Mh370 Pasport Palsu Langsung Tidak Di Semak


Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.


Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.

Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.

“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.

Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.

Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.

“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.

Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.

“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita mempersoalkan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap soal keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.

Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia. –Astroawani.com

UPDATE!

Penumpang Guna Pasport Palsu Warga Iran

Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

“Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profilnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas,” kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi ke Frankfurt, Jerman.

Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

“Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki,” kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa. -Mynewshub

Papar Gambar Wajah Sama Di Pasport

Kedua-dua individu yang didapati menggunakan pasport palsu milik warga Austria dan Itali didapati memberikan dokumen perjalanan yang memiliki gambar yang serupa dengan pembawanya.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata kesemua prosedur operasi standard pemeriksaan pasport telah pun diikuti dalam pemeriksaan pasport kedua-dua individu berkenaan.

Beliau berkata selepas berpuas hati dengan gambar dan pemeriksaan yang betul serta mematuhi peraturan barulah dua individu berkenaan dibenarkan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

“Individu pertama tiba di Malaysia pada 28 Februari dan diberikan visa lawatan sosial yang membolehkan dia tinggal di negara ini selama 90 hari dan kemudiannya meninggalkan negara ini pada 8 Mac lepas dengan menaiki pesawat MH370.

“Individu berkenaan memberikan pasport dan pas masuk (boarding pass) untuk menaiki pesawat berkenaan, selepas diperiksa visa lawatan sosial masih lagi belum tamat tempoh dia diberikan kebenaran meneruskan perjalanan,” kata Aloyah dalam sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Selain itu, Aloyah berkata suspek berkenaan telah direkodkan butiran biometriknya ketika tiba di Malaysia dan ketika mereka berlepas rekod biometrik dan pasport yang diberi selari dan mengikut keperluan imigresen.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/03/mh370-pasport-palsu-langsung-tidak-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Palsu Dokumen Kes Dadah Inspektor Mengaku Tak Salah

Palsu Dokumen Kes Dadah Inspektor Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 64 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan kes dadah pada September tahun lalu Tertuduh Crall Mark Bait membuat pengakuan itu di hadapan Majistre...
Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 143 hits
Ramai orang yang hidup penuh hipokrit kepura puraan dan kepalsuan
Zainal Abidin Ni Dato Palsu Ke Betul

Zainal Abidin Ni Dato Palsu Ke Betul

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 61 hits
Mohd Azlan Abdullah Bertahun tahun lamanya lelaki yang bernama Zainal Abidin Mamat dan berasal dari Kg Tok Raja Jertih ini menggunakan GELARAN DATO Tapi setakat ni carian dalam SISTEM dan SUK negeri negeri tidak menemukan nama beliau sebaga...
Kes 1mdb Najib Dakwa Beliau Secara Palsu Dikaitkan Dengan Perbuatan Salah Laku Jho Low

Kes 1mdb Najib Dakwa Beliau Secara Palsu Dikaitkan Dengan Perbuatan Salah Laku Jho Low

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 84 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho juga dikenali sebagai Jho Low berkaitan ha...
Kenyataan Mengesahkan Adendum Tahanan Rumah Palsu Dr Zaliha

Kenyataan Mengesahkan Adendum Tahanan Rumah Palsu Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 103 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan adendum penahanan rumah Beliau berkata kenyataan media tersebut adalah palsu Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungja...
Hiburan Boleh Ke Mana Mana Pemegang Pasport Malaysia Boleh Melancong Ke 148 Negara Tanpa Visa

Hiburan Boleh Ke Mana Mana Pemegang Pasport Malaysia Boleh Melancong Ke 148 Negara Tanpa Visa

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 90 hits
Sebelum ini tular di platform media sosial mengenai seorang netizen dari negara Indonesia yang meluahkan rasa cemburu terhadap pasport Malaysia selepas rekaan sebenar pasport berkenaan tular Selain daripada mempunyai reka bentuk yang menari...
Dua Wanita Beri Maklumat Palsu Daftar Mykad Kelahiran Ditahan

Dua Wanita Beri Maklumat Palsu Daftar Mykad Kelahiran Ditahan

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 60 hits
ASLIZA MUSADUA wanita didenda oleh Mahkamah Majistret Sungai Siput kerana memberi maklumat palsu kepada JPN bagi permohonan kad pengenalan dan daftar kelahiran kanak kanak IPOH Tindakan dua wanita memberi maklumat palsu untuk memohon kad pe...
7 Warga Asing Antara Ditahan Jual Kad Pr Palsu

7 Warga Asing Antara Ditahan Jual Kad Pr Palsu

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 90 hits
BernamaJOHOR BAHRU Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu Ketua Polis Johor M Kumar berkata suspek berusia 27 hingga 44 tahun termasuk tujuh warga asin...
Hati Hati Orang Kuala Pilah Ada Lelaki Guna Rm100 Palsu

Hati Hati Orang Kuala Pilah Ada Lelaki Guna Rm100 Palsu

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 188 hits
NOR AINNA HAMZAHTangkap layar video tular berdurasi 39 saat memaparkan seorang lelaki membuat pembelian menggunakan wang palsu di Kuala Pilah KUALA PILAH Beberapa peniaga di Pekan Kuala Pilah di sini mendakwa menerima wang palsu bernilai RM...
Video Macam Tiada Perasaan Lelaki Kutip Tangan Sendiri Lepas Ditetak Parang Ketika Bergaduh Benua

B40 Youth And The Hidden Crisis We Must Address

Festive Indulgence At Le Meridien Kota Kinabalu S With La Fete By Le Meridien

Ahmad Samsuri Lepaskan Jawatan Bendahari Agung Pn

Ibu Maut Anak Selamat Terbabit Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Ayam Brand Promotes Healthy Living Through Its 2024 Community Care Campaign

Walaun Mulut Longkang Insiden Kibar Bendera China Razman Mohon Maaf Kepada Nga

Kembara Ke Negara Matahari Terbit


echo '';
Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rahsiamu Selamat Denganku Astro Ria

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

FFM 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info Festival Filem Malaysia 33


Android Xr The Gemini Era Comes To Headsets And Glasses

Makan Nasi Arab Di Taman Perling

Fishing Equipment Firm Wins Appeal Over Trademark Dispute

Najib S Royal Addendum Exists But It S Illegal Unconstitutional Forcing Anwar To Lie Hide Behind The King Again

Analyst Refutes Mahathir S Claim Malays Losing Power

Empat Pemain Sabah Dipanggil Pulang Fam