Mesti Ada Keinginan Berjaya Dalam Hidup



Semua orang ingin berjaya dalam hidup. Memperoleh sumber rezeki yang banyak. Mempunyai keluarga yang bahagia. Hidup yang tenang dan selamat. 

Jika itu matlamatnya bukan sekadar satu ilusi. Usaha perlu ditingkatkan dan kayakan kehidupan. Semuanya perlu ditentukan diri kita sendiri. Kejayaan diri sendiri terlalu penting untuk dibiarkan orang lain menentukannya. Dalam hal ini jangan sekali-kali jadi seperti pahat dengan penukul.

Memang kita memerlukan pertolongan orang lain untuk berjaya. Hakikatnya, biarlah pertolongan itu hanya dalam bentuk sokongan, pemangkin dan material yang berkaitan. Benih kejayaan berada dalam diri sendiri. Kita sendiri yang perlu menanam, membajai dan menyiramnya. 

Inilah proses memperkayakan kehidupan yang perlu dilakukan secara berterusan. Jangan mudah rasa selesa dengan keadaan yang dilalui sekarang. Amalkan selalu berfikir dengan matang. Jangan amalkan sikap menyia-iyakan, melalaikan dan bersikap sembrono meskipun hanya sedetik atau dalam hal-hal kecil.

Orang yang kaya kehidupannya tidak memandang mudah biarpun perkara kecil. Mereka dapat melihat dan menghayati hal-hal kecil dengan pengamatan luar biasa, hingga setiap masa dapat menjiwai setiap detik kehidupan. 

Letakkan diri kita sebagai orang berjaya. Hakikatnya, dalam kehidupan ada individu akan berjaya, dan jadikan diri kita yang berjaya itu. Sekiranya kita memikirkan tentang kejayaan, maka usaha menghampirkan diri kepada kejayaan akan dilakukan. Ingatlah, bagaimana seseorang itu berfikir dalam hatinya, begitulah dia.  

Banyak individu bukan sahaja tidak melakukan sesuatu untuk berjaya, bahkan takut untuk berkata dia ingin berjaya. Inilah bukti diri kita masih dikuasai kemiskinan jiwa. Orang yang miskin jiwanya, maka hidupnya juga akan miskin. 

Setiap individu berjaya tidak merasa apa-apa yang perlu ditakuti, melainkan kekuasaan Tuhan. Perkara yang hanya perlu kita takuti ialah ketakutan itu sendiri. Adalah tidak selamat jika kita melihat masa depan dengan mata ketakutan. Jika kita tidak takut pada ketakutan, maka jadilah kita orang yang benar-benar berani menghadapi cabaran hidup. 

Sebenarnya tidak ada sesiapapun yang ingin gagal dalam kehidupannya. Oleh itu kita perlu bangkit memperkayakan kehidupan sebelum kemiskinan kehidupan menguasi diri. Sekali kita jatuh miskin, terlalu sukar untuk bangkit kembali. Adalah lebih baik kaya sebelum miskin, daripada kaya lepas miskin. Kerana untuk jadi kaya tidak perlu miskin dahulu.

Individu yang berjaya dalam hidup, sebenarnya lebih dahulu berjaya melihat kebolehan dalam dirinya. Individu yang berjaya melihat diri mereka dari titik yang tinggi dalam hidup mereka. Untuk melihat dari titik yang tinggi dalam hidup kita tidak memerlukan bayaran, melainkan jiwa kitalah yang meletakkannya. 

Individu yang berjaya menghayati hidupnya, menjadi kayalah jiwanya. Dia cenderung menggunakan segala keistimewaan yang dianugerahkan Tuhan. Sifat bersyukur dan menggunakan sepenuhnya keistimewaan yang dimiliki akan menambahkan kejayaan yang akan diraih seterusnya.   

Kita berjaya atau gagal adalah melalui gambaran yang anda tonjolkan dalam fikiran anda. Cuba renungkan dalam diri, pernahkah kita menyatakan rasa suka pada diri sendiri, bersyukur nikmat yang dinikmati, bersedia untuk mencuba, bersedia untuk terus mencuba, hari ini saya hebat, saya mempunyai kelebihan dalam sesuatu dan ciri-ciri positif lain.

Sebenarnya tidak ada orang dilahirkan untuk gagal, melainkan diri individu itu sendirilah yang menggagalkan hidupnya. Dengan kata lain, setiap orang berhak untuk menikmati kejayaan. Jangan lepaskan peluang yang dianugerahkan Tuhan. 

Sekiranya kita merasakan ada sesuatu kekurangan pada diri sendiri berbanding diri orang lain yang dijadikan alasan kita mungkin gagal, fikirkan ada individu lain yang lebih kurang berbanding kita, tetapi mengapa dia boleh berjaya. 

Jangan fikirkan nasib kita tidak memiliki kasut, kerana sebenarnya ada orang lain lebih malang daripada kita, tidak berkaki. Relakah kita ditinggalkan jauh di belakang oleh orang tidak berkaki, semata-mata kerana kita tidak mempunyai kasut untuk berjalan selesa.

Sesungguhnya belum terlewat bagi sesiapa jua berusaha memperkayakan kehidupannya. Mulakan sekarang mengikut keupayaan diri masing-masing. Lihatlah dalam diri sendiri, jangan bandingkan kita dengan orang lain, melainkan kita mengatakan kitalah  lebih hebat.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/hyi_24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jamal Kashoggi Dikerat Hidup Hidup Dipenggal Dan Anggota Badannya Direndam Dalam Asid Di Kedutaan Arab Saudi

Jamal Kashoggi Dikerat Hidup Hidup Dipenggal Dan Anggota Badannya Direndam Dalam Asid Di Kedutaan Arab Saudi

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 722 hits
BAKAL PENGANTIN MATI DIBUNUH KEJAM KERANA PRO IKHWAN MUSLIMIN TURKI QATAR Siapa Jamal Kashoggi Siapa bakal isteri beliau Kenapa begitu dahsyat sekali pembunuhan yang dilakukan Arab Saudi ke atas beliau Apa hubungan beliau dengan pesaing Ara...
Arus Deras Menghayutkan Buku Buku Hidup Ku

Arus Deras Menghayutkan Buku Buku Hidup Ku

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 163 hits
Arus deras hidup kuKehidupan tetap berjalan dengan sendirinya berliku berombak bersimpang berakhir kan tiba Sejenak terhentiTerbayanglah bagaimanaPengembaraanku bermulaSeringkali Tiada ungkapan buat alasan Tiada tangis buat simpati Tiada ta...
Hidup Tak Ada Cita2 Nak Jadi Apa

Hidup Tak Ada Cita2 Nak Jadi Apa

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 418 hits
dari kecik aku tidak ada cita2 yang solid cuma seingat aku aku pernah berangan nak jadi pilot sebab terpengaruh drama cina tv3 truimph in the skies then masuk sekolah menengah aku masih tak ada cita dan tak pernah fikir nak jadi apa tapi ya...
Merubah Gaya Hidup Yang Lebih Bagus 8486

Merubah Gaya Hidup Yang Lebih Bagus 8486

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 363 hits
Islam dan tuntutan gaya hidupnya selari dengan Al Quran dan Hadis Nabi Dayakan Bismillah dan Alhamdulillah dalam jiwa InsafBertaubat Amalan beristighfar sentiasa Memohon keampunan Nya kerana manusia adalah pendosa Sentiasa bersangka baik pa...
4 Jenis Asuransi Perlu Dimiliki Agar Hidup Anda Tenang

4 Jenis Asuransi Perlu Dimiliki Agar Hidup Anda Tenang

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 278 hits
Asuransi jadi salah satu instrumen yang wajib dimiliki tiap pribadi Sayangnya masih banyak orang yang masih menganggap hal ini tidak penting Padahal jika Anda memiliki asuransi hidup akan lebih tenang Sebab hampir tiap kerugian bisa ditangg...
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 420 hits
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut
Arak Musnahkan Nikmat Hidup

Arak Musnahkan Nikmat Hidup

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 387 hits
Islam mengharamkan meminum arak kerana ia bahan yang memabukkan Sesungguhnya semua bahan yang memabukkan atau menghilangkan fungsi otak adalah diharamkan Pengharaman itu membabitkan pengambilan sama ada melalui mulut serta cara lain seperti...
Kisah Menyedihkan Budak 6 Tahun Yang Hidup Keseorangan

Kisah Menyedihkan Budak 6 Tahun Yang Hidup Keseorangan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 358 hits
Kisah benar ini terjadi pada tahun 2010 yang lalu tentang seorang anak bernama A Long yang hidup sendirian di sebuah kampung di kaki bukit Gunung Malu Liuzhou di wilayah Guangxi China Umurnya baru 6 tahun kedua orang tuanya telah meninggal ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu