Mh17 Sebuah Dokumentari Khas Mencari Kebenaran Untuk Anda Semua


Hi Korang,

Masih teringat lagi dengan trajedi MH17?

Of course masih segar ingatan kak lily walaupun ianya sudah hampir 6 tahun berlalu.



Kak lily imbaskan sedikit infomasi mengenai kejadian tersebut

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah terhempas berdekatan Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.
Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang
(info dari Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Penerbangan_17_Penerbangan_Malaysia)

Pebagai siasatan telah di jalankan namun tanda-tanda untuk menampakkan kebenaran masih belum lagi di temui dan salah seorang individu yang merupakan bekas pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine berkongsi hasil siasatan persendirian dalam dokumentari khas untuk tatapan umum.

Vasily Prozorov - Head of the Vasily Prozorov Investigation Center-UkrLeaks

Encik Vasily Prozorov, bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “Ukrleaks” (ditubuhkan pada tahun 2019) mengumumkan penerbitan dokumentari berjudul “MH17: Mencari Kebenaran” yang memfokuskan tentang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.

Walaupun pihak berkuasa Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia di wilayah Donbass, Ukraine atas kejadian tersebut dengan pembabitan kerajaan Rusia, Prozorov mempunyai teori lain.

“Kebanyakan penyiasat persendirian menyedari pelbagai kelemahan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kiev. Oleh itu, saya memulakan siasatan sendiri untuk mencari maklumat yang tidak dinyatakan dalam laporan tersebut,” kata Prozorov yang pernah berkhidmat dalam SBU selama lebih 15 tahun.


The MH17 plane crash site

Desas desus mengatakan terdapat kunjungan dari pegawai khas British (British Special Services) di tapak kejadian sebelum trajedi ini berlaku, namun adalah ianya kebetulan.

Atas dasar konspirasi ini Prozorov dan beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai projek tersebut yang memakan masa kira-kira 5 bulan untuk disiapkan, apabila beliau menyedari tentang laporan yang diterbitkan mempunyai maklumat yang tidak tepat.

Terdapat banyak persoalan yang misteri dalam tragedi MH17 ini, di antaranya :

Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut?
Siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi ini?
Siapa yang memutuskan untuk mengecualikan kerajaan Malaysia daripada siasatan rasmi tersebut dan mengapa?
Mengapa Kiev tidak menutup ruang udara di atas zon konflik?
Apa yang berlaku terhadap kakitangan penghantar yang terlibat sejurus selepas siasatan?

“Oleh itu, saya percaya dokumentari ini boleh membuka mata masyarakat untuk terus berfikir tentang perkara yang sebelum ini tidak terlintas di minda” kata Prozorov lagi.

Persoalannya masih tidak terjawab…


The investigation and cleaning process of the crashed plane debris

Prozorov juga mendapat hak eksklusif maklumat orang dalaman yang merupakan saksi tidak langsung tragedi Boeing tersebut. Sepanjang siasatan, beliau mengkaji banyak laporan dalaman yang dikeluarkan oleh badan kerajaan Ukraine dan menemu ramah ramai saksi.


Dokumentari MH17 ‘Mencari Kebenaran’

Satu dokumentari khas yang berdurasi kira-kira 40 minit ini dibahagikan kepada dua bahagian dengan analisa Prozorov berkaitan laporan rasmi yang dikeluarkan dan kompilasi kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine dan pasukan penyiasat bersama. Dalam bahagian kedua, beliau berkongsi pandangan dan mengutarakan hujahnya untuk mendesak orang ramai membuat kesimpulan sendiri berkaitan tragedi MH17. Dokumentari ini turut mengandungi perspektif beliau sepanjang perkhidmatannya dalam SBU.


Dokumentari tersebut boleh ditonton di:
https://ukr-leaks.org/Inform/Investigations/Details/mh-17-v-poiskakh-istiny

Atau menerusi Youtube:

Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=gVMbCTWRcSs
Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma di laman sesawang dan platform Youtube dengan sari kata dalam Bahasa Melayu, Jerman, Perancis dan Sepanyol. Sehingga hari ini, dokumentari tersebut telah disaksikan oleh lebih daripada 2 juta penonton.

Vasily Prozorov dan sukarelawan yang lain mahu masyarakat global amnya dan khususnya kepada semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan kebenaran dari tragedi ini dan tidak mudah mempercayai laporan berat sebelah yang diterbitkan.


Untuk info lanjut, boleh hubungi Encik Vasily Prozorov (Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”)

Emel: [email protected]

Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/07/mh17-sebuah-dokumentari-khas-mencari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Mh17 Detik Hitam Yang Menyatukan Semua Usaha Video

Tragedi Mh17 Detik Hitam Yang Menyatukan Semua Usaha Video

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 273 hits
Terima Kasih Buat Wira Wirawati Negara Mungkin saya tidak terbabit secara langsung dalam siasatan ini tetapi berdasarkan pengalaman sebagai Ketua Perunding bagi pihak Malaysia ketika menerajui operasi membawa pulang kotak hitam pesawat MH17...
Keliru Melihat Semua Pelajar Sekolah Pakai Topeng Muka Datuk Ini Guna Sepanduk Untuk Mencari Cucunya Comel Betul

Keliru Melihat Semua Pelajar Sekolah Pakai Topeng Muka Datuk Ini Guna Sepanduk Untuk Mencari Cucunya Comel Betul

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 768 hits
Seluruh dunia kini masih lagi berhadapan dengan wabak pandemik Virus PKC meskipun ada sesetengah negara yang kini berada dalam fasa pemulihan Walaupun wabak ini sudah menunjukkan tanda tanda surut masyarakat tetap diingatkan untuk sentiasa ...
Adakah Semua Manusia Di Dunia Wajib Untuk Solat

Adakah Semua Manusia Di Dunia Wajib Untuk Solat

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 312 hits
SOALAN Pasti ada antara kita yang ingin tahu adakah orang kafir wajib untuk menunaikan perkara yang dilakukan oleh orang Islam JAWAPAN Majoriti ulamak usul berjalan di atas bahawasanya orang kafir di tuntut atas mereka itu ketika di dunia i...
Umno Sabah Akan Bertanding Di Semua Kerusi Tradisinya

Umno Sabah Akan Bertanding Di Semua Kerusi Tradisinya

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 267 hits
Umno Sabah akan bertanding semula di semua kerusi yang ditandinginya pada pilihanraya lalu Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam status twiiter beliau Kenyataan Bung Moktar ini adalah reaksi terhada...
Saya Haramkan Semua Majlis Berfoya Foya Di Pejabat Ketua Polis Negara

Saya Haramkan Semua Majlis Berfoya Foya Di Pejabat Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 281 hits
Tiada lagi aktiviti mewah melibatkan pegawai pegawai Polis Diraja Malaysia dibenarkan selepas ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata larangan tersebut termasuklah mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegaw...
Suami Kalau Ada Peluang Ambilah Masa Buat Semua Ni Ketika Isteri Hamil Masa Tak Boleh Patah Balik

Suami Kalau Ada Peluang Ambilah Masa Buat Semua Ni Ketika Isteri Hamil Masa Tak Boleh Patah Balik

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 417 hits
Wanita lebih sensitif semasa sedang hamil Ini kerana perubahan dalam hormon mereka membuatkan mereka kadangkala berkelakuan tidak rasional Semasa hamil ibu perlu menanggung kesakitan kerap berjumpa doktor dan juga sering keletihan Justeru i...
6 Produk Centil Yang Aman Untuk Si Kecil Lipbalm Make Up Kit Sampai Parfum Ada Semua

6 Produk Centil Yang Aman Untuk Si Kecil Lipbalm Make Up Kit Sampai Parfum Ada Semua

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 182 hits
Daripada gangguin punya ibu mana belum tahu aman atau nggak Siapa tahu kan berpotensi jadi MUA profesional nantinya
Bn Pertahan Semua Kerusinya Pada Pru 15 Nanti

Bn Pertahan Semua Kerusinya Pada Pru 15 Nanti

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 191 hits
SUSULAN Barisan Nasional memenangi enam PIlihan Raya Kecil berturut turut termasuk Chini parti itu tekad pertahan kesemua kerusinya Hal itu dinyatakan Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa apabila kerusi yang dimenangi ketika Pilihan Raya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah