Mesyuarat Sulit Ph Petang Tadi Dihidu Media



Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang hadir pada mesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi mengunci mulut dan sekadar menyifatkan pertemuan itu sebagai “mesyuarat bulanan biasa”.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang dikatakan tiba di ibu Pejabat PKR itu pada 2.00 petang, namun dimaklumkan mesyuarat itu hanya bermula kira-kira pada jam 3 petang.
Bagaimanapun, selepas kira-kira sejam setengah mesyuarat berlangsung, beberapa pemimpin kanan PH termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat mula beredar dari ibu pejabat PKR.
Mohamad yang ditemui media enggan mengulas lanjut isu yang dibincangkan dalam pertemuan hari ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad juga mengunci mulut dari menjawab soalan wartawan.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang ditemui pemberita juga mengambil sikap yang sama dengan enggan mengulas lanjut intipati mesyuarat hari ini dan hanya menyatakan ia perjumpaan bulanan biasa PH.
Masalah dalaman PKR cerminan Kabinet Anwar kelak.

“Hari ini mesyuarat biasa, mesyuarat bulanan PH. Tak ada apa-apa,” katanya ringkas.
Anwar juga difahamkan beredar tanpa pengetahuan media yang menunggu di ibu pejabat parti itu, sejak kira-kira jam 5.30 petang.
Ini merupakan mesyuarat pertama PH selepas Anwar mengumumkan mempunyai majoriti sokongan daripada anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
Anwar sebelum ini berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berkenan untuk menerima menghadap tetapi ditangguhkan kerana baginda mengalami masalah kesihatan.
Sultan Abdullah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lalu, iaitu dua hari sebelum Anwar membuat pengumuman berkenaan.
Dalam kenyataan media berasingan hari ini, Istana Negara memaklumkan baginda kini dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan keracunan makanan serta intervensi selepas dinasihatkan menjalani rawatan susulan di IJN.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rawatan keracunan makanan bermula apabila baginda dimasukkan ke IJN pada malam 21 Sept lalu.
Menurutnya, rawatan intervensi pula dilakukan susulan pengimejan MRI pada 22 Sept menunjukkan kecederaan yang telah dialami oleh Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.
Sementara itu, pemimpin PH lain yang turut hadir dalam mesyuarat petang ini di ibu pejabat PKR ialah Akmal Nasrullah Nasir, Dr. Hatta Ramli, Dr Dzulkifli Ahmad, Gobind Singh Deo, Senator Husam Musa, Loke Siew Fook, Kulasegaran dan Dr Xavier Jayakumar.
Mahathir, Anwar dijangka adakan pertemuan petang ini

The post Mesyuarat sulit PH petang tadi dihidu media appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/28/mesyuarat-sulit-ph-petang-tadi-dihidu-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dsai Mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Presiden Pakatan Harapan Petang Tadi

Dsai Mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Presiden Pakatan Harapan Petang Tadi

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 328 hits
Mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Presiden Pakatan Harapan petang tadi Pelbagai perkara dibincangkan terkait hal ehwal semasa negara serta usaha mengembalikan mandat rakyat
Al Fatihah Hj Ruslan Kassim Meninggal Dunia Akibat Kompilasi Jantung 2 00 Petang Tadi

Al Fatihah Hj Ruslan Kassim Meninggal Dunia Akibat Kompilasi Jantung 2 00 Petang Tadi

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 602 hits
KUALA LUMPUR Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Jempol Datuk Ruslan Kassim meninggal dunia kira kira jam 2 petang tadi Allahyarham yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menghembus...
Gerak98 Malam Tadi Di Perak Malam Ini Di Kelantan Dan Petang Esok Di Terengganu

Gerak98 Malam Tadi Di Perak Malam Ini Di Kelantan Dan Petang Esok Di Terengganu

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 277 hits
Saya masih ingat sewaktu INVOKE di bawah Sdr mengadakan jelajah ke seluruh pelusuk negeri sebelum PRU14 yang lalu gerakan ini dipandang sinis dan dipandang serong oleh beberapa pihak Jelajah INVOKE yang begitu mendapat sambutan akar umbi di...
Customer Service On Social Media Secrets To Success

Customer Service On Social Media Secrets To Success

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 309 hits
div emailPreHeader display none important It s an art and a science PRE HEADER TEXT Here s how we can help PRE HEADER TEXT OUTER if endif BACKGROUND BACKGROUND INNER TABLE if
Sidang Media 23 September Adalah Paku Terakhir Buat Keranda Politik Anwar

Sidang Media 23 September Adalah Paku Terakhir Buat Keranda Politik Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 504 hits
Anwar Ibrahim dan pemimpin pemimpin Pakatan Harapan sentiasa mempunyai kekuatan moral dan hak untuk merebut balik Putrajaya sebelum PRU15 sebagaimana mandat rakyat pada Mei 2018 Kerajaan PH yang ditumbangkan melalui aksi pengkhianatan Langk...
Baru Guna Ig Tu Yang Rasa Syok Sikit Pengikut Cecah 200 000 Ustaz Don Terharu Sokongan Peminat Di Media Sosial

Baru Guna Ig Tu Yang Rasa Syok Sikit Pengikut Cecah 200 000 Ustaz Don Terharu Sokongan Peminat Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 345 hits
Penceramah selebriti Ustaz Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don meluahkan rasa terharu apabila laman sosial Instagramnya telah diikuti oleh hampir 200 000 pengikut Dalam entrinya yang terkini Ustaz Don mengucapkan terima kasih ...
Imedia Umum Perolehan Ke Atas Media Digital Cina Terkemuka Goody25

Imedia Umum Perolehan Ke Atas Media Digital Cina Terkemuka Goody25

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 350 hits
iMedia salah sebuah kumpulan media digital bersepadu Malaysia hari ini mengumumkan perolehan ke atas Goody25 sebuah laman web berbahasa Cina di Malaysia iMedia sebelum ini mengumumkan perancangannya untuk menyertai Bursa Malaysia dengan per...
Kenyataan Media Ahli Ahli Parlimen Keadilan

Kenyataan Media Ahli Ahli Parlimen Keadilan

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 320 hits
27 September 2020Ahli ahli Parlimen KEADILAN telah mengadakan perbincangan pada hari ini tentang kedudukan terkini Kerajaan Persekutuan berikutan pengumuman Presiden KEADILAN Dato Seri Anwar Ibrahim pada 23 September 2020 Kami memanjatkan d...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai