Meroyan Selepas
WANITA LEPAS BERSALIN EMOSI TAK STABIL, BAGAIMANA KELUARGA BOLEH BANTU.
Banyak kita dengar kisah ibu yang buat sesuatu yang tak patut kepada anak2nya kan? Selepas disiasat rupanya ibu mengalami masalah emosi & mental.
Ramai orang tak tahu yang mengandung adalah 1 perjalanan yang penuh berisiko dalam hidup seorang perempuan. Dengan perubahan hormon, perubahan fisiologi. Hanya ibu tu sendiri tahu nikmatnya, sakitnya membawa baby, bersalin dan berpantang. Janganlah sesenang nilai orang tu ada iman atau takda iman.
Akibat perubahan hormon semasa mengandung, 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Tapi bila tanya ibu lepas bersalin, mesti ada juga stressnya.
Dari segi perubatan, gangguan perasaan dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues). Yang ni memang biasalah. Dah kita penat baru lepas bersalin. Rasa nak bergantung pada orang, nak jaga kita. Tapi orang lain pun mungkin ada tugas sendiri, jadi adalah juga rasa stress nak uruskan anak.
Tahap ke2 ialah kemurungan (depression). Biasanya memang ada faktor risiko dia tapi, kalau yang tahap 1 tadi tak dibendung, boleh juga jadi tahap 2 dan semakin teruk sampai tahap ke3, iaitu gila meroyan (postpartum psikosis).
Kalau cakap, dah lama pun bersalin kan, 3 bulan. Yes!! Perubahan yang dialami wanita mengandung memang akan berakhir 2-3 bulan lepas bersalin. Sebab tu KKM jaga sangat wanita lepas bersalin. Pergi melawat kat rumah, suruh datang klinik. Sebab nak jaga ni lah.
Penyebab Tekanan Selepas Bersalin
Sama seperti tekanan yang berlaku pada orang biasa, kemurungan lepas bersalin juga dikaitakan bahan kimia dalam otak yang tak stabil. Bahan kimia (neurotransmitter) paling penting yang terlibat ialah serotonin & norepinephrine yang sangat berkait rapat dengan kekurangan nutrisi.
Asid amino adalah antara nutrisi yang dikenal pasti berkait rapat dengan masalah ini sebab asid amino adalah penting untuk penghasilan neurotransmitter.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Pemakanan Dalam Menangani Tekanan
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
1. Karbohidrat
Gula yang dibebaskan daripada karbohidrat yang dimakan akan membebaskan insulin. Insulin bantu sel untuk dapatkan gula untuk membuat tenaga & pada masa yang sama turut mengangkut asid amino triptofan yang memberi kesan kepad neurotransmitter dalam otak.
Jadi, masa pantang jangan terlampau kawal sangat makan. Nasik makan sekepal ke apa. Sebab kurang karbohidrat meningkatkan risiko tekanan perasaan. Tapi sebaiknya pilih karbohidrat yang rendah indeks glisemiknya. Kang kena kencing manis, takde pasal2.
2. Protein
Protein terbina daripada 12 asid amino yang dihasilkan oleh badan sendiri & 8 atau 9 asid amino yang mesti diambil dalam makanan. Dalam beberapa kajian – asid amino termasuk tryptophan, tirosin, phenylalanine dan methionine banyak membantu untuk kestabilan emosi.
Dan masalahnya, nak dapatkan 8 asid amino tu kena makan pelbagai jenis makanan.
3. Asid Lemak
Asid lemak omega-3 adalah asid lemak perlu yang mesti diambil dalam makanan.
Omega-3 bukan saja penting untuk perkembangan otak budak2 tapi juga untuk perkembangan otak orang tua.
DHA adalah komponen utama dalam
otak manusia.
4. Vitamin & mineral
Vitamin yang penting untuk kestabilan emosi termasuklah vitamin B dan folate.
Mineral yang diperlukan termasuk calcium, magnesium, zat besi, chromium, iodin, lithium, selenium dan zink.
Jadi, wanita2 memang perlu sangat untuk cukupkan keperluan nutrisi ni untuk jaga kesihatan diri. Apalagi, masa mengandung, bersalin dan berpantang, kita perlukan lebih banyak nutrisi bukan untuk kita saja tapi untuk anak kita juga.
Dan cadangan saya untuk setiap wanita, mesti, wajib makan vitamin asas Shaklee. Kita kena jaga diri kita dulu, barulah boleh jaga 1 keluarga. Lagi 1, set ni sampai bila2 pun boleh makan. Sebelum mengandung, masa mengandung, beranak, berpantang, menyusu semua boleh takda masalah.
Jimat kan?
Disamping tu juga, ahli2 keluarga terutama suami kenalah tanya khabar orang berpantang. Kena selalu buat dia rasa happy. Cari pembantu untuk tolong dia berpantang. Kalau nak mak dia jaga, tunaikanlah. Lagi2 kalau jauh dari family. Tapi susah juga kan, kalau dah ada anak2 besar. Jadi, adjust kot mana2 jangan bagi isteri bersedih, ok..
Whatsapp saya untuk tempahan produk atau info lanjut,
Fyda Noh,
012 621 1883
#VersatileFamily
#coachbisneskesihatan
The post Meroyan Selepas appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/meroyan-selepas/