Mesra Muslim Yang Menyeronokkan Ada Di Seoul
Terbayang tempat-tempat yang mempersonakan semasa melancong adalah saat yang paling di ingini, di tambah pula apabila melancong bersama yang tersayang! Nak-nak jika melancong ke Seoul, Korea. Siapa yang tidak mahu ke Seoul bukan? Tempat yang terkenal dengan kehadiran artis-artis yang hebat dan punya budaya yang unik dan penuh sejarah!
Tetapi perkara pertama yang menggusarkan diri jika mahu melancong ke Seoul adalah, sama ada tempat tersebut mesra pengguna muslim? Ada atau tidak kemudahan untuk pelancong muslim jika datang melancong ke Seoul.
Selain itu dari aspek kemudahan, makanan, jenis tempat penginapan serta kemudahan pengangkutan, segala aspek ini amat di titik beratkan oleh pelancong muslim terutama yang datang melancong bersama ahli keluarga.
#1 Banyak Restoran Halal
Sebenarnya mudah untuk anda mencari makanan halal di Seoul, ini kerana anda akan mendapati restoran yang di iktiraf oleh Korean Muslim Federation Halal Committee akan mempamerkan sijil-sijil pengiktirafan seperti:
Halal Certified – Merupakan sijil halal rasmi di Korea.
Self Certified – Merupakan sijil pengiktirafan bahawa pemilik restoran adalah muslim.
Muslim Friendly – Sesetengah restoran yang memiliki sijil ini menghidangkan makanan yang tidak halal dan minuman beralkohol, tetapi pelancong muslim tidak perlu risau kerana di restoran seperti ini juga menghidangkan makanan halal seperti daging lembu, kambing dan ayam.
Sijil Pork Free
Selepas anda mengetahui dan mengenali jenis-jenis sijil halal yang terdapat di restoran Korea, kini kita lihat pula beberapa restoran-restoran halal yang boleh anda kunjungi apabila ke Seoul nanti!
Busan Jib Halal Food
Makan Halal Restaurant
Halal Kitchen Korea
Sumber: wanista.com
The post Mesra Muslim Yang Menyeronokkan Ada Di Seoul appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/mesra-muslim-yang-menyeronokkan-ada-di-seoul/