Merawat Acne Scar Secara Estetik Di Klinik Dr Bazilah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Beruntung sangat mereka yang tiada masalah jerawat, kulit pasti licin bak sutera. Namun, bagi kita yang termasuk dalam statistik kulit berjerawat yang mempunyai bekas-bekas jerawat atau lagi mesra dengan panggilan ‘acne scar’, boleh stress dan sedih setiap kali tengok kulit muka sendiri kan.
Rawat acne scar (Gambar: Google)
Ramai orang yang mempunyai masalah jerawat, tanpa menghadapi masalah acne scar. Biasanya, apabila kulit berjerawat, kita boleh merawat kulit tersebut menggunakan krim jerawat yang ada di pasaran. Dan kulit akan kembali pulih dari jerawat.

Malangnya, ada sesetengah daripada kita berdepan dengan masalah acne scar selepas jerawat tumbuh naik ke kulit muka.
Jadi, apakah yang menyebabkan acne scar ini terjadi sebenarnya?
Jerawat adalah salah satu keradangan yang berlaku pada kulit. Dan apabila berlaku keradangan, kolagen pada kulit boleh musnah. Apabila kolagen musnah, maka kulit akan kehilangan tisu dan sistem sokongan lalu mengakibatkan wujudnya parut seperti cucukan jarum atau lebih dikenali sebagai ‘ice pick’. Makin banyak kolagen hilang, maka makin menonjol lah parut jerawat tersebut.

Acne scar pula terbahagi kepada beberapa kategori. Ada acne scar yang tidak begitu ketara, dan kebanyakkan kita akan membiarkan sahaja parut tersebut berbekas di kulit wajah. Namun, ada juga acne scar yang sangat berbekas sehingga boleh mengganggu emosi serta keyakinan diri kita.


Kenali jenis-jenis acne scar
Acne scar biasanya terbahagi kepada beberapa kategori iaitu atropik (parut lekuk atau parut akibat tekanan pada kulit),hypertrophic, keloid dan lain-lain. Yang membingungkan kita ialah bilamana acne scar ini membuatkan kulit kita kelihatan berlubang-lubang sehingga kita merasakan betapa teruk dan hodonya acne scar tersebut.
Jenis-jenis acne scar (Gambar: Google)


1- Parut Atropik

Ini adalah parut paling biasa terjadi dan mempunyai beberapa klasifikasi iaitu ice pick, box scar dan rolling scar.
Ice pick biasanya parut mendalam dan nipis. Parut ini akan meregang jauh di bawah permukaan kulit dan agak sukar untuk dirawat kerana parutnya yang agak dalam.Box scar pula parutnya berbentuk U atau berbentuk kotak. Parut ini berlaku apabila jerawat berlaku secara bertompok-tompok di atas kulit, atau boleh juga akibat kesan daripada chicken pox.Manakala rolling scar atau ada yang menggelarnya parut berkawah pula adalah jenis parut yang paling biasa terjadi ketika penyembuhan jerawat yang lama. Ia menyebabkan tekstur kulit tidak sekata. Parut ini kelihatan bulat atau bergulung.

2- Parut Hypertrophic dan Parut Keloid

Apabila pengeluaran kolagen secara berlebihan terjadi ketika proses penyembuhan jerawat, ini adalah punca berlakunya parut hypertrophic dan keloid.

Parut hypertrophic biasanya berwarna merah jambu dan terhad di sekitar sempadan luka, dan parut keloid pula berwarna merah-ungu, melebihi sempadan asal luka dan menyebabkan kulit gatal-gatal dan tidak selesa.

Acne scar yang terjadi pada kulit boleh dirawat, dan biasanya kita akan memilih merawat acne scar menggunakan krim jerawat kerana ia lebih ekonomi, namun tidak semua acne scar boleh dirawat dengan krim jerawat semata-mata.


Rawatan untuk acne scar
Antara krim yang boleh sering digunapakai ialah gel silikon topikal, krim retinol, krim asid hidroksi alfa (AHA), krim asid laktik, dan sebagainya..

Krim-krim ini mempunyai peranan berbeza dalam merawat acne scar, dan perlu digunakan mengikut kesesuaian individu.

Selain itu, kita juga boleh mengambil serbuk kolagen untuk membantu penghasilan kolagen dalam usaha memperbaiki tisu kulit untuk penyembuhan jerawat.

Teknologi masa kini memberi pilihan rawatan alternatif untuk kita merawat acne scar yang teruk menggunakan kaedah estetik, dan perlu diingat rawatan ini yang hanya boleh dijalankan di klinik kulit yang bertauliah sahaja.
Cara estetik merawat acne scar (Sumber: Google)


Antara rawatan penyingkiran acne scar menggunakan kaedah estetik ialah dermal subcision, chemical peel, punch excision, pigment laser, micro needling dengan PRP (Platelet-Rich Plasma), derma filler, prosedur resurfacing, dan sebagainya.
Doktor yang bertauliah di klinik estetik akan memeriksa kulit untuk mengetahui jenis parut agar dapat memberikan rawatan yang sesuai untuk menyingkirkan acne scar. Rawatan yang sesuai pasti akan membawa kepada hasil yang lebih baik.
Merawat acne scar di Klinik Dr. Bazilah
Siapa jer yang tak nak rawat acne scar? Lagi-lagi kalau acne scar yang teruk sehingga boleh mengganggu penampilan wajah kan.


Klinik Dr. Bazilah merupakan antara klinik estetik yang menawarkan perkhidmatan rawatan penyakit kulit, khususnya rawatan jerawat dan parut jerawat atau acne scar. Dan yang paling penting, Klinik Dr. Bazilah diiktiraf dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Klinik Dr. Bazilah 



Jadi, sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan di sini, tidak perlu risau atau ragu-ragu mengenai perkhidmatan yang disediakan di klinik tersebut.

Klinik Dr Bazilah bukan sahaja menyediakan rawatan estetik seperti jerawat, pigmentasi dan penuaan, malah juga menawarkan perkhidmatan rawatan kulit dan rambut lain seperti ekzema, psoriasis, alergi, masalah keguguran rambut dan sebagainya.

Klinik Dr. Bazilah terletak di 4 lokasi, iaitu Kuala Lumpur, Damansara, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

Untuk sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan acne scar atau khidmat nasihat di Klinik Dr. Bazilah, anda boleh mendapatkan maklumat di laman sosial, laman sesawang atau boleh hubungi sendiri Klinik Dr. Bazilah seperti yang dikongsi di bawah ini:-
Whatsapp Kami Sekarang: wa.me/60196571563
Temujanji: ttp:temujanjidrbazilah.wasap.my
Website: www.klinikdrbazilah.com
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah
TikTok: @klinikdrbazilah

Cawangan Klinik Dr. Bazilah
Klinik Dr Bazilah, Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931
Klinik Dr Bazilah, Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-76613950
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara

______________________
"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2024/10/merawat-acne-scar-klinik-dr-bazilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rawatan Sculptra Di Klinik Dr Bazilah Alternatif Untuk Kulit Muda

Rawatan Sculptra Di Klinik Dr Bazilah Alternatif Untuk Kulit Muda

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 240 hits
RAWATAN SCULPTRA DI KLINIK DR BAZILAH ALTERNATIF UNTUK KULIT MUDA Dalam memasuki frasa 40an ni kulit Cikza semakin menua dan kusam Terdapat pori pori luas terbuka lepastu kadang tu berasa tak yakin bila berhadapan dengan orang ramai Impian ...
Pengalaman Minum Air Gula Klinik Swasta 28 Weeks

Pengalaman Minum Air Gula Klinik Swasta 28 Weeks

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 269 hits
Kandungan ke 5 baru ada pengalaman minum air gula klinik swasta Jika kandungan lain sebelum ini iaitu 4 orang anak anak hanya di Klinik Kesihatan sahaja untuk membuat ujian MOGTT minum air gula Ini kerana perut meragam pada tarikh temujanji...
Titis Mata Foscarnet Untuk Merawat Keratitis Herpetik Yang Susah Dipulihkan Jurnal Keradangan Dan Jangkitan Ocular

Titis Mata Foscarnet Untuk Merawat Keratitis Herpetik Yang Susah Dipulihkan Jurnal Keradangan Dan Jangkitan Ocular

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 134 hits
Kami berkongsi kes kes ini untuk menunjukkan bahawa penggunaan tetes mata foscarnet bagi keratitis herpetik yang tidak berkesan dengan terapi antiviral biasa boleh diterima dan berkesan Malangnya tidak ada ujian kawalan rawak yang pernah me...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu