Meraikan Hari Haiwan Sedunia 2019 Di Sunway Lagoon




Sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia 2019 @SunwayLagoonMalaysia telah memberikan pengalaman yang sangat menarik serta pengetahuan dan pendidikan dalam menimba ilmu dengan suasana alam kehidupan liar di Sunway Lagoon Wild Park.
Hari Haiwan Sedunia disambut setiap tahun pada 4hb Oktober yang merupakan acara global  bertujuan untuk membela nasib haiwan sedunia terutamanya dalam hal kebajikan dan tempat tinggal mereka. Acara tahunan bermula seawal tahun 1925 dan berjaya membentuk International Animal Welfare yang bergerak sebagai  sebagai  penguatkuasa  khas sedunia. Sunway Lagoon Wildlife Park - Zoo berteraskan pendidikan ini dihuni oleh 140 spesis hidupan liar, perincian spesis haiwan eksotik/luar biasa, pelbagai jenis burung dari merata dunia, hidupan laut, jenis ikan, haiwan reptilia dan gajah. Kempen ini bertujuan untuk menerapkan minat dan menjadikan tugas memelihara haiwan juga adalahadalah tanggunjawab kita bersama. Usaha untuk menyokong dua matlamat utama Sustainable Development Goal (SDG) yanditetapkan oleh United Nation (UN) yang mensasarkan 17 matlamat utama dimana diharap dapat dilaksanakan menjelang tahun 2030.


Sunway Lagoon Wildlife Park  memberi komitmen penuh menyokong dua matlamat mereka iaitu Responsible Consumption and Production (goal#12) yang bertujuan mengimbangi corak had penggunaan agar tidak melebihi pengeluaran secara menyeluruh.  Life On Land (goal #15) bertujuan untuk mempertahankan , mengembalikan semula  dan mencadangkan sumber yang ada untuk mengimbangkan ecosistem muka bumi, menjaga keseimbangan hutan, memerangi kemusnahan hutan, menyekat dan memelihara semula tanah yang musnah dan menyekat kemusnahan kepelbagaian sumber semulajadi bumi.


Mr.Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon berkata bersempena Hari Haiwan Sedunia pada kali ini, kami sangat berharap dapat menwujudkan suatu pengalaman baru di mans semua pengunjung tanpa mengira lapisan usia dapat merasa keseronokan yang ditawarkan di Wildlife Park dan masa yang sama pengunjung berpeluang belajar dengan lebih lanjut tentang bagaimana memainkan peranan dalam usaha memelihara alam sekitar. Semuanya sejajar dengan dengan komitmen kami agar menjadi lebih stabil dan bertanggungjawab dalam hal persekitaran tetapi pada masa yang sama masih memberi peluang kepada pengunjung berhibur dengan persembahan yang sangat menarik dan laur biasa terutamanya kepada golongan generasi muda

Mr.Sean Choo"Tujuan utama persatuan adalah mengembalikan semula populasi kura-kura liar yang semakin terancam dan sebagai contoh kura-kura sungai yang dijadikan sebagai bahan rujukan kami. Berdasarkan matlamat dan minat yang sama, kami sangat berbesar hati dan teruja untuk bersama berganding bahu dengan pihak Wildlife Park Sunway Lagoon untuk projek kali ini," kata Dr Chen Pelf Nyok, merangkap pengasas bersama Persatuan Pemeliharaan Kura-Kura Sungai Malaysia.
Dr Chen Pelf Nyok

Aktiviti Wildlife Park Jumaji Challenge

Aktiviti ni memang happening, mencabar fizikal dan minda serta memberi pengalaman serta pengetahuan yang berguna untuk kita menerokai alam haiwan liar dan kehidupan habitat mereka. Kami dibahagikan kepada 7 team hidupan liar seperti Lion, Tiger, Marmoset, porcupine, guinea, pig, macau and otter dan perlu selesaikan task ke setiap 7 Station di Wildlife Park. 

7 Station Wildlife Park

Peserta yang telah di bahagikan kepada setiap kumpulan seperti team Seri Wangi adalah Team Porcupine (Landak) yang perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan menyelesaikan kuiz, soalan dan mengambil gambar setelah selesai tugasa, petugas akan memberikan barangan yang perlu dikumpulkan dari 7 station Wildlife Park untuk tugasan akhir di Wildlife Theatre. 

1.  Harimau
5.5m ialah jarak lompatan yang paling jauh bagi seekor harimau dalam satu lompatan. Bina jarak sejauh 5.5m daripada barang-barang yang ada. Haaa...habis semua barang-barang dalam bag kami keluarkan untuk cukupkan jarak 5.5m.



2. Panther
Harimau bintang, cheetah dan harimau kumbang boleh dikenalipasti melalui corak di badan masing-masing. Jadi task kami kena lukis corak tersebut kat muka masing-masing.


3. Taman BurungSetiap penjaga zoo harus tahu makanan setiap penghuni zoo. Ok...yang ni memang mencabar bagi yang tak boleh nak sentuh langsung. Haaaa...mau tak mau kami kena cari kad jawapan makanan kegemaran haiwan yang disorokkan dalam peti berisi ulat2 hidup...Seri Wangi...?No problem..ok jer!


4.  Jungle TrailFlamigo terkenal dengan kebolehan berdiri mengimbang badan menggunakan sebelah kaki dan cara ini adalah cara mereka berehat. Jadi task kami kena tiru gaya Flamingo, berposing bagai ikut gaya yang diberikan.

5.  Pet VillagePembuangan sisa plastik merupakan masalah sedunia dan Malaysia dengan anggaran 1 juta tan pada tahun 2018. Task kami ialah membantu untuk membuat ecobrick bagi membina kandang kambing daripada bahan kitar semula seperti plastik botol minuman yang mana setiap satu botol mengandungi sisa pembuangan plastik dan disasarkan penghasilan 1000 biji batu ecobrick.


6.  RimbaRimba tempat hidupan liar seperti White Lion yang ada di Wildlife Park. Kami diberi tugasan dengan menyelesaikan puzzle yang diberikan dan macam biasa setelah selesai diberi barangan yang perlu dikumpulkan.


7. The Take Home Garden Setiap team ditugaskan untuk lakukan sendiri bercucuk tanam dan berkebun dengan menggunakan barangan kitar semula seperti bekas tempat letak telur yang telah sedia dipotong kemudian letak tanah, biji benih yang disediakan dan tag nama biji benih yang kita pilih sendiri. Setelah selesai tugasan petugas akan memberikan barangan untuk dikumpulkan.


Wildlife Theater
Wau....akhirnya Team Porcupine dapat jugak selesaikan tugasan dan kami semua berkumpul di Wildlife Theater untuk tugasan terakhir iaitu membuka semua barangan yang telah kami kumpulkan seperti tempurung kelapa, tali, tali sabut dan sayur kacang dan buah betik serta secara kreatif kami diberi tugasan untuk membuat sendiri tempat makanan untuk Porcupine (landak)

Dah siap pun tempat makanan si landak kami, sebenarnya landak jenis tidak cerewet pasal makanan yang terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan.




Sempena dengan Hari Haiwan Sedunia 2019, pihak Sunway Lagoon-Wildlife Park, pameran daripada Jabatan Hidupan Liar Malaysia dan Taman Negara  (Perhilitan), Save The Earth Pledge Wall iaitu sebuah petisyen yang disediakan khas bagi pengunjung untuk menandatangi petisyen tersebut bagi mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan harian kita.


Untuk maklumat lanjut:
Websitehttps://sunwaylagoon.com/
Facebookhttps://www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia/



#SLWAD2019  #SunwayLagoonMy  #WildlifePark #WorldAnimalDay

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2019/10/meraikan-hari-haiwan-sedunia-2019-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersempena Hari Jantung Sedunia Orang Ramai Dipelawa Melakukan Pemeriksaaan Jantung Percuma

Bersempena Hari Jantung Sedunia Orang Ramai Dipelawa Melakukan Pemeriksaaan Jantung Percuma

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 231 hits
Tahukah anda bahawa Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September setiap tahun Banyak aktiviti yang telah dirancang bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung Antara aktiviti yang biasanya diada...
Bbp Bukit Angin Tersenarai 5 Terbaik Sempena Hari Inovasi Jbpm 2019 Bombajbpm

Bbp Bukit Angin Tersenarai 5 Terbaik Sempena Hari Inovasi Jbpm 2019 Bombajbpm

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 478 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Hari Malaysia 2019 Di Puncak Bukit Keluang

Hari Malaysia 2019 Di Puncak Bukit Keluang

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 715 hits
Hobi baru hiking Pasni nak start hiking dengan serius Nak cari bukit rendah rendah untuk didaki Perasaan bila sampai di puncak tu priceless sangat Lagi lagi bila tengok pemandangan ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingan Aggitewww Plan awa...
Karnival Hari Terbuka Atm Ke 86 2019

Karnival Hari Terbuka Atm Ke 86 2019

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 400 hits
Hi Pada 28 29 September yang lalu Angkatan Tentera Malaysia telah mengadakan Hari Terbuka ATM ke 86 2019 bertempat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut Perak Pelbagai aktiviti menarik telah di disediakan Antara yang menjadi tarik...
Jenis Biji Kopi Penentu Rasa Ni 5 Jenis Yang Popular Selamat Hari Kopi Sedunia

Jenis Biji Kopi Penentu Rasa Ni 5 Jenis Yang Popular Selamat Hari Kopi Sedunia

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 458 hits
Selamat Hari Kopi Seduna kepada semua Coffee LoversBiji kopi ni nampak sama aje tapi sebenarnya berbeza rasa Jika anda tahu dan kenal jenis dan spesis kopi pastinya ia memberi satu persepktif baru terhadap kopi dan menjadikan anda lebih men...
Tema Lirik Lagu Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2019

Tema Lirik Lagu Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2019

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 658 hits
Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun Pada tahun ini Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan tema Hari Kemerdekaan pada 24 Julai 2019 lalu adalah Sayangi M...
Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Dari 2010 2019

Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Dari 2010 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 431 hits
Hai gais korang tahu tak lagi berapa hari je lagi Malaysia akan sambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 Haa rasa tak sabar pula nak pergi sambut Kemerdekaan ni Jadi disebabkan nak Merdeka dah marilah imbas kembali sikit logo logo yang pernah dig...
Tema Hari Guru Dan Lirik Lagu Kami Guru Malaysia 2019

Tema Hari Guru Dan Lirik Lagu Kami Guru Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 667 hits
Hari Guru akan disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun Tujuan sambutan ini adalah untuk meraikan jasa warga pendidik seperti Guru Pensyarah Ustaz dan lain lain yang telah mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa untuk dijadikan pandua...
29 September 2019 Doaku Hari Ini

29 September 2019 Doaku Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 942 hits
DOAKU HARI INI What I m feeling right now is something yang tak betul Kadang kadang kita rasa diri tak dihargai Kadang kadang kita rindu masa masa bahagia masa lalu Kadang kadang kita nak elak dari membenci orang tapi rasa itu datang when m...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut