Mesti Singgah Di Maha 2018


Setiap kali ada MAHA, mesti berduyun-duyun orang pergi. Tak kira golongan belia, bujang mahupun yang dah berkahwin, semua tak nak lepaskan peluang untuk pergi. Ada yang datang bersama kawan-kawan, ada juga yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Kadang-kadang, aku tertanya-tanya, "Kenapa sambutan MAHA sentiasa meriah setiap kali dianjurkan?', "Berbaloi ke berpusu-pusu pergi MAHA?" dan macam-macam lagi soalan yang terjah ke benak fikiran aku. Bila aku pergi sendiri, baru aku tahu kenapa ramai yang sanggup datang ke sini. Actually, ni kali ke-3 aku pergi ke MAHA. Nak tahu kenapa? Jom, baca perkongsian aku untuk kali ini eksklusif dari MAHA 2018!




Ada lagi yang belum tahu tentang MAHA? Untuk korang yang first time dengar, MAHA merujuk kepada Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism. Acara yang dianjurkan dua tahun sekali ini bertemakan "Makanan Kita, Masa Depan Kita". MAHA merupakan acara untuk showcase tentang pertanian dan hortikultur yang terbesar di Malaysia dengan tarikan pengunjung seramai 3.5 juta orang. Untuk MAHA 2018, ia berlangsung selama 11 hari bermula 22 November 2018 sehingga 2 Disember 2018 bertempat di MAEPS, Serdang. Jadi, sempena cuti sekolah dan hujung minggu ni, kalau tak ada plan ke mana-mana, bolehlah bawa family ke MAHA 2018. Memang berbaloi-baloi




Sebelum aku bercerita panjang tentang MAHA 2018, aku nak cerita dulu 5 sebab kenapa orang sanggup datang ke MAHA yang dianjurkan di MAEPS, Serdang setiap tahun dianjurkan.

1. Pameran agriculture, horticulture dan agrotourism terbesar di Malaysia
2. Parking hanya RM5
3. Perkhidmatan FREE shuttle/tram yang sistematik disediakan untuk pengunjung
4. FREE entrance! Tidak dikenakan sebarang tiket masuk untuk dewasa / kanak-kanak
5. Harga makanan/minuman dan barang yang dijual amat berpatutan

Aku rasa, kerana 5 sebab di atas ramai yang sanggup berpusu-pusu bawa anak-anak ke MAHA 2018. Kebetulan, time cuti sekolah pulak tu. Semestinya, ibu bapa nak bawa anak-anak jalan-jalan sambil memberi pendedahan kepada anak-anak. Pendek kata, event MAHA 2018 adalah acara untuk keluarga tak kira peringkat umur yang tak memerlukan kos yang tinggi. Cuma perlu bayar parking dan semuanya FREE. Melainkan, nak beli makanan dan minuman ataupun barang keperluan yang dijual oleh para usahawan. Itupun dijual pada harga yang sangat berpatutan. Paling penting, bila datang MAHA 2018, banyak ilmu boleh belajar especially berkaitan ilmu pertanian dan agro. It's a fun learning process!


TIPS KE MAHA 2018
Sedikit tips untuk korang yang merancang untuk ke MAHA 2018, korang boleh masuk ke Laman Tiba 2 sebab kat situ ada parking yang dekat dengan pintu masuk. Untuk memudahkan urusan keluar nanti, better korang stand-by touch & go card. Parking hanya RM5 per entry! Kemudian, menapak sikit untuk ke Laman Tiba 2 dan tunggu tram. 



Kawasan MAEPS, Serdang ni memang luas. Kalau nak berjalan, pendek kata basah kuyup la korang. Jangan risau, sempena MAHA 2018, mereka menyediakan perkhidmatan tram secara PERCUMA. Yang penting, korang kena tengok maps yang disediakan dan tahu ke lokasi mana dulu yang korang nak tuju. Pastikan tanya crew yang terlibat tram mana korang perlu naik untuk ke lokasi yang korang nak tuju. Untuk perkongsian kali ini, meh nak share lokasi mesti singgah di MAHA 2018


Macam kami tempoh hari, kami sampai lebih kurang jam 9 pagi, terus tunggu tram di Laman Tiba 2 untuk ke Hall A. Kat situ banyak exhibition booth especially dari MADA. MADA merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang bertanggungjawab sebagai agensi peneraju bagi Kluster Agro pelancongan sempena MAHA 2018. Nak tahu apa yang menarik di Hall A? Jom, cekidout
.
KLUSTER AGRO PELANCONGAN
Sempena MAHA 2018, pihak MADA membawa Kampung Pulau Pisang ke Hall A MAEPS, Serdang. Kalau korang nak tahu, Kampung Pulai Pisang merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Ini salah satu pakej AgroTourism yang ada di Kedah. Kampung Pulau Pisang ni memang famous dengan keunikan seni bina rumah melayu sebagai lokasi yang menawarkan Pakej Inap Desa (Homestay) dengan berlatar belakangkan sawah padi


Selain merasai sendiri pengalaman seolah-olah berucuti di Kampung Pulau Pisang, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan untuk para pengunjung. Antara aktiviti subkluster di bawah Agro Pelancongan yang terdapat di sini adalah Charuk Pelanduk, Wakaf Mahsuri, Warong Ulu Sedaka, Gelanggang Pantai Merdeka, dan Pelantaq Gunung Keriang.




1) Charuk Pelanduk


Charuk Pelanduk adalah sebuah kampung yang terletak di Sik, Kedah dan merupakan hentian setempat bagi pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai produk kraftangan. Sempena MAHA 2018, Charuk Pelanduk dipilih sebagai subkluster Agro Art & DIY (Do It Yourself). Di sini, para pengunjung berpeluang untuk tengok demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan juga jerami yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah mewarna seramik dan batik. Aktiviti seumpama ini semestinya dapat memberi pendedahan kepada anak-anak dan generasi sekarang tentang kraftangan.




2) Wakaf Mahsuri

Langkawi, Kedah pula sememangnya terkenal dengan kisah lagenda Mahsuri. Jadi, sebagai ikon kecantikan, Wakaf Mahsuri dipilih sebagai Subkluster Health & Beauty dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan daripada sumber semulajadi seperti beras, madu kelulut, propolis, herba dan Jewel of Borneo. Paling best, kat sini juga ada perkhidmatan urut kaki. Sesuai la, lepas lenguh jalan-jalan di MAHA 2018, singgah sekejap sini untuk urut kaki di Wakaf Mahsuri



3) Gelanggang Pantai Merdeka
Kalau ke Kedah, tak lengkap rasanya kalau tak singgah di Pantai Merdeka. Siapa ada dalam lirik lagu dalam tempat ni. Pantai Merdeka terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Ia merupakan pusat peranginan dan perkelahan bagi penduduk setempat. Aku pun pernah ke sini, kemudian boleh naik bot untuk ke Tanjung Dawai. Actually, boleh juga kalau nka pergi ke Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak especially untuk kaki pancing. 



Di MAHA 2018, Gelanggang Pantai Merdeka dipilih sebagai subkluster Hobby & Recreation kerana menjadi tempat pilihan keluarga bagi tujuan riadah dan rekreasi di hujung minggu. Kalau datang sini, bolehlah imbau balik kenangan dan memori manis zaman kanak-kanak. Antara aktivit yang ditawarkan kepada para pengunjung di Kampung Pulau Pisang adalah  permainan tradisional seperti permainan congkak, getah atas para, serta dam aji gergasi



Kat sini juga ada Petting Zoo. Pendek kata, kalau tak sempat nak bawa anak-anak ke Zoo, bawa je mereka ke MAHA 2018 dan singgah di Hall A. Lebih tepat, singgah di Kampung Pulau Pisang yang dikelola oleh pihak MADA untuk tengok sendiri dengan lebih dekat ayam, arnab, kambing, turkey dan beberapa jenis haiwan reptilia seperti ular dan iguana. Bukan anak-anak je excited, mak pak pun boleh excited sama, hehe


4) Pelantaq Gunung Keriang



Satu lagi lokasi AgroTourism yang menjadi tumpuan di Kedah adalah Gunung Keriang. Ia terkenal kerana kecantikan sebuah bukit di tengah-tengah sawah padi. Dengan ketinggian 217.92m, Gunung Keriang kelihatan gah dan turut dikenali sebagai warisan geologi unik dan menjadi lokasi pilihan bagi pelbagai program berunsurkan kebudayaan dan kesenian. Bertepatan dengan ciri unik dan tarikan tersendiri,  Pelantaq Gunung Keriang juga dipilih sebagai subkluster AgroCulture semoena MAHA 2018 yang menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Malaysia.




Selain persembahan kebudayaan, di sini juga berlangsungnya sesi demonstrasi dan aktiviti menarik seperti pertandingan memancing botol, pertandingan dam haji dan sebagainya. Dalam sehari, pelbagai aktiviti disusun atur untuk para pengunjung. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang berhibur sambil belajar tentang kebudayaan, keseniaan dan pertanian di sini.




5) Warong Ulu Sedaka



Kalau lapar dan dahaga, jangan risau. Di Kampung Pulau Pisang ni ada Warong Ulu Sedaka yang menjual aneka juadah yang pastinya akan menggamit nostalgia. Antara makanan tradisional dan minuman yan cukup sinonim dengan negeri Kedah seperti peknga, laksa dan pulut pekasam ada dijual di sini. Selain itu, minuman seperti nira nipah dan aneka perisa ais krim seperti teh tarik pun ada. Warong Ulu Sedaka adalah simbolik kepada perkampungan yang mengetengahkan makanan tradisi dan dipilih sebagai subkluster Lepak Santai

LAMAN PADISelain exhibition booth seperti di Kampung Pulau Pisang di Hall A, korang juga mesti singgah di Laman Padi. Ini salah satu tarikan terbaik yang ada di MAHA 2018. Di sini, korang akan belajar dari A hingga Z tentang padi. Siap ada sawah padi betul, kerbau untuk membajak, orang main bola sepak dalam lumpur dan macam-macam lagi. Sesuai untuk bawa anak-anak belajar tentang pertanian especially mengenai padi dan beras. Paling penting, merasai sendiri pengalaman sebenar berada di kampung yang mempunyai sawah padi. Nyaman




Siapa sangka, ada sawah padi di bandar kan? Hanya di MAEPS, Serdang! Selain ada sawah padi, kat sini juga ada Galeri Padi yang lengkap dengan informasi berkaitan industri beras negara. Laman padi merupakan antara highlight yang aku patut kongsi dengan semua pembaca. Sebabnya, banyak ilmu yang dapat ditimba di sini. Dari segi proses penanaman padi, alat-alat yang digunakan untuk membajak dan menuai, sehinggalah ke ancaman kepada pokok padi iaitu siput godang, semuanya diceritakan di sini. Jenis-jenis beras pun ada ditunjukkan, siap boleh rasa sehingga 16 jenis beras yang berbeza. Menarik!


Peralatan untuk membajak dan menuai padi
Kitaran hidup Siput Gondang
Variati beras di Malaysia
16 jenis beras di Malaysia dengan variasi dan rasa berbeza
Spot paling menarik untuk bergambar di Laman Padi
Proses menghasilkan makanan tradisi Kedah iaitu Serabai
Kami bertuah sebab dapat try kuih tradisional orang Kedah iaitu Serabai. Sempat tengok mak cik duk buat Serabai dan siap boleh rasa lagi. Sedap betul. Pekena pula dengan serawa durian. Fuh, sedap bak ang! 
PAVILION NEGERILokasi seterusnya yang patut korang singgah adalah Pavilion Negeri, Di sini, korang boleh merasai sendiri pengalaman berada di semua negeri di Malaysia. Ada rumah tradisional Perlis, rumah tradisiona Kedah, rumah tradisional Terengganu, rumah tradisional Kelantan dan lain-lain lagi.




Tapak Pavilion Negeri merupakan salah satu tempat terbaik untuk dilawati sekiranya korang rasa teringin untuk melancong ke seluruh Malaysia dalam masa sehari. MADA serta beberapa agensi lain dari Kedah diberi tanggungjawab untuk menjayakan aktiviti yang terdapat di Pavilion Negeri Kedah dan Perlis. Pendek kata, kalau pergi sehari memang tak cukup nak cover semua tempat di MAHA 2018. No wonder, ramai yang sanggup ambil cuti semata-mata nak datang ke MAHA. Kalau korang nak pergi, plan betul-betul tempat mana yang nak dituju. Itupun nasib baik MAHA 2018 beroperasi sehingga 10 malam setiap hari

AGROTRADE 1

Untuk korang yang nak shopping, lokasi yang mesti korang singgah adalah di Agrotrade. Ada dua hall iaitu Agrotrade 1 dan Agrotrade 2. Hari tu kami sempat masuk ke Agrotrade 1 di mana ramai usahawan-usahawan MADA mempamerkan barangan jualan mereka untuk MAHA 2018 kali ni. Selain itu, terdapat banyak lagi produk tempatan seperti Sambal Hitam Pahang @minz_sambal_hitam dan sambal @percikwangi



Salah satu booth yang paling aku suka adalah Booth Kerepek Bronis. Apa yang menarik, mereka menjual Kerepek Bronis yang dihasilkan daripada Brownies tetapi dinipiskan seakan-akan kerepek yang bila dimakan dapat dirasa rangupnya. Tetapi masih mengekalkan rasa brownies. Ada pelbagai perisa antaranya coklat dan teh tarik. Kalau datang MAHA 2018, singgahlah beli. Memang sedap


Selain tu ada banyak lagi usahawan-usahawan lain yang menjual bahulu panas, dodol, produk mi kering, rempah, jus dan macam-macam lagi. Semuanya adalah produk di bawah usahawan MADA dan produk usahawan tempatan. Harga standard, kalau bernasib baik siap dapat harga promosi lagi!


Amacam, tak teringin ke nak pergi sendiri ke MAHA 2018? Apapun, kalau korang plan nak ke MAHA 2018, jangan lupa juga untuk singgah ke 3 lokasi lagi iaitu:

1) Empire Makanan

Sesuai untuk korang yang nak feeling Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) seluruh Malaysia dalam masa satu hari. Aneka juadah dari seluruh negeri ada dijual di sini. Hari tu, aku sempat pekena nasi dagang. Ya allah, sedapnya. Lepas gian nak makan nasi dagang, terubat rindu kat kampung halaman.



2) Miracle Garden

Then, jangan lepaskan peluang untuk singgah bergambar di Miracle Garden iaitu Laman Florikultur. Aneka jenis bunga dan sayur-sayuran ada kat sini. Rumah Hobbit pun ada kalau korang teringin nak bergambar. FREE entry, tak perlu nak bayar tiket masuk macam FLORIA tu. Cukuplah nak masuk bergambar, OOTD demi sekeping instagram, hehe.



3) Tapak Jualan
Banyak sebenarna tapak jualan. Di setiap lokasi ada tapak jualan. Di Laman Nanas, di Hall A, Hall B, Agrotrade dan kawasan-kawasan sekitar MAEPS. Kalau niat nak shopping, bawa troli siap-siap. Kurang sikit penat nak bawa barang banyak-banyak, hehe. Selamat membeli-belah



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MADA dan MAHA 2018, korang boleh follow:
Instagram: @MADA_Malaysia
Hashtag: #madamabeles #ourfoodourfuture #MAHA2018 #AgroPelancongan
Instagram: @maha2018my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2018/11/mesti-singgah-di-maha-2018.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FeBUqd+%28VISIBLE+VOICE%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Mengeluh Sangkaan Meleset Dalam Keuntungan Ketika Di Maha 2018

Peniaga Mengeluh Sangkaan Meleset Dalam Keuntungan Ketika Di Maha 2018

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 952 hits
Peniaga Mengeluh Sangkaan Meleset Dalam Keuntungan Ketika Di MAHA 2018Peniaga Mengeluh Sangkaan Meleset Dalam Keuntungan Ketika Di MAHA 2018
Maha 2018 Peniaga Mengeluh Rugi Berniaga

Maha 2018 Peniaga Mengeluh Rugi Berniaga

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 662 hits
Peniaga peniaga yang terlibat dengan Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan 2018 di Dewan Maeps Serdang mengeluh mengalami kerugian yang agak besar pada tahun ini Pemilik akaun Facebook Abam Peah dalam statusnya membuat perbandi...
Bawa Payung Ke Maha 2018

Bawa Payung Ke Maha 2018

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 363 hits
Tinggal berbaki dua hari iaitu esok merupakan hari terakhir MAHA 2018 Berbanding MAHA 2016 edisi tahun ini agak hambar kerana kurang promosi Jika sebelum ini anak anak excited nak ke Kampung Durian Runtuh Upin Ipin tahun ini kosong je tempa...
Maha 2018

Maha 2018

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 436 hits
sekeping dua gambar buat tatapan anak3 hari depangigih mama snap seadanya almaklum dengan dua tangan ni lah mana nak pimpin anak mana nak jinjit yang dibeli mana nak jamah rasa apa yang dipelawa dah rasa dah sedap beli tambah sebab nak maka...
Maha 2018 Pemasaran Dalam Talian Elak Orang Tengah

Maha 2018 Pemasaran Dalam Talian Elak Orang Tengah

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 265 hits
Saya teringat nak ulas topik ini tapi tak sempat sempat Kebetulan MAHA 2018 pulak sekarang ni jadi nak ambil tempias MAHA 2018 nak bagi sikit pandangan untuk petani petani Perdana Menteri Dr M dalam perasmian MAHA 2018 di Serdang menyentuh ...
Apa Yang Menarik Di Maha 2018 Maeps Serdang

Apa Yang Menarik Di Maha 2018 Maeps Serdang

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 1215 hits
Apa Yang Menarik di MAHA 2018 Maeps Serdang Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa yang dah pergi MAHA 2018 di Maeps Serdang Kita tak geng Hahhaha Saya memang confirm confirm lah tak berkesempatan nak pergi sebab jauh but pada se...
Maha 2018 Sasar 3 5 Juta Pengunjung

Maha 2018 Sasar 3 5 Juta Pengunjung

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 330 hits
Oleh Saadah Latib KUALA LUMPUR Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa 2018 sedang berlangsung yang bermula pada 22 November sehingga 2 December ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan seramai le...
Maha 2018 Jangan Lupa Datang

Maha 2018 Jangan Lupa Datang

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 621 hits
MAHA singkatan bagi Malaysia Agriculture Horticulture Agrotourism Show Ianya dibuat hampir setiap tahun dan bertempat di MAEPS Serdang akan berlangsung selama 11 hari mulai 22 November 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini mensasar...
Maha 2018 45 Spesies Ikan Tarikan Utama Myse

Maha 2018 45 Spesies Ikan Tarikan Utama Myse

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 293 hits
Oleh Saadah Latib SERDANG Orang ramai berpeluang untuk melihat sendiri 45 spesies ikan yang jarang ditemui pada pameran Malaysia Seafood Exposition 2018 yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Menurut Ketua Pengarah LKIM Jamal...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu