Lima Terbaik Asia Menjelang 2030
Itu misi utama yang terkandung dalam Peta Hala Tuju atau ‘Roadmap’ bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Roadmap yang dilancarkan hari ini memberikan tempoh 12 tahun yang dinamakan F.30 bagi mencapai matlamat tersebut.
Tiga pelan strategik melibatkan fasa pertam (2019-2022) bagi membina asasa yang kukuh dari sudut tadbir urus pertandingan, pembangunan modal insan dan infrastruktur disusuli fasa kedua (2023-2026) untuk mencapai peringkat Asia.
Untuk fasa ketiga (2027-2030) pula ia bermatlamat untuk melahirkan pasukan bola sepak yang bertaraf dunia.
F:30 dirasmikan secara bersama oleh Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino; Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, di ibu negara, sebentar tadi.
Hadir sama Ahli Majlis FIFA, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura dan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John serta ahli jawatankuasa eksekutif FAM dan perwakilan dalam kalangan ahli gabungan badan induk itu.
Hamidin berkata, peta hala tuju ini adalah agenda negara dan memerlukan pembabitan semua pihak untuk mencapai objektif yang sama sekali gus merealisasikan visi ini.
Malah, Hamidin menyifatkan F:30 sebagai simbol kesungguhan FAM melaksanakan pelan pembangunan menyeluruh di setiap lapisan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara bola sepak yang disegani.
“Tempoh 12 tahun adalah sasaran yang realistik selepas mengambil kira ekosistem bola sepak tempatan ketika ini.
“Teras kepada peta hala tuju ini ialah memperkasakan ahli gabungan dari sudut pembangunan modal insan dan pertandingan, pengenalan DNA bola sepak Malaysia menerusi kurikulum kejurulatihan yang seragam, serta pembangunan akar umbi yang mantap.
“Dalam peta hala tuju ini juga, FAM bercadang mewujudkan sekelompok pengadil profesional bertujuan meningkatkan mutu pengadilan,” katanya.
Sumber :-HMetro
KPI yang cukup baik dan tinggi ditetapkan oleh FAM. Ia bagus untuk mengembalikan kekuatan bola sepak negara. Setelah pelaburan dilakukan pasti penyokong ingin melihat pasukan bola sepak negara mampu mencapai tahap antarabangsa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ligakampung.com/blog/lima-terbaik-asia-menjelang-2030/