Menyucikan Hati Yang Kian Berkarat


HATI merupakan satu perkara unik dan ajaib yang dimiliki manusia. Hati bukan semata-mata organ yang ada di dalam tubuh manusia, akan tetapi hakikat hati itu adalah tempat lahirnya perasaan, keyakinan, dan segala sifat terpuji mahupun sebaliknya

Nabi Muhammad SAW mengisyaratkan kepada kita: “Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan itu ada sepotong daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh badan itu, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruhnya. Ia itu adalah qalbu (hati).” (Riwayat Bukhari & Muslim)



Hati disebut sebagai al-qalbu di dalam Bahasa Arab yang bermaksud berubah. Kerana sifat hati itu sangat cepat berubah dan berbolak-balik sehinggakan Nabi SAW bersabda: “Sungguh hati anak Adam lebih cepat berbolak-balik daripada makanan yang sedang mendidih di dalam periuk.”

Hati juga merupakan tempat tilikan ALLAH SWT pada diri manusia. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya ALLAH tidak memandang kepada rupa dan amalan kamu, tetapi Dia memandang kepada hati dan niat kamu.” (Riwayat Muslim & lain-lain)


Kerana tidak ternilainya hati pada manusia, maka perlu kepada perhatian yang lebih terhadap urusan hati kita. Perlu dipelihara dan dipulihara. Agar ia tidak terbiar sehingga menjadi karat. Seperti sebuah besi yang terbiar berpanas hujan, akhirnya berkarat dan menjadi rosak





Hati terbiar dan berkaratHati yang terbiar tidak dijaga boleh menjadikannya keras dan kasar. Sehinggakan apabila diberi nasihat tidak lagi memberi sebarang kesan. Tidak berasa hiba apabila disebutkan tentang kematian serta tidak berasa gentar mendengar balasan dan ancaman Tuhan di akhirat kelak. Mereka leka dan seronok melayani kehendak nafsu seperti selamanya kekal hidup di atas muka bumi. Maka awasilah hatimu


Apakah perkara yang membuatkan hati kita boleh berubah, menjadi liar dan keras? Inilah perkara yang sangat dikhuatiri oleh orang-orang beriman. Kerana hati boleh sahaja berubah sekelip mata. Rasulullah SAW sendiri sering berdoa: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkankan hatiku atas agamaMu.”

Antara punca lemahnya hati itu adalah apabila kita terus melakukan dosa kemudian tidak mahu mengendahkan nasihat dan peringatan daripada ALLAH dan Rasul-Nya. Lalai daripada mengingati kematian dan tidak memandang berat urusan yang bakal berlaku selepas kematian. Dan terlampau mencintai dunia sehinggakan merasai ingin terus kekal di dunia


Seperti firman ALLAH: “Bahkan telah termeterai di hati mereka dengan apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al-Muthaffifin: 14)

Hati dan iman sangat berkait rapat. Kerana iman itu adalah membenarkan dan meyakini dengan hati. Iman itu letaknya di hati. Naik dan turunnya iman itu bergantung kepada apa yang dikerjakan manusia. Maka apa sahaja perbuatan, perkataan dan pemikiran kita, akan memberi kesan kepada hati kita





Merawat hati

Hati kita sering terdedah kepada kekotoran dan kerosakan dek kerana perlakuan kita setiap hari. Andai kita tidak mempedulikan keadaan hati kita, maka lambat laun bukan sekadar berkarat, malah dibimbangi hati itu akan mati


Tugas kitalah menjaga dan merawat hati kita sekiranya ia telah sakit. Ulama telah menggariskan lima perkara dapat menjadi penawar bagi hati


Lima perkara itu adalah:

1. Bergaul dengan orang-orang soleh. Menghadiri majlis atau mendapatkan nasihat daripada mereka


2. Membaca al-Quran dan berusaha memahami maknanya


3. Banyakkan berpuasa atau kurangkan makan


4. Melakukan solat sunat di malam hari, memperbanyakkan zikir kepada ALLAH


5. Sujud kepada ALLAH menjelang waktu subuh. Kerana saat ini terdapat ketenangan dan turunnya rahmat ALLAH


Rasulullah SAW juga menganjurkan kita agar sentiasa menyegerakan bertaubat dan memperbanyakkan melakukan kebaikan setelah kita tersilap melakukan dosa dan kejahatan





Penjagaan hati
Setelah hati yang sakit serta berkarat itu telah dirawat dan dibersihkan, maka jagalah ia. Sehingga kita dapat memperoleh hati yang sejahtera apabila kita bertemu dengan Tuhan


ALLAH menceritakan tentang Nabi Ibrahim AS: “Dan janganlah Engkau menghinakan aku pada hari kebangkitan. Hari yang pada ketika itu harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali orang-orang yang datang menghadap ALLAH dengan hati yang selamat sejahtera (darpadai syirik dan penyakit munafik).” (Surah As-Syu’araa’: 88-89)

Pohonlah rahmat daripada Tuhan, agar sentiasa dipelihara dan ditetapkan hati kita. Sentiasa tunduk dan patuh kepada perintahNya. Berusaha dan sabar ketika diuji. Dan janganlah lupa mengucapkan seberapa banyak doa ini: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjukki kami (jalan yang benar), dan berilah kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya



Sumber : perkongsian dari group Whatsapp usrah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2019/07/menyucikan-hati-yang-kian-berkarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cepat Kasihan Pujuk Masa Anak Mengamuk Hati Mak Ayah Kena Keras

Jangan Cepat Kasihan Pujuk Masa Anak Mengamuk Hati Mak Ayah Kena Keras

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 472 hits
Ramai ibu bapa tak tahu cara tangani perilaku anak anak Mereka tak tahu apa perlu dilakukan terutamanya bila anak tunjuk tantrum ketika di tempat awam atau di majlis keramaian Tantrum adalah cara anak anak mengambil perhatian kita dan membe...
Idaman Hati Carlo Rino Fold Long Wallet Dark Blue

Idaman Hati Carlo Rino Fold Long Wallet Dark Blue

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 681 hits
Assalamualaikum Seronok sangat bila dapat memiliki wallet idaman yang memang Fiza nak sangat dapat Platform di mana Fiza suka sangat membeli belah beg tangan jenama Carlo Rino adalah di Lazada Malaysia Didatangkan dengan Dust Bag Idaman hat...
Sekelumit Isi Hati Abang Popcorn Bioskop Kerja Memang Lebih Nikmat Kalau Ikhlas Dan Apa Adanya

Sekelumit Isi Hati Abang Popcorn Bioskop Kerja Memang Lebih Nikmat Kalau Ikhlas Dan Apa Adanya

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 374 hits
Cerita ini sekaligus jadi pelajaran bagi pengunjung bioskop yang suka bercandain abang popcorn Tolong respek sedikit dong
Lagu Diputar Di Traffic Light Depok Dinyanyikan Walkot Berjudul Hati Hati

Lagu Diputar Di Traffic Light Depok Dinyanyikan Walkot Berjudul Hati Hati

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 145 hits
Lagu yang akan diputar sebagai tanda bahwa lampu merah sedang menyala Selain itu sebagai penanda bagi penyeberang jalan
Faceapps Boleh Simpan Guna Gambar Anda Sesuka Hati Tanpa Royalti Forbes

Faceapps Boleh Simpan Guna Gambar Anda Sesuka Hati Tanpa Royalti Forbes

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 251 hits
Apabila membuka sahaja laman sosial sudah pastinya kita sedikit terkejut dengan gambar wajah rakan rakan kita di masa tua Aplikasi Viral FaceApp sudah menjadi trending terkini bukan sahaja netizen malah artis artis turut tidak melepaskan pe...
Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 299 hits
Tun Abdul Hamid Mohamad Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana hina Sultan dan ketua pemuda parti komponen PH masuk penjara kerana hina mahkamahTIBA TIBA Wan Ji Wan Hussin menarik perhatian ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hu...
9 Cara Balikan Sama Mantan Yang Sudah Sakit Hati

9 Cara Balikan Sama Mantan Yang Sudah Sakit Hati

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 435 hits
Salah satu hal yang membuat penyesalan ketika putus cinta adalah perasaan kesepian dan rindu pada kekasih Ini nih yang terkadang membuat seseorang berpikir untuk balik ke mantan Terlebih jika perasaan susah pindah ke lain hati atau malas me...
Suami Isteri Tak Puas Hati Apa Apa Cakap

Suami Isteri Tak Puas Hati Apa Apa Cakap

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 709 hits
Topik ni adalah topik yang takkan habis sampai mati Haha Selagi kita bergelar pasangan suami isteri mesti akan ada rasa tak puas hati terhadap pasangan dalam kehidupan kita sehari harian Menipu benor lah kalau ada pasangan yang claim dioran...
Puas Hati Beli Online Karpet Tatami Gebu Cantik Murah

Puas Hati Beli Online Karpet Tatami Gebu Cantik Murah

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 669 hits
Tetiba sahaja saya jadi obses dengan karpet Tatami ni Pantang nampak ada jual online lepas tu corak cantik nampak gebu saya terus nak tengok Jika kena dengan harga jualan saya terus masukkan dalam add to cart Di beberapa laman web shopping ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya