Merdeka Bebas Atau Bebal




 Merdeka: Bebas atau bebal?
HarapandailyAugust 31, 2025OLEH: LIYANA MARZUKI




Sejak zaman raja-raja dahulu,
rakyat dikawal dengan hikayat.
Hikayat itu bukan sekadar cerita penglipur lara,
tetapi alat untuk menanam taat.
Dalam Hikayat Hang Tuah,


yang dijulang ialah kesetiaan buta:
“Bukanlah Melayu kalau derhaka.”
Dijadikan ingatan, walau raja zalim sekalipun,
rakyat mesti tunduk dan raja mesti diangkat.
Dalam Sejarah Melayu,
raja dijulang separa dewa, darahnya sakti,
rakyat hanya jadi watak latar, tak punya suara sendiri.
Inilah propaganda awal
dibungkus dalam dongeng dan hikayat,
supaya rakyat terhibur, tunduk dan taat.
************
Datang penjajah, cara sama digunakan.
Naratif disusun: kita lemah, mereka penyelamat.
Buku teks diajar separuh kebenaran,
sejarah ditulis semula ikut selera mereka.
Orang Melayu dilekatkan imej malas,
orang Cina hanya dianggap pendatang lombong,
orang India dikurung imej kuli estet.
Semua ini bukan kebetulan,
tetapi propaganda pecah dan perintah.
Mereka mahu kita percaya:
kita tidak mampu urus diri tanpa tongkat mereka.
Itulah “hikayat kolonial”.
Kononnya penjajah datang membawa tamadun,
padahal yang dijarah ialah hasil bumi,
mereka yang untung.
***************
Lepas penjajah pergi,
lahir pula pemimpin moden yang memandirkan kita.
Dengan teknik yang sama, hanya wajah berbeza.
Ada yang menjanjikan syurga,
mengugut dengan neraka,
perisai bagi politik agama.
Ada yang melaung “Melayu mudah lupa”,
tapi itu yang dia suka.
Melayu ini boleh diperguna.
Ada pula yang melaung “Reformasi!”,
tapi bila kawan geng sendiri terpalit,
Macam-macam alasan diberi.
Semua ini adalah hikayat moden
skrip lama diulang dengan watak baru,
agar rakyat terhibur dengan drama,
tetapi lupa menuntut dasar yang benar.
**********
Kita merdeka sejak 1957,
kita sangka kita bebas jiwa dan minda.
Tetapi seperti kata Za’ba (1927):
“Kelemahan bangsa bukan kerana takdir,
tetapi tiada latihan berfikir.”
Dan seperti diingatkan Syed Hussein Alatas (1977),
“Penjajahan meninggalkan bebalisme —
budaya malas fikir, ikut sahaja, tidak kritis”
Natijahnya:


Bebalisme ini bukan soal BENAK otak,
tapi MALAS guna akal.
Selepas hampir 100 tahun Pendeta Zaaba ingatkan,
bebal ini sampai sekarang masih terpakai.
**********
Hari ini, 2025
coraknya masih sama.
Rakyat diberi slogan, bukan solusi.
Dihidang drama politik, bukan dasar negara.
Dijamu perbalahan kaum,
supaya lupa soalan pokok:
“Bagaimana kita nak bina negara,
sebagai satu nusa bangsa,
demi anak2 kita?”
Hakikatnya, mereka lagi suka rakyat bersengketa.
**********
Merdeka sebenar bukan sekadar usir penjajah.
Merdeka sebenar ialah bila rakyat tidak lagi rela dijahilkan.
Bila kita celik, berani bertanya dan berani menolak auta.
Dan paling penting tidak taksub mengkhinzir buta.
Kerana sesungguhnya,
bangsa yang rela dibebalkan,
tidak pernah benar-benar merdeka.
**********
Selamat Hari Merdeka ke-68, Malaysia.
Moga kita jadi bangsa yang
bukan sahaja merdeka tubuh,
tetapi merdeka akal dan jiwa… 
Merdeka… Merdeka… Merdeka!!!










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/merdeka-bebas-atau-bebal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oppo Reno14 Series Powers Generasi Bebas A Merdeka Tribute To Youth Passion And Purpose

Oppo Reno14 Series Powers Generasi Bebas A Merdeka Tribute To Youth Passion And Purpose

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1704 hits
OPPO s 68th Merdeka campaign empowers young Malaysians to pursue their passions and live life on their own terms in a cinematic portrait of six of Malaysia s Gen Z icons such as FUG and Jovynn OPPO Malaysia marks the nation s 68th Merdeka c...
Klia Airspace To Close August 26 31 For Merdeka Malaysia Airlines Retimes Flights Urges Passengers To Arrive Early

Klia Airspace To Close August 26 31 For Merdeka Malaysia Airlines Retimes Flights Urges Passengers To Arrive Early

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1393 hits
Malaysia Airlines will retime its flights between August 26 and August 31 2025 due to a temporary airspace closure around KL International Airport in conjunction with Malaysia s 68th Merdeka celebration Picture by Raymond ManuelKUALA LUMPUR...
Jualan Merdeka Free Shipping Teruja Klik Barangan Jualan Di Temu

Jualan Merdeka Free Shipping Teruja Klik Barangan Jualan Di Temu

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1364 hits
Pagi kemarin bunyi sangat kuat di Jalan Raya ini lah pula Lama tak nampak kenderaan begini Perkhidmatan mampatkan batu batu kerikil di atas jalan raya masuk ke kawasan rumah Etuza Jalan Kebun Mapua Ini gambar full body kenderaan sedang mema...
Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 825 hits
While politicians draw lines of division academic Tajuddin Rasdi reflects on the four years he spent in a Chinese school that nurtured in him a Malaysian worldview and an enduring ability to behold beauty in plurality The architecture profe...
Dataran Merdeka Turns Into Sea Of Teddy Bears In Show Of Solidarity With Palestine

Dataran Merdeka Turns Into Sea Of Teddy Bears In Show Of Solidarity With Palestine

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1347 hits
Thousands of colourful teddy bears arranged to form a map of Palestine during a Sumud Nusantara solidarity drive that entered the Malaysia Book of Records for the Most Teddy Bears in a Map Formation on August 24 2025 Picture from X BernamaK...
Spritzer Sparkling Adds A Fizzy Twist To Merdeka And Hari Malaysia 2025 With Kasi Sparkling Baru Kick

Spritzer Sparkling Adds A Fizzy Twist To Merdeka And Hari Malaysia 2025 With Kasi Sparkling Baru Kick

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 3311 hits
A bubbly boost to Malaysians favourite drinks uniting the nation through flavour and funThis Merdeka and Hari Malaysia Spritzer Sparkling is adding an extra pop to the nation s celebrations with Kasi Sparkling Baru Kick This high energy cam...
Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 803 hits
Original Content Setiap kali tibanya bulan Ogos rakyat Malaysia pastinya menantikan pelbagai program istimewa yang membangkitkan semangat patriotik Lazimnya sambutan Hari Kebangsaan sinonim dengan perarakan gilang gemilang kibaran Jalur Gem...
K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1340 hits
Sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini K Fry Urban Korean tampil dengan menu edisi terhad yang diinspirasikan daripada cita rasa kegemaran rakyat Malaysia digabungkan dengan sentuhan unik ala Korea Koleksi istimewa ini dinamakan Cool lah M...
Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tindakan Serta Merta

Teman Mak Brisk Walk

Pack And Ride 6 Backpacks For Motorcycle Riders

Lelaki Maut Tergantung Atas Pokok

Zus Coffee Versi Botol 1 Liter

Ride To Bentong Pahang