Menyimpan Wang Untuk Masa Depan


Assalamualaikum wb.t.
Salam ceria dan salam bahagia untuk anda dan keluarga.
Saudara/saudari,
Setiap masalah yang menimpa diri kita pasti akan ada jalan penyelesaian. Sebagaimana setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Cuma kebuntuan kita pada satu-satu masalah itu adalah kerana kejahilan dan kecetekan pengetahuan kita sebagai insan. Maka setiap masalah yang berlaku perlu dicari solusi dan jalan penyelesaiannya.
Alhamdulillah, sejak bertemu dengan penulisan-penulisan motivasi kewangan samada di internet atau di buku-buku yang dibeli telah memberi banyak faedah dan kesedaran kewangan pada diri. InsyaAllah, saya cuba kongsikan sedikit pengetahuan berkaitan beberapa bentuk dan kaedah simpanan yang mudah dan mampu diamalkan hingga berjaya.
Ada beberapa kaedah menyimpan wang yang boleh diamalkan supaya cukup masa kita ada sejumlah wang yang boleh digunakan untuk sesuatu perkara yang betul-betul diperlukan atau disimpan ke Tabung Haji atau ditukar kepada aset kecil.
Antaranya melalui simpanan harian. Jumlah simpanan mengikut berapa haribulan dalam setiap bulan. Seperti 1hb simpan RM1, 2hb simpan RM2, 15hb simpan RM15 hingga hujung bulan. Kemudian bersambung semula bulan berikutnya mengikut tarikh pada kalendar, 1hb simpan RM1, 2hb RM2, 3hb RM3 dan seterusnya. Mengikut kiraan, cukup sebulan wang tabungan anda sudah terkumpul sebanyak RM465. Jika anda sudah berumahtangga boleh menggalakkan lagi simpanan bersama pasangan. Samada berselang-seli hari mahupun berlumba pada hari yang sama.
Sebahagian orang menyimpan wang dengan menggunakan kaedah kiraan bulanan. Seperti bulan Januari (bulan 1) simpan RM10, bulan Februari RM20, Mac RM30 dan seterusnya sehingga bulan Disember (bulan 12) disimpan RM120. Maka setelah setahun menabung anda akan perolehi RM780. Tidak kurang juga yang komitmen menyimpan dengan sejumlah duit pada setiap bulan seperti RM100 sebulan. Maka pada akhir bulan, hujung tahun berjaya mengumpul RM1200. Namun kaedah tadi boleh dilakukan jika baru berlatih nak mula menyimpan wang; bermula dari sedikit-sedikit.
Ada juga yang menabung secara mingguan. Mengikut kiraan minggu pertama sehingga minggu terakhir pada hujung tahun. Minggu pertama mereka menyimpan RM1, minggu kedua RM2, minggu ketiga RM3 sehingga minggu ke 52 (hujung tahun) mereka akan masukkan RM52 ke dalam tabung mereka. Akhirnya jumlah tabungan yang akan diperolehi adalah sebanyak RM1378. Sediakan senarai untuk ‘tick’ stiap kali masukkan duit ke dalam tabung. Bimbang terlepas pandang dan sepilah tabung tu…
Apabila sudah dapat jumlah tabungan yang dikumpul cepat-cepat alihkan ke tempat simpanan wang yang susah nak bocor. Antaranya seperti di Tabung Haji, ASB (syariah:sebahagian berpendapat harus) atau simpan emas perlaburan fizikal iaitu bar emas dan dinar. Emas terbukti kalis bocor dari pengalaman kebanyakan penyimpan emas. Emas juga adalah aset yang kecil dan mampu milik oleh kebanyakkan orang.
Saudara/saudari,
Hendak mulakan menyimpan dan menabung perlu tanam azam yang tinggi, impian yang besar, bertindak segera (jangan tangguh) dan cari tabung yang susah dikorek . InsyaAllah niat murni untuk menabung akan diberkatiNya, untuk diri dan keluarga.
Aku simpan duit sebab…… Rujukan sumber: Hafizul Hakim
Selamat mencuba, selamat maju jaya !
JOM ! BINA IMPIAN ANDA DENGAN EMAS !
Mohd. Asri Zolkafli
Authorised Public Gold Dealer ( PG051477 )
2020.07.29 || RABU

The post MENYIMPAN WANG UNTUK MASA DEPAN appeared first on AsriZolkafli.com | Emas & Kewangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://asrizolkafli.com/menyimpan-wang-untuk-masa-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Disleksia Bagaimana Masa Depan Mereka

Pesakit Disleksia Bagaimana Masa Depan Mereka

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 422 hits
Pesakit disleksia Siapakah mereka Apakah mereka juga sama dengan pesakit lain di Malaysia yang dilayan seperti orang yang tidak normal Mengapa seseorang dihinggapi penyakit ini Banyak persoalan yang bermain di fikiran ini setelah menerima p...
Selangor Rangka Pelan Masa Depan Putuskan Rantaian Covid 19

Selangor Rangka Pelan Masa Depan Putuskan Rantaian Covid 19

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 271 hits
SETIA ALAM 27 JULAI Kerajaan Negeri memutuskan rancangan pencegahan pandemik Covid 19 di Selangor pada masa hadapan akan dibuat selepas sambutan Aidiladha Dato Menteri Besar berkata susulan peningkatan semula jangkitan berkenaan pihaknya ak...
8 Kewajiban Orang Tua Terhadap Anak Agar Masa Depan Mereka Gemilang

8 Kewajiban Orang Tua Terhadap Anak Agar Masa Depan Mereka Gemilang

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 409 hits
Menjaga pertumbuhan dan perkembangan anak adalah salah satu amanah orang tua terhadap anak yang tidak bisa diabaikan Menjadi orang tua yang baik adalah dengan melaksanakan kewajiban dan mengikuti tumbuh kembang anak Tujuan dari semua itu ad...
Masa Depan Politik Azmin Dalam Bahaya

Masa Depan Politik Azmin Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 304 hits
Masa depan politik Azmin dalam bahaya kata Isham Jalil Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor memberi amaran kepada Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali yang masa depan politiknya berada dalam bahaya kecuali beliau berusaha memperbaiki hubun...
Mengapa Bank As Mula Menyimpan Wang

Mengapa Bank As Mula Menyimpan Wang

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 225 hits
Di Amerika Syarikat pandemik coronavirus terus menyebar yang memberi tekanan besar terhadap kehidupan masyarakat dan aktiviti syarikat Oleh itu ketua bank terkemuka seperti Goldman Sachs JPMorgan Bank of America Citigroup dan Wells Fargo me...
Wajah Pimpinan Masa Hadapan

Wajah Pimpinan Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 506 hits
Foto sebelah kiri tu baru dua hari lepas Memang nampak berbeza dari foto sebelah kanan Berbeza dari susuk tubuh Rafizi agak berisi Izzah nampak biasa tapi bertambah cantik dengan batiknya dan KJ kelihatan lebih dewasa dengan janggut dan jam...
Tips Memilih Dan Menyembelih Hewan Kurban Di Masa Pandemi

Tips Memilih Dan Menyembelih Hewan Kurban Di Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 281 hits
Hari Raya Idul Adha atau Idul Quran 1441 H tinggal beberapa hari lagi Masyarakat khususnya Umat Islam harus memahami tatacara penyembelihan hingga pemeriksaan hewan kurban Terlebih saat ini sedang masa pandemi Covid 19
Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Pg Slot Web 2025 Casino Online Pg Slot Top 84 By Kandice Pg Slot Amb888 Cc 15 68

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

10 Ide Kado Untuk Bayi Laki Laki Yang Berguna Dan Berkesan

Mercedes Solar Paint A Bright Future For Electric Vehicles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inikan Cuma Dunia

Perlukah Ambil Ubat Statin

Memendam Dan Bertahan

Dua Kolaborasi Clot X Mcdonald S District Vision X New Balance Pemikat Sneaker Anda

Amira Othman Buka Mulut Isu Mesra Dengan Fattah Amin Akui Ada Pihak Meluat

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging