Masa Depan Politik Azmin Dalam Bahaya


Masa depan politik Azmin dalam bahaya, kata Isham Jalil
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor memberi amaran kepada Menteri Kanan (Ekonomi) Mohamed Azmin Ali yang masa depan politiknya berada dalam bahaya kecuali beliau berusaha memperbaiki hubungannya dengan Umno dan PAS.
“Dia nampaknya bermasalah dengan semua orang,” kata ketua penerangan BN Selangor, Isham Jalil kepada FMT.
Mengulas kritikan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar awal bulan ini berhubung pertemuan diadakan Azmin tanpa wakil Perikatan Nasional, Isham berkata terdapat kekurangan kepercayaan antara beliau dan pimpinan Umno serta PAS Selangor.
Menurut Noh, Menteri Besar Amirudin Shari, yang juga ahli PKR, satu-satunya individu penting dijemput dalam mesyuarat yang membincangkan perkembangan ekonomi Selangor itu.
Isham mendakwa, Azmin kehilangan separuh sokongan akar umbi dalam PKR dan PPBM serta kepercayaan pengundi Cina.
Katanya, pengundi Cina tidak akan memilih Azmin dan rakan-rakannya, yang berhijrah daripada Pakatan Harapan, pada pilihan raya akan datang.
“Saya rasa dia ada masalah besar ketika ini,” katanya.
Isham berkata, Azmin perlu berusaha memperbaiki hubungannya dengan Umno dan PAS serta melupakan untuk mendapatkan kembali sokongan ahli PKR.
“Kapal itu sudah belayar,” katanya.
Yang Dipertua PAS Gombak Salehuddin Mohd Nasir turut mengkritik Azmin berhubung pertemuan dengan Amirudin dan menunjukkan keengganan untuk bekerja dengannya. Azmin adalah ahli Parlimen Gombak.
Isham juga bercakap mengenai rancangan bagi pilihan raya umum ke-15, mengatakan Umno Selangor lebih suka bertanding bawah perjanjian Muafakat Nasional dengan PAS.
“Tidak ada perjanjian formal di pihak Perikatan Nasional selain Muafakat Nasional,” katanya.
Mengenai sama ada Umno Selangor boleh bekerjasama dengan PPBM, beliau berkata ia bergantung kepada kesediaan parti itu untuk memperbaiki hubungan dengan Umno.
“Retorik negatif seperti ‘Umno tidak popular, Umno parti yang kalah,’ seperti diucapkan pemimpin PPBM, tidak membantu memperbaiki hubungan dan hanya memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Isham mendakwa tidak ada sokongan akar umbi untuk PPBM dan berkata parti itu memenangi 13 kerusi pada pilihan raya lalu hanya kerana undi Melayu terbahagi antara Umno dan PAS.
“Kali ini, ia tidak lagi akan memiliki kelebihan ini. Orang Cina tidak akan memilih PPBM lagi dan kumpulan kecil orang Melayu yang merupakan penyokong tegar PKR akan meninggalkannya.
“Jika PBM tidak bekerjasama dengan Umno, ia akan bermasalah,” katanya.
Beliau mendakwa, orang Melayu hanya memerlukan Umno dan PAS, 1 untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan 1 lagi untuk memperjuangkan Islam.
Katanya, PPBM perlu mempertimbangkan untuk membubarkan parti itu seperti dilakukan Semangat 46.
Semangat 46 berpecah dari Umno pada 1988 dan dibubarkan pada 1996. Ramai ahlinya bergabung dengan Umno.
“Jika ahli PPBM tidak menyukai Umno, mereka boleh menyertai PAS. Ini jika mereka betul-betul peduli dengan perpaduan Melayu,” katanya. FMT
The post Masa depan politik Azmin dalam bahaya appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/23/masa-depan-politik-azmin-dalam-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Disleksia Bagaimana Masa Depan Mereka

Pesakit Disleksia Bagaimana Masa Depan Mereka

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 446 hits
Pesakit disleksia Siapakah mereka Apakah mereka juga sama dengan pesakit lain di Malaysia yang dilayan seperti orang yang tidak normal Mengapa seseorang dihinggapi penyakit ini Banyak persoalan yang bermain di fikiran ini setelah menerima p...
Selangor Rangka Pelan Masa Depan Putuskan Rantaian Covid 19

Selangor Rangka Pelan Masa Depan Putuskan Rantaian Covid 19

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 293 hits
SETIA ALAM 27 JULAI Kerajaan Negeri memutuskan rancangan pencegahan pandemik Covid 19 di Selangor pada masa hadapan akan dibuat selepas sambutan Aidiladha Dato Menteri Besar berkata susulan peningkatan semula jangkitan berkenaan pihaknya ak...
Minat Kulinari Jom Sertai Sg Academy Cerahkan Masa Depan Di Sini

Minat Kulinari Jom Sertai Sg Academy Cerahkan Masa Depan Di Sini

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 472 hits
SG Academy ni satu lagi peluang belajar yang baik buat adik adik yang minat kulinari Akademi ini ialah pusat bertauliah kemahiran swasta yang menjalankan pelbagai program kemahiran selaras dengan permintaan industri terkini Ditubuhkan pada ...
Menyimpan Wang Untuk Masa Depan

Menyimpan Wang Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 592 hits
Assalamualaikum wb t Salam ceria dan salam bahagia untuk anda dan keluarga Saudara saudari Setiap masalah yang menimpa diri kita pasti akan ada jalan penyelesaian Sebagaimana setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati Cuma kebuntuan kita pada...
8 Kewajiban Orang Tua Terhadap Anak Agar Masa Depan Mereka Gemilang

8 Kewajiban Orang Tua Terhadap Anak Agar Masa Depan Mereka Gemilang

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 438 hits
Menjaga pertumbuhan dan perkembangan anak adalah salah satu amanah orang tua terhadap anak yang tidak bisa diabaikan Menjadi orang tua yang baik adalah dengan melaksanakan kewajiban dan mengikuti tumbuh kembang anak Tujuan dari semua itu ad...
Kuasa Ke 3 Perlu Bangkit Lanskap Politik Tagih Nafas Baru

Kuasa Ke 3 Perlu Bangkit Lanskap Politik Tagih Nafas Baru

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 259 hits
Lanskap politik Malaysia menagihkan satu nafas baru Kuasa ke 3 sedang bangkit dan kebangkitan itu tidak akan akan dapat dihalang Kita dapat nampak tanda tanda kewujudan kuasa ini dengan kejayaan Parlimen Digital baru baru ini Kebangkitan in...
Politik Dan Persekitaran

Politik Dan Persekitaran

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 227 hits
JAMZURI ARDANISentimen politik rakyat sentiasa dinamik dan berubah Tidak ada satu parti politik yang boleh menguasai sentimen politik secara keseluruhan Ianya dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang terlalu kompleks untuk diatur oleh mana...
Orang Politik

Orang Politik

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 280 hits
HAMDAN TAHABelum berkuasa selalunya orang orang politik akan menyerang musuhnya dengan isu rasuah bab rasuah dan kekuasaan ni setakat atas pentas ceramah dan kenyataan media sahaja Sementara belum ada kuasa boleh lah sembang deras dah ada k...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Where Were You When

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Mmea Detects Ghost Ship In Terengganu Waters

Effective Networking In Your Industry

Syafiq Kyle Names Kopiko As His Feveret Coffee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Titik Temu Aisha Retno Ft Megat Fazly

Lirik Lagu Merindukanmu Arul Rasheed

Filem Angkat

Kenangan Coffee X Kapten Batik

Sotong Goreng Telur Masin Sedap Rangup Paling Senang Buat Makan Memang Tak Puas

Bahagiakan Aku Ya Allah