Imedia Umum Perolehan Ke Atas Media Digital Cina Terkemuka Goody25
iMedia, salah sebuah kumpulan media digital bersepadu Malaysia hari ini mengumumkan perolehan ke atas Goody25 (www.goody25.com), sebuah laman web berbahasa Cina di Malaysia.
iMedia sebelum ini mengumumkan perancangannya untuk menyertai Bursa Malaysia dengan perolehan 100% oleh Rev Asia Berhad, yang kini disenaraikan di Bursa Malaysia dengan nilai kira-kira RM40 juta. Dengan persetujuan pemegang saham, perolehan Goody25 akan menjadi sebahagian daripada langkah iMedia ke bursa.
Perolehan ke atas Goody25 dan GoodyMY dibuat melalui Goody Technologies Sdn. Bhd. iMedia kini menjadi wakil jualan eksklusif bagi semua jenama di bawah Goody Technologies selain menjadi pemegang saham terbesar. Sebagai sebahagian daripada persetujuan, semua aset teknologi daripada syarikat berkenaan akan menjadi sebahagian ekosistem iMedia.
Goody25 adalah portal kandungan berbahasa Cina yang menyediakan berita sosial. Portal ini memfokuskan kandungan berita terkini dan trending berkenaan gaya hidup, fesyen, seni, hiburan, kembara dan makanan.
Dilancarkan pada 2015, Goody25 telah berkembang menjadi jenama terkemuka selain menjadi sumber rujukan oleh rakyat Malaysia dan melangkaui pelawat dari seluruh rantau ini. Portal ini juga telah secara konsisten menduduki carta laman web 20 paling dikunjungi oleh pengguna Internet Malaysia selain menjadi laman berbahasa Cina teratas, berdasarkan ranking dikeluarkan Alexa.
Goody25 mengendalikan 5 page Facebook berbeza dengan mengumpul gabungan 900 ribu pengikut di Facebook dan Instagram. Menurut Google Analytics, Goody25 merekodkan secara purata 10.8 juta bacaan dan 2.65 juta pengguna setiap bulan pada 2020 (berdasarkan dapatan Google Analytics Januari sehingga Ogos). GoodyMY, versi berbahasa Inggeris yang dilancarkan pada 2019 dijangkakan mencatatkan pelawat menjangkau 500 ribu menjelang akhir 2020.
Aaron Lim, Pengarah Urusan Goody Technologies berkata, “Kami telah bekerja keras dalam membina jenama Goody25. Kami telah berkembang maju secara bebas 5 tahun lalu dan kini bersiap sedia untuk terus melangkah jauh dengan iMedia.
Kami berbangga menjadi media berbahasa Cina pertama yang diperoleh iMedia dan kami di Goody Technologies menjadikan ianya bukti penghargaan dan kerja keras semua dalam membina Goody25.
Saya dan rakan kongsi Alex Ooi merakamkan ribuan terima kasih kepada pengguna dan klien untuk sokongan dan kami berjanji untuk terus menyediakan kandungan dan khidmat berkualiti. Kami teruja untuk bekerjasama dengan iMedia yang akan menjadi pendokong dalam membantu Goody Technologies mara lebih jauh di masa depan”.
Voon Tze Khay, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama iMedia berkata, “Kami teruja mengalu-alukan penyertaan jenama Goody untuk menyertai kami. Sejak mewakili Goody25 dan GoodyMY beberapa bulan lalu sebagai wakil jualan, kami membuktikan kepakaran dan kekuatan tersendiri dalam menyediakan solusi digital bersepadu dan kempen pemasaran pempengaruh untuk menjamin keuntungan untuk syarikat
Kami akan mengekalkan momentum dalam mengembangkan keuntungan dengan bekerja lebih keras dan menggabungkan selebriti laman sosial di bawah jenama Goody untuk menjadi sebahagian rangkaian pempengaruh kami yang lebih luas. Masih banyak ruang dan potensi dan kami teruja untuk bekerjasama dengan pengasas Goody dan pasukan mereka”
iMedia - Syarikat media digital bersepadu dengan gabungan pengikut lebih 10 juta merentas laman web, platform laman sosial dan rangkaian pempengaruh. iMedia menaungi jenama online dan rangkaian pempengaruh termasuk OhMedia, Ittify, Newswav, Malaysia Gazette dan Oriental Daily Online
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/09/imedia-umum-perolehan-ke-atas-media.html