Merdeka Menstrual Membincangkan Isu Period Poverty Di Malaysia


Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Setiap bulan pasti seorang wanita akan menghadapi waktu period kan. Kalau tak datang period tu baik cek, mana tau pregnant kan. Kalau iye, alhamdulillah tapi kalau tak memang setiap bulan kita kena beli stock sanitary pad la jawabnya. Ha, kat pasaran sekarang ada banyak jenis sanitary pad. Ada yang nipis, tebal, ada wing, takde wing. Ha, pilih je yang mana satu ikut kegunaan masing-masing.

Macam sis sendiri pun akan membeli beberapa jenis sanitary pad ikut keperluan. Sis memang akan beli banyak dan simpan kat rumah sebagai stock. Ada juga sis simpan dalam kereta untuk kegunaan emergency. Kiranya banyak juga wang yang sis peruntukkan untuk beli stock pad ni. Tapi kan pernah tak kita terfikir, macam mana dengan golongan tidak berkemampuan untuk membeli sanitary pad ni? Ye la, sedangkan makan pun mereka terpaksa berjimat. Cuba bayangkan pula jika dalam keluarga mereka tu mempunyai anak perempuan yang ramai. Hurm.. sedih kan.
Sebenarnya minda sis terbuka terhadap isu ni selepas sis menghadiri Merdeka Menstrual Event tempoh hari. Event ini dianjurkan oleh RedTalks sempena ulangtahun pertama mereka dan turut dianjurkan bersama SPOT, Enya, dan The Body Shop Malaysia yang juga merupakan penaja acara itu. Event ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah dan keperluan ketika period (haid).
“Our goal for Merdeka Menstrual is that everyone walks away having learntsomething new about how they can provide aid to menstruators in need, that theyhave the power and they have all the tools they need to use it. We do hope that the event will inspire individuals to take change into their own hands; just as we have."- Charmaine Cheong -co-founder RedTalks
Dalam Merdeka Menstrual Event ni terdapat 3 sessi forum di mana pelbagai perspektif dan isu dibincangkan berkaitan dengan haid dan juga kebersihan dan kesihatan wanita. 3 sessi forum tersebut adalah :
(i) Battle Of The Period Product

Biasanya kalau period kita akan guna sanitary pad (tuala wanita) kan. Tapi tahu tak yang ada beberapa lagi kaedah lain yang boleh digunakan ketika period seperti tampon dan juga cawan haid (menstrual cup). Jadi untuk sessi ini adalah untuk membincangkan dan memberi pendedahan mengenai kebersihan dan keselamatan penggunaan produk-produk ini

Para panel membincangkan mengenai keselesaan penggunaan tuala wanita dimana adakah ia betul-betul selamat. Ini kerana ada juga yang mengalami gatal-gatal, kerengsaan dan sekaligus menjadikan penggunanya berasa tidak selesa. Juga turut dibincangkan mengenai penggunaan cawan haid. Ianya didakwa mesra alam kerana boleh digunakan semula selama lebih 10 tahun dan sekaligus dapat menjimatkan wang. Tapi adakah ia membantu golongan kurang berkemampuan


(ii) Abortions: Malaysia’s Legal Taboo
Untuk sessi kedua ni agak berat sedikit kerana ia membincangkan mengenai isu pengguguran anak. Para panel membincangkan isu ini dari sudut undang-undang Malaysia dan juga sudut perspektif Islam yang dikongsi oleh Syarifatul Adibah selaku Senior Programme Officer, Sisters In Islam.


(iii) Moving Forward: Period Poverty After Pink Tax

Untuk sessi ketiga ini pula membincangkan mengenai tahap kemampuan rakyat Malaysia untuk mendapatkan keperluan produk ketika haid dan juga pendidikan untuk kebersihan dan kesihatan ketika haid. Barisan panelis untuk sessi ketiga ini adalah YB Maria Chin (MP For Petaling Jaya), Dr. Hamizah Mohd Hassan (Head Of Reproductive Health Unit LPPKN), dan Aishah Hoo (Founder of SPOT).



Tahu tak yang pada tahun lepas kerajaan telah memansuhkan Pink Tax dimana sebelum ini ia dikenakan terhadap penjualan sanitary pad dan juga panty liner. Ha, dalam 5% hingga 10% juga caj yang dikenakan. Tapi sejak ia dimansuhkan, sedikit sebanyak memberi kelegaan terhadap hampir 15.7 juta wanita di Malaysia.


Namun adakah dengan pemansuhan Pink Tax ni dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan? Masa dalam forum ni sis diberitahu ada diantara mereka yang tidak berkemampuan ni hanya menggunakan kain, surat khabar malah ada yang menggunakan sabut kelapa sebagai pengganti sanitary pad. Allahu, macam mana la perasaannya.. selesa ke


Di dalam sessi ketiga ini juga kami diberitahu yang ada ramai pelajar perempuan di kawasan pedalaman enggan ke sekolah setiap kali period sebab malu. Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di luar negara malah di Malaysia juga ada terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka jadi malu kerana tidak mampu membeli pad. Faham-faham je la, kalau pakai pad tapi bocor pun dah kena ejek especially dengan pelajar lelaki. Inikan pula kalau memang tak pakai pad. Pasti perasaan malu tu tinggi. Jika perkara ini terjadi setiap bulan maka ramai yang akan ketinggalan dalam pelajaran

Sebenarnya ada beberapa usaha untuk membantu golongan seperti ini. Sebagai contoh BUNGA Pads, sebuah badan sukarelawan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan tampil membantu dengan menyediakan pad kain wanita percuma kepada mereka. Namun usaha murni mereka ini hanya dapat membantu sebilangan kecil sahaja. Ada juga saranan yang diusulkan supaya pihak pengeluar pad mengurangkan harga pad supaya golongan kurang berkemampuan juga boleh membelinya.
Sebelum penghujung acara ini, Deborah Henry menyampaikan sepatah dua kata mengenai isu kemiskinan dan pendidikan menstruasi di Malaysia dan juga Lawatan RedTalk ke beberapa sekolah perlindungan untuk menyampaikan ceramah mereka mengenai pembiakan seksual, seks, kesihatan dan kesedaran mengenai haid.

Berikut pula adalah sepatah dua kata dari para penaja iaitu The Body Shop Malaysia dan Enya :


“The Body Shop has always been championing female empowermentand is on a mission to end period shame”. “Periods are a natural, normal bodily function of women and there should be absolutely nothing to be ashamed of. We want women to feel comfortable and confident with their periods,” - Kuan Sook Cheng -Commercial & Strategic Value Creation Director of The Body Shop Malaysia
“All women deserve accessible and affordable quality products. As part of our initiative and support, we are proud to announce that Enya basics, a pack of 10 regular pads will remain free for all, just pay for postage on our website.”- Elaine Hong -Founder of Enya
Bagusnya inisiatif yang diberi oleh Enya. So, sape nak tau info lanjut mengenai Enya boleh pergi website diorang ye. Selain tu di penghujung majlis ini para tetamu boleh membida lukisan yang secara tak langsung membawa mesej Merdeka Menstrual dalam bentuk karya seni visual yang dihasilkan oleh Veshalini Naidu, Dhaniya Yusof, Yante Ismail, Mulaika Nordin, Rahemma Azwar, Visithra Manikam, dan Raven Lilith.


Selain itu tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan persembahan muzik dari bakat tempatan Islands dan Jetcetera, yang menghiburkan pengunjung yang hadir. Sambil-sambil tu pengunjung Merdeka Menstrual boleh melawat beberapa booth dari The Hive, Cempaka Collective and White Coat Publishers.

Secara keseluruhannya Merdeka Menstrual Event membuka mata dan minda sis berkenaan isu Period Poverty yang masih wujud di Malaysia. Diharap dengan adanya platform yang disediakan oleh RedTalks ini dapat menarik perhatian lebih banyak pihak untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan kerana period adalah sesuatu yang semulajadi dan akan berulang setiap bulan untuk setiap wanita





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/11/merdeka-menstrual-period-poverty.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maba Mohon Maaf Isu Bendera Malaysia Salah

Maba Mohon Maaf Isu Bendera Malaysia Salah

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 1015 hits
MABA Mohon Maaf Isu Bendera Malaysia Salah Lepas satu satu isu yang melibatkan bendera kebanggaan kita Jalur Gemilang Kali ini bendera Jalur Gemilang telah diperlekehkan oleh satu persatuan sukan iaitu MABA dalam satu acara perasmian baru b...
Isu Bendera Malaysia Lima Bintang Dap Tak Perlu Fitnah Kami Mca

Isu Bendera Malaysia Lima Bintang Dap Tak Perlu Fitnah Kami Mca

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 942 hits
VIRAL dalam sosial media berhubung insiden bendera Malaysia dengan lima bintang yang dipaparkan menerusi klip video semasa perasmian kejohanan Bola Keranjang kali ke 28 semalam Dengan segera pihak penganjur MABA telah meminta maaf di atas i...
Isu Pasir Surat Terbuka Untuk Kerajaan Pahang Dan Malaysia

Isu Pasir Surat Terbuka Untuk Kerajaan Pahang Dan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 1111 hits
Tun Dr Mahathir MohamadPerdana MenteriDr Xavier JayakumarMenteri Air Tanah dan Sumber AsliLatheefa KoyaKetua SPRMDatuk Seri Wan Rosdy Wan IsmailMenteri Besar PahangDatuk Seri Dr Sallehuddin IshakSetiausaha Kerajaan Negeri PahangKolonel Nazi...
Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia Dan Sangat Pedas

Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia Dan Sangat Pedas

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 1208 hits
Hai guys dah lama rasanya tak update pasal makanan kat sini So kali ini ada tempat makan baru kat Bangi iaitu Kotak Ya Kotak Pelikkan macam dah takde nama lain kotak yang dorang pilih Tak sure kanapa cafe ini pilih nama kotak sebagai nama k...
Tanjung Piai Shows Malaysians Tired Of Waiting For A New Malaysia

Tanjung Piai Shows Malaysians Tired Of Waiting For A New Malaysia

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 356 hits
The victory of Wee Jeck Seng in the Tanjung Piai parliamentary by election appears to have thrown a lifeline to both the MCA and the Barisan Nasional The Tanjung Piai MCA division chief standing on a Barisan Nasional ticket has managed to i...
Kart S Quick Meal To Go At 7 Eleven Malaysia

Kart S Quick Meal To Go At 7 Eleven Malaysia

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 1205 hits
Kesibukan kerja adakalanya membuatkan kita terlupa untuk makan lagi lagi jika pejabat tempat kita bekerja terletak jauh dari restoran atau food court Kini ianya tidak lagi menjadi masalah kerana anda boleh mendapatkan Kart s Quick Meal To G...
Tahun Depan Indonesia Malaysia Akan Akhiri Polemik Batas Pulau Sebatik

Tahun Depan Indonesia Malaysia Akan Akhiri Polemik Batas Pulau Sebatik

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 289 hits
Kepala Pusat Pemetaan Batas Wilayah Badan Informasi Geospasial Ade Komara Mulyana mengatakan Indonesia dan Malaysia akan menyepakati penyelesaian Outstanding Boundary Problem di Pulau Sebatik pada tahun depan
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi