buang Jari Akibat Frostbite

Lelaki Menunggu Hari Pembedahan Untuk Buang Jari Akibat Frostbite

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 177 hits
Seorang pengembara dan jaguh pendaki gunung terpaksa memotong jarinya disebabkan oleh kesan frostbite yang dialaminya semasa dia mendaki puncak Gunung Broad Peak di Karakoram sempadan China dan Pakistan kerana kekurangan oksigen dan keadaan...
Covid Kes Sembuh Melebihi Kes Baharu 8 Hari Berturut Turut

Covid Kes Sembuh Melebihi Kes Baharu 8 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 251 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media perkembangan terkini penularan wabak COVID 19 di Kementerian Kesihatan hari ini KUALA LUMPUR 24 Sept Jumlah kes sembuh daripada COVID 19 di Malaysia terus mengatasi angka kes ba...
Pertama Kali Dalam Sejarah Arab Saudi Perempuan Ikut Parade Militer Hari Nasional

Pertama Kali Dalam Sejarah Arab Saudi Perempuan Ikut Parade Militer Hari Nasional

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 317 hits
Perempuan dilibatkan dalam parade militer tahunan perayaan Hari Nasional Arab Saudi untuk pertama kalinya dalam sejarah negara kerajaan tersebut pada Kamis
Swiss Roll Dan Kek Karamel Di Hari Jadi Along

Swiss Roll Dan Kek Karamel Di Hari Jadi Along

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum ALHAMDULILLAH Syukur hari ini Along dah mencecah usia 25 52 tahun Tapi kalau tengok mesti tak percaya dah 52 Kena tenung lama lama la cari di mana kedutnya hahahaha Sempena hari jadi Along yang tinggal di Melaka kenalah pesa...
Jalinkan Hubungan Erat Dengan Secawan Teh Sempena Hari Teh Tarik Bersama Lipton

Jalinkan Hubungan Erat Dengan Secawan Teh Sempena Hari Teh Tarik Bersama Lipton

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 413 hits
Teh Tarik cukup sinonim sebagai sebahagian daripada budaya negara kita Tidak kira dimana mana sahaja samada semasa perjumpaan keluarga mahupun ketika berjumpa kawan kawan di kedai mamak untuk bersimbang ataupun bersama kenalan baharu Setiap...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi