Meriah Ceria Selepas Hujan
MERIAH CERIA SELEPAS HUJAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. Hari Jumaat. Awal pagi sangat-sangat Allah swt izin hujan turun membasahi muka bumi. Syukur. Peratus tarik selimut lebih besar dan tinggi kalau nak dibanding ketepikan selimut kemudian bangun untuk solat subuh. Godaan. Cubaan. Ujian.
Segar
PC suka sangat keluar rumah bila lepas hujan. Lagi-lagi lepas hujan lebat. Lagi seronok. Udaranya ada satu aroma dan aura. Suka sangat-sangat. Tengok hujan pun PC suka. Tapi kalau ada kilat guruh.. hurmmmm. Lintang pukang cabut lari. Bergegar rumah. Bukan kerana PC lari.. tapi dentuman guruh. Allahuakbar.
Bukan cuma manusia yang syok tidur bila hujan-hujan ni. Binatang, serangga, tumbuhan dan alam pun rehat dengan cara masing-masing sambil menikmati hujan yang turun. Itu yang lepas hujan suasana meriah sangat-sangat tau. Suka!!!. Lebih-lebih lagi bila duduk di kampung. Keliling rumah banyak pokok. Di kelilingi kebun pun ya juga.
MERIAH CERIA SELEPAS HUJAN. Unggas, cengkerik, monyet, tupai.. eh banyak lagilah. Masing-masing berbunyi sana sini. Kuat. Meriah. Memang meriah. Dah macam rumah tengah zoo pulak la rasanya. MasyaAllah. Rama-rama siap masuk dalam rumah lagi. Berlegar-legar sana sini tayang kecomelannya tu. Halah.. halah.. halah.
Perut pun meriah juga berbunyi. Mulut kita bersembang.. eh perut pun tak nak kalah. Bukan main meriah berbunyi macam ada set pinggan mangkuk berperang gayanya. Minta diisi. Bila hujan ni, orang pun malas nak buat pergerakan. Kecuali memang perlu. Dah tak hujan.. penuh jalanraya. Alhamdulillah.
Eh, ada guruh. Berdesup angkat pakaian diampaian. Jumpa lagi nanti.
NOTA PC : hujan bermanfaat nenyebar rahmat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2023/08/meriah-ceria-selepas-hujan.html