Meski Diasak Musuh Dap Tetap Junjung Perlembagaan





Pada 1 Mac 2019oleh Pentadbir
DAP dan pemimpinnya saban hari diserang oleh UMNO dan PAS dengan pelbagai fitnah. Walaupun telah berkali-kali dinafikan, malah menang banyak saman fitnah di mahkamah, modal fitnah berkenaan diulang-ulang pihak berkenaan semata-mata untuk meraih laba politik.Sebagai contoh, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 23 November 2018 mengarahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung artikel fitnah yang diterbitkan akhbar itu pada 10 April 2015.Artikel bertajuk “Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?” itu antara lain menuduh Guan Eng, yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang, masuk campur dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang berhubung isu tanah wakaf.Itu bukan kali pertama lidah rasmi UMNO itu kalah saman. Jika dibuat carian di laman maya, akan terburai segala kedangkalan dan fitnah mereka yang dibuktikan tidak benar oleh mahkamah. Ini sudah cukup menjelaskan fitnah yang disebarkan UMNO terhadap DAP menerusi lidah rasminya itu kebanyakannya adalah bersifat pembohongan semata-mata.  Bukan itu sahaja, DAP juga dituduh kononnya ingin menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu dan memusuhi kaum Melayu. Namun demikian, segala hujah-hujah laskar siber upahan serta pemimpin UMNO dan terbaharu PAS telah dipatahkan dan dijelaskan oleh pihak DAP berulang kali.Namun, fitnah yang sama disebarkan berulang kali sehingga ia dijadikan kebenaran kepada pihak yang menyebarnya. Adakah fitnah dan pembohongan seumpama ini sebenarnya sudah menjadi makanan ruji pihak yang membenci DAP?Peruntukan institusi Islam di Pulau Pinang meningkatPihak UMNO dan PAS menuduh DAP memusuhi orang Melayu dan Islam. Jika benar dakwaan ini, mengapakah kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Ketua Menteri yang merupakan seorang pemimpin DAP terus-menerus menyalurkan pelbagai peruntukan untuk dimanfaatkan oleh institusi Islam?Di Pulau Pinang, peruntukan untuk institusi Islam meningkat saban tahun. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam Belanjawan 2019 mengumumkan peruntukan RM56.8 juta bagi mengukuhkan serta memartabatkan institusi Islam. Peruntukan itu meningkat dari RM50 juta pada tahun 2017 dan RM53 juta pada tahun 2018. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi elaun para imam di Pulau Pinang dan imbuhan kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran.Justeru, di manakah kebenaran tuduhan pihak yang berkenaan terhadap DAP? Kerana berdasarkan fakta di atas adalah sangat jelas bahawa DAP menghormati kesucian agama Islam dengan menyalurkan pelbagai peruntukan untuk institusi agama berkenaan.DAP junjung PerlembagaanDeklarasi Shah Alam yang dibahaskan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para perwakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada Januari 2012 menjadi bukti paling ampuh bahawa DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia.Antara intipati deklarasi tersebut adalah seperti berikut:Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel  3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.Ketiga-tiga pendirian itu sudah cukup untuk menangkis dakyah yang disebarkan berulang kali oleh pemimpin UMNO dan PAS. Justeru, mengapa kedua-dua parti tersebut masih memainkan isu yang sama, sedangkan DAP telah berkali-kali menegaskan pendiriannya yang menyokong serta mendukung Perlembagaan, institusi Raja-Raja Melayu serta institusi Islam.Adakah pemimpin UMNO dan PAS ketandusan modal sehingga terpaksa mengitar semula fitnah lama dan mempersembahkannya dengan cara lain semata-mata untuk terus kekal relevan dalam arena politik negara? Sampai bila agakanya UMNO dan PAS akan menyebarkan agenda sempit mereka ini?Ternyata, pengulangan fitnah yang tidak berasaskan bukti dan fakta membuat rakyat muak dengan taktik jahat mereka. Keputusan Pilihan Raya Umum 9 Mei adalah manifestasi rasa muak rakyat terhadap sentimen perkauman dan keagamaan yang dimainkan UMNO serta PAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/meski-diasak-musuh-dap-tetap-junjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Kotor Dap

Politik Kotor Dap

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 462 hits
KEJAYAAN yang diperoleh DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 boleh disifatkan sebagai suatu kejayaan terbesar bagi sebuah parti bukan Melayu dalam sejarah politik Malaysia Walaupun DAP menyatakan bahawa mereka bukan parti berasaskan kaum seper...
Katanya Ini Asakan Dap Terhadap Tun M

Katanya Ini Asakan Dap Terhadap Tun M

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 281 hits
KRONOLOGI ASAKAN DAP TERHADAP TUN DR MAHATHIR Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor 13 Jun 2018 Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa tindakan Tun Daim Zainuddin memanggil Tun Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tidak melam...
Tagih Simpati Dap

Tagih Simpati Dap

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 303 hits
Senario kenegaraan Malaysia telah kukuh dengan Melayu dan Islam sebagai terasnya Melayu dan Islam mendapat kedudukan berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Justeru konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangan DAP tidak patut ...
Lim Guan Eng Dan Dap Menikus Amal Politik Sembelit

Lim Guan Eng Dan Dap Menikus Amal Politik Sembelit

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 648 hits
KUALA LUMPUR Lim Guan Eng mahu pun DAP dikatakan menikus apabila dicabar supaya menyatakan pendirian menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum ke 15 Jika Menteri Kewangan itu mengambi...
Amaran Keras Lim Kit Siang Bela Dan Akur Dengan Lim Guan Eng Atau Dap Akan Kuburkan Kerajaan Pakatan Harapan

Amaran Keras Lim Kit Siang Bela Dan Akur Dengan Lim Guan Eng Atau Dap Akan Kuburkan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 554 hits
Lim Kit Siang yang merupakan Supremo DAP dan pada masa yang sama SUPREMO PAKATAN HARAPAN telah memberikan kata dua kepada Mahathir dan pemimpin pemimpin Melayu dalam Kerajaan Pakatan Kata Lim Kit Siang dia tidak akan teragak agak untuk meng...
Signal Bermulanya Coup D Tat Jelmaan Dap

Signal Bermulanya Coup D Tat Jelmaan Dap

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 409 hits
BERIKUTAN pendedahan PAS berkemungkinan besar akan berlakunya undi tidak percaya terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir dalam sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung tidak lama lagi pimpinan utama DAP PKR dan PAN mula gelabah dan masing masi...
Dap May Have To Leave Pakatan Harapan If The Rot Continues

Dap May Have To Leave Pakatan Harapan If The Rot Continues

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 401 hits
DAP leaders whether in government or outside will leave the Pakatan Harapan government if the objective of a New Malaysia is abandoned DAP supremo Lim Kit Siang said He said DAP leaders are in the government because they can play an importa...
Tolak Tun M Merudum Ini Asakan Dap Pas Penyelamat Politik M Sia Kit Siang Perlu Jumpa A Hadi

Tolak Tun M Merudum Ini Asakan Dap Pas Penyelamat Politik M Sia Kit Siang Perlu Jumpa A Hadi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 535 hits
Kalau tak bergolak kenapa desak Tun M berundur Wan Nordin Wan Yaacob TIADA angin masakan pokok bergoyang perumpamaan ini kena dengan situasi sekarang apatah lagi yang tak makan cili tiba tiba rasa pedas melaung memekik marahkan PAS Yang men...
Br1m Bsh Is Dap Sabotaging Ppbm Campaign

Br1m Bsh Is Dap Sabotaging Ppbm Campaign

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 348 hits
Few days ago it was heard from sources involved in PPBM campaign that Tan Muhyiddin is not happy with the BR1M announced by Lim Guan Eng for unmarried youth Oppss Sorry its rebranded as Bantuan Sara Hidup to justify their promise to cleanse...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025