Merdeka 63 Tahun Bangkit Dari Kezaliman Penindasan Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya terus bangkit melawan sebarang kezaliman dan penindasan yang berlaku di negara ketika ini, meskipun sudah 63 tahun mencapai kemerdekaan.

Presiden KEADILAN itu berpandangan, meraikan kemerdekaan bukan sekadar pada tarikh 31 Ogos ataupun meraikan kejayaan menyingkirkan penjajah.

Sebaliknya, kemerdekaan juga membawa erti menolak sikap kezaliman pemimpin dan penindasan terhadap rakyat.

"Yang kita tolak bukan orangnya. Yang kita tolak itu perangainya. Kezalimannya. Rasuahnya. Rompakannya. Penindasannya.

"Sekarang sudah merdeka, apa kita hanya mahu ganti orang Inggeris dengan orang Melayu tapi perangainya lebih kurang sama?" katanya ketika menghadiri majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-63 peringkat KEADILAN Negeri Sembilan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mempersoalkan sama ada janji-janji merdeka satu masa dahulu selari dengan perubahan yang berlaku pada zaman ini.

"Dahulu, kemerdekaan dituntut supaya kita boleh menjadi negara yang menegakkan demokrasi, kesaksamaan dan keadilan. Itu sumpah keramat Tunku Abdul Rahman.

"Ia juga pernah dicatat dalam tulisan jawi di surau dan masjid dan ada tulisan khat cukup berseni di sekolah supaya semua rakyat boleh membacanya. Tetapi ia harus memberi makna.

"Ada orang melihat bahawa keadilan itu bermakna menggantikan penjajah dengan pemimpin bumiputera, tak semestinya tepat. Ia seharusnya mesti diganti dengan rakyat sendiri.

"Ia mesti didokong dengan cita-cita dan nilai baru bagi menjaga kesejahteraan semua," katanya.

Dalam pada itu, Anwar meluahkan rasa bimbang terhadap jurang kemiskinan negara yang masih belum dapat ditangani dengan sewajarnya.

"Kita tolak penjajah sebab ekonomi dikuasai segelintir orang berkuasa dan kroninya keluarganya kawannya semua kaya-raya. Rakyat seperti petani miskin terus terbiar.

"Saya bukan nak nafikan bahawa sepanjang 63 tahun merdeka seolah-olah tidak ada perubahan tapi kita perlu nilai dari sudut janji merdeka.

"Kita janji akan ada ekonomi kesaksamaan tapi jurang kaya dan miskin terus melebar.

"Malah, jurang orang Melayu kaya dan Melayu miskin makin melebar dan kita berjanji untuk mengurangkan kesenjangan tetapi itu tidak berlaku.

"Sebab apa? Sebab dasar negara ketika ini tidak membantu kepentingan golongan bawah. Ini harus diberi kesedaran kepada rakyat," katanya.



Anwar sempat menggunakan ungkapan daripada pujangga Jawa yang terkenal, Ranggawarsita sebagai peringatan kepada rakyat.

"Yang baik masuk penjara, yang bobrok jadi penguasa. Jadi rakyat harus bikin apa? Rakyat harus eling lan waspodo.
 
"Ia bermaksud rakyat mesti beringat, berwaspada, jangan ditipu dan jangan ditindas. Jangan jadi tali barut peringkat bawah.

"Sukarno pernah menjanjikan jambatan emas buat rakyatnya, bunyinya memukau. Maknanya dari keadaan sengsara dan derita di zaman penjajah kepada bebas merdeka, berdaulat, makmur dan saksama.

"Tapi itu tidak berlaku, jadi jangan kita terpukau dengan janji," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/merdeka-63-tahun-bangkit-dari-kezaliman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merdeka 63 Tahun Merdekakah Kita

Merdeka 63 Tahun Merdekakah Kita

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 707 hits
Merdeka 63 Tahun Merdekakah Kita Rasa teruja pula nak buka cerita pasal hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta Sebabnya blogger Hasrul Hassan ada buat Jomlah kawan kawan kita rancakkan Hari Kemerdekaan dengan semangat membara s...
Hari Kebangsaan Selamat Menyambut Hari Merdeka Tahun 2020

Hari Kebangsaan Selamat Menyambut Hari Merdeka Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 1051 hits
Tema Merdeka 2020 Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun 2020 adalah bertemakan Malaysia Prihatin Baca Keterangan Tema Seluruh rakyat MALAYSIA sama ada penjawat awam sektor swasta sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut ...
Maklumat Merah Putih Ajak Seluruh Elemen Rakyat Indonesia Bangkit Melawan Kezaliman Dan Ketidakadilan

Maklumat Merah Putih Ajak Seluruh Elemen Rakyat Indonesia Bangkit Melawan Kezaliman Dan Ketidakadilan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 230 hits
Sebanyak 38 organisasi masyarakat yang tergabung dalam Aliansi Selamatkan Merah Putih telah menyusun naskah Maklumat Merah Putih Presidium dan Jurubicara ASMaPi Edy Mulyadi mengatakan pihaknya telah menyerahkan naskah Maklumat Merah Putih k...
75 Tahun Merdeka Jusuf Kalla Kita Harus Bersyukur Tapi Bukan Berarti Diam

75 Tahun Merdeka Jusuf Kalla Kita Harus Bersyukur Tapi Bukan Berarti Diam

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 289 hits
Mantan Wakil Presiden RI Jusuf Kalla teringat akan ayat Al Quran surat Ibrahim ayat 7 dalam memaknai kemerdekaan Indonesia yang telah menginjak usia ke 75 tahun Ayat tersebut menjadi refleksi kondisi bangsa Indonesia yang saat ini merasakan...
Nak Anak Faham Tentang Solat Bukan Bila Dia Umur 1 Tahun 2 Tahun Tapi Sejak Dalam Alam Rahim Lagi

Nak Anak Faham Tentang Solat Bukan Bila Dia Umur 1 Tahun 2 Tahun Tapi Sejak Dalam Alam Rahim Lagi

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 411 hits
Didik anak faham tentang solat sejak dalam kandungan boleh membantu ibu untuk beribadah dengan tenang Pada permulaanya mungkin bayi akan merenggek tapi bila mereka mula membesar mereka akan faham dan mudah melakukan ibadah Masa mengandung a...
Setelah 30 Tahun Kini Akhirnya Toshiba Secara Resmi Tak Akan Lagi Produksi Laptop

Setelah 30 Tahun Kini Akhirnya Toshiba Secara Resmi Tak Akan Lagi Produksi Laptop

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 243 hits
Ternyata udah lama juga ya Toshiba memproduksi laptop dan jadi merek raksasa sekarang udah resmi nggak bakal produksi laptop lagi nih
Amah Mandikan Anak Majikan Dengan Air Panas Dijel Lima Tahun

Amah Mandikan Anak Majikan Dengan Air Panas Dijel Lima Tahun

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 476 hits
KLANG Seorang pembantu rumah menangis teresak esak sambil mengesat air mata apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mencederakan anak majikannya padaJulai lalu Hakim Datuk Ahmad Zamzani...
Kisah Elivina 9 Tahun Jadi Guru Honorer Terima Gaji Rp 200 000 Per Bulan

Kisah Elivina 9 Tahun Jadi Guru Honorer Terima Gaji Rp 200 000 Per Bulan

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 304 hits
Upah tidak sesuai dengan beban kerja dan tenaga yang terkuras selama bertahun tahun demi mencerdaskan anak bangsa Itulah yang dialami Elivina Nawu seorang guru honorer di Sekolah Dasar Inpres Ajang Desa Persiapan Ajang Kecamatan Kota Komba ...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal