Menyatakan Keputusan Retreat Ph Di Pd Salah Saifuddin Nasution Kah


 


MENYATAKAN KEPUTUSAN RETREAT PH DI PD, SALAH SAIFUDDIN NASUTION KAH?

Umpama mendapat modal politik terpijak yang ditunggu sekian lama, akhirnya mereka kutip kenyataan SU Sekretariat PH yang juga SUA Keadilan, YB Dato Seri Saifuddin Nasution tentang 'khemah besar".

Hakikatnya tiada modal lagi. Mahu tuduh Saifuddin pernah perlekehkan Presiden, tiada. Mahu serang Saifuddin kerana kecewa dan merajuk setelah tewas sesuatu pertandingan di dalam parti, pun tiada. Mahu kata Saifuddin pernah tubuh syarikat meniaga dan rugi, langsung tidak berkaitan. Paling tidak, modal mereka sebelum ini tuduh Saifuddin 'cabut' ke Indonesia pada awal tercetusnya reformasi. Modal tersebut tenggelam awal kerana semua tahu fakta sebenar yang berlaku ketika itu.

Maka, terbaru mereka kutip kenyataan SU Sekretariat PH itu yang menyatakan PH sentiasa membuka pintu rundingan atau kerjasama dengan parti-parti selain PH. Sebenarnya, Saifuddin hanya menyatakan keputusan PH yang diputuskan di Retreat Port Dickson bahawa PH bersedia untuk 'khemah besar" dengan beberapa syarat yang telah digariskan. Ertikata lain, kerjasama 'khemah besar' itu bersyarat. Salahkah Saifuddin selaku Setiausaha Sekretariat PH menyatakan keputusan PH? Bukankah itu tugas beliau? Kenyataannya tiada menambah dan mengurang dari apa yang diputuskan.

Isu ini timbul kerana pemilihan parti, itu saja. Walhal kita semua tahu siapa watak-watak yang berunding dengan Mahathir sebelum PRU14 yang lalu. Bukankah mereka juga membawa tugas yang diamanahkan oleh parti? Mahathir khianat membantu langkah Sheraton dan kerajaan PH tumbang, wajarkah kita menyalahkan mereka yang berunding itu? Tidak, kerana bukan salah mereka. Mereka hanya lakukan apa yang parti arahkan. Begitu juga dengan strategi 'Kajang Move". Kita tahu sangat watak di dalam plan untuk menggugurkan TSKI sebagai MB Selangor waktu itu. Berjayakah "Kajang Move"? Gagal, selain dari TSKI berjaya dijatuhkan, tetapi yang naik adalah Azmin. Apakah menaikkan Azmin itu hasrat sebenar Keadilan? Oh tidak. Kita tidak menyalahkan pakar strategi yang gagal waktu itu kerana plan tersebut telah mendapat restu parti. Dia hanya lakukan tugas.

Begitulah apa yang Saifuddin lakukan sebagai Setiausaha. Menyatakan apa yang telah diputuskan bersama. Mungkin selepas ini keputusannya berlainan dan Saifuddin akan menyatakan juga kepada umum.

Serangan kepada Saifuddin dua tiga hari ini amat hambar sekali. Tidak perlu rasanya SUA Keadilan itu menjawabnya. Serah kepada AJK Ranting sahaja untuk menjawabnya.

Pemilihan parti bulan depan. Saifuddin Nasution telah umumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Saya merasakan inilah masa terbaik

untuk mengangkat beliau sebagai TP. Sejak kekosongan TP beberapa tahun yang lalu, Saifuddin terlalu banyak habiskan masanya untuk memikul tugas sebagai TP dalam waktu yang sama beliau adalah SU Sekretariat PH dan SUA Keadilan.

Sehubungan itu, jika jawatan itu perlu diisi melalui pemilihan parti kali ini, amat sukar untuk difahami jika Saifuddin menolak dari menawarkan diri bagi menjawat jawatan kedua terbesar di dalam parti tersebut.

Apa yang penting, kalah atau menang, parti harus kita dokong setiap masa. Kecewa atau putus asa, apatah lagi merajuk, itu tiada dalam kamus seorang pejuang.

#saif4tp

WFAUZDIN NS

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/menyatakan-keputusan-retreat-ph-di-pd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Kerja Cytro Burukkan Saifuddin Nasution

Kerja Kerja Cytro Burukkan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 272 hits
HAMZAH RIE NAMencari didalam carian engine tak jumpa satu pun tajuk ini dimana mana portal Kalau ya pun nak buat kerja edit mcm umno lawan kita beranilah letak nama portal Kenapa tak berani letak nama portal atau blogs Sebab tak ada siapa p...
Hala Tuju Keadilan Digagaskan Oleh Presiden Saifuddin Nasution

Hala Tuju Keadilan Digagaskan Oleh Presiden Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 212 hits
Kempen Pemilihan KEADILAN 2022 rencam dengan pelbagai isu dan gaya berkempen Terbaharu calon calon yang bertanding ditanya mengenai ke mana hala tuju parti yang akan mereka bawa sekiranya menang Calon Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri S...
Anggota Keadilan Segera Daftar Sebagai Pemilih Saifuddin Nasution

Anggota Keadilan Segera Daftar Sebagai Pemilih Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 200 hits
Pemilihan KEADILAN 2022 akan menjadi penentu kekuatan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Sehubungan itu Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa agar anggota KEADILAN segera mendaftar diri sebagai pemili...
Saifuddin Nasution Dedah Sikap Azmin Dan Mahathir

Saifuddin Nasution Dedah Sikap Azmin Dan Mahathir

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 249 hits
Saifuddin Nasution berhujah dengan Mahathir tentang perletakan jawatan Mahathir sehingga jatuhnya kerajaan PH Apa Mahathir jawab
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak