Jelius (dua dari kanan) bersama pemain menjalani latihan. Gambar SNT/Ehsan Raymond Henry GusiKOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating menegaskan pemainnya telah memberikan persembahan yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia musim ini meskipun pasukan itu gagal mara ke final menerusi agregate 2-7 ke atas Perak
Imbas kembali, Jelius melambai kepada penyokong Sabah selepas menewaskan Kelantan ketika aksi perlawanan suku akhir ke-2 Unifi Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin“Keadaan ini (gagal ke final) bukan penamat buat Sabah, bagi saya pasukan kita berada dilandasan yang baik sebab sudah sekian lama kita tidak layak dalam saingan kompetitif
Imbas kembali … Sebahagian penyokong Sabah yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2018 diantara pasukan Sabah menentang Pahang di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Sabah menang dengan jaringan 4-0. Gambar SNT / Ehsan Jaiman TaipJelius yang baru semusim bertindak selaku pengendali skuad badak seharusnya boleh berbangga dengan pencapaian pasukannya apabila meraih lima kemenangan dan masing-masing dua seri dan kalah sepanjang aksi Piala Malaysia kali ini
Kenangan manis Jelius berpelukan dengan Pasukan, Datuk Juil Nuatim meraikan kejayaan Sabah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia tahun ini. Gambar SNT/Mohd Adam ArininKatanya, ia adalah perkembangan yang baik memandangkan Sabah sudah memiliki barisan pemain tempatan yang berpotensi dan mempunyai masa depan cerah pada masa akan datang
Antara pemain impot Sabah yang menyerlah dalam musim Piala Malaysia tahun ini Rodoliub Paunovic (tengah). Gambar SNT/Mohd Adam Arinin“Bagi saya, kalau kita mahu membentuk pasukan yang bagus kita kena buat persiapan awal. Bagaimanapun, sekarang ini semua bergantung kepada kewangan kita,” katanya|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |