Mesyuarat Kabinet Tak Sentuh Tarikh Pru15 Bincang Persiapan Banjir Kata Takiyuddin


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-September 21, 2022 8:00 PM
Takiyuddin Hassan yang juga setiausaha agung PAS berpandangan lebih baik PRU15 tidak diadakan kerana sudah ada indikator akan berlaku banjir lebih awal. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini tidak menyentuh tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebaliknya hanya membincangkan persiapan berdepan banjir dijangka bermula Oktober, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Katanya, perbincangan Kabinet tertumpu kepada persediaan menghadapi banjir berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

“Mengikut maklumat METMalaysia pada Oktober akan berlaku banjir sama ada awal atau akhir bulan, kita tidak pasti.

“Jadi kita perlu membuat persiapan. Jika banjir berlaku, semua akan terbabit. Pasukan petugas khas, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), agensi berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang buat persiapan termasuk pusat pemindahan sementara,” katanya menurut Berita Harian.

Isnin lalu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata cadangan untuk mengadakan PRU15 dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau dilaporkan berkata akan membawa pendapat semua pihak berhubung bila PRU15 patut diadakan.

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berpandangan lebih baik PRU15 tidak diadakan dalam tempoh terdekat.

“Bagi kita (PAS) lebih baik PRU15 tidak diadakan kerana sudah ada indikator akan berlaku banjir lebih awal,” katanya.

Pada 16 Sept, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata perjumpaan lima pemimpin tertinggi Umno bagi membincangkan berkenaan PRU15 diadakan pada 30 Sept, selepas dibatalkan pada 17 Sept.

Katanya, mesyuarat itu akan diadakan pada 8 malam dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan bermesyuarat pada malam sama.

Lima pemimpin tertinggi itu adalah presiden, Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden, Mohamad Hasan dan tiga naib presiden – Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail yang juga perdana menteri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/mesyuarat-kabinet-tak-sentuh-tarikh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Adakan Pru15 Tahun Depan Kata Anwar

Lebih Baik Adakan Pru15 Tahun Depan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 228 hits
freemalaysiatoday com September 24 2022 11 00 PMAnwar Ibrahim berkata keputusan mengadakan pilihan raya umum bergantung kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Yang di Pertuan Agong PETALING JAYA Kerajaan harus bertanggungjawab denga...
Pru15 Tidak Sesuai Diadakan Ketika Musim Banjir Khairy

Pru15 Tidak Sesuai Diadakan Ketika Musim Banjir Khairy

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 219 hits
PUTRAJAYA 21 Sept Pilihan Raya Umum Ke 15 tidak sesuai diadakan ketika musim banjir kerana banyak faktor perlu diambil kira kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Beliau berkata selain faktor kesihatan Kementerian Kesihatan berpandangan b...
Pas Tetap Anggap Umno Sebagai Rakan Ta Awun Kata Takiyuddin

Pas Tetap Anggap Umno Sebagai Rakan Ta Awun Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 180 hits
PAS tetap anggap Umno sebagai rakan ta awun kata Takiyuddin Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Sep 2022 10
Dari Rafizi Ramli Bantah Pru15 Semasa Banjir Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan

Dari Rafizi Ramli Bantah Pru15 Semasa Banjir Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 201 hits
Dari Rafizi Ramli BANTAH PRU15 SEMASA BANJIR SELAMATKAN NYAWA BUKAN JAWATAN Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan hebat dari UMNO untuk mengadakan Pilihanraya Umum 15 secepat mungkin Jika Parlimen dibubarkan dalam m...
Ph Cuba Beli Masa Lambatkan Pru15 Zahid Hamidi Kata

Ph Cuba Beli Masa Lambatkan Pru15 Zahid Hamidi Kata

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 266 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan dilihat cuba membeli masa untuk melambatkan Pilihan Raya Umum ke 15 dengan menggunakan isu banjir kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid berkata pembangkang semakin hangat menggunakan i...
Rafizi Lancar Petisyen Bantah Pru15 Musim Banjir

Rafizi Lancar Petisyen Bantah Pru15 Musim Banjir

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 217 hits
Rafizi lancar petisyen bantah PRU15 musim banjir BERITA SEMASA 29 SEPTEMBER 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melancarkan petisyen bagi membantah PRU15 diadakan semasa banjir Rafizi menjelaskan hanya suara rakyat yang dapat menghantar...
Tanya Rakyat Mereka Marah Bn Atau Tak Jika Pru15 Pada Musim Banjir

Tanya Rakyat Mereka Marah Bn Atau Tak Jika Pru15 Pada Musim Banjir

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini com Hariz Mohd Diterbitkan Sep 19 2022 5 52 PM PM Perdana Menteri tidak menjawab secara terus apabila ditanya jika tiada masalah untuk melaksanakan PRU15 pada akhir tahun ini iaitu ketika musim tengkujuh yang menyebabkan banyak...
Sarawak Syukur Ada Ruang Bincang Ma63 Kata Abang Johari

Sarawak Syukur Ada Ruang Bincang Ma63 Kata Abang Johari

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 183 hits
Sarawak syukur ada ruang bincang MA63 kata Abang Johari Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Sep 2022 12 07AM
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Masuk Ke Muzium Tak Perlu Bayar

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Faro168 Faro168 World 12 July 25 168 Casino Faro168 Top 90 By Prince

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks