Menyangkal Dakwaan Nga Kor Meng Bahawa Datuk Beliau Dan Hannah Yeoh Adalah Pejuang



Pada 18 Ogos 2019, portal Malaysia Dateline  telah memetik kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai berkata dayuknya adalah bekas tentera yang mempertahankan negara ini ketika era Perang Dunia II lebih 70 tahun lalu...

"Mendiang datuk saya dan Hannah Yeoh adalah bekas perajurit yang mempertahankan negata semasa Perang Dunia II bila Jepun menjajah tanah air kita, mereka yang mempertahankan kedaulatan tanah negara adalah wira dan wirawati, sumbangan mereka WAJIB diberi penghargaan"...

Untuk makluman Nga Kor Memg dan Hannah Yeoh, berjuang mempertahankan negara dan melakukan kerja-kerja subversif adalah 2 perkara yang sangat berbeza...

Nga Kor Ming dan Hannah Yeoh perlu sedar bahawa, pada tahun 1941 hingga 1945, datuk mereka BELUM menjadi warganegara Tanah Melayu...

Pada masa itu, status datuk nenek mereka masih lagi berstatus kaum pendatang Cina ke Tanah Melayu...

Jadi Nga Kor Meng dan Hannah Yeoh TIDAK BOLEH mendakwa bahawa datuk nenek mereka adalah pejuang negara...


Sebenarnya, datuk nenek Nga Kor Meng dan Hannah Yeoh hanyalah sebahagian dari pendatang Cina ke Tanah Melayu yang diarahkan oleh kerajaan China untuk menentang tentera Jepun sebagai tindakbalas penaklukan Jepun ke atas Manchuria dan Nanking sekitar tahun 1937 hingga 1945 (BACA DI SINI)...

Ini bermakna, datuk nenek Nga Kor Meng dan Hannah Yeoh menentang tentera Jepun BUKAN untuk mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah oleh Jepun tetapi adalah kerana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan China...

Kesetiaan kaum pendatang China pada waktu itu, masih lagi kepada kerajaan Tanah Besar China dan BUKAN kepada kerajaan British apatah lagi kepada Raja Raja Melayu (BACA DI SINI)...

Adalah sangat tidak logik, secara tiba-tiba, pendatang dari China sanggup berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah oleh tentera Jepun...

Sebab itu sejarah Malaysia TIDAK ada mencatitkan golongan pendatang India yang dibawa masuk oleh British berjuang menentang tentera Jepun pada waktu itu...

Kerana mereka sedar kedudukan mereka sebagai kaum pendatang dan tidak ada sebab yang kukuh untuk mereka mempertahankan Tanah Melayu ketika itu...

Oleh yang demikian, datuk nenek Nga Kor Meng dan Hannah Yeoh, TIDAK LAYAK diiktiraf sebagai pejuang Tanah Melayu!!!

Siapa Sebenarnya Yang Berjuang Dalam Pasukan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army)


Pasukan yang menentang tentera Jepun ketika Jepun mendarat di Kota Bahru terdiri dari Askar Melayu, Askar British, Askar Australia dan Askar Gurkha...

Dan pihak British juga memberikan bantuan kepada sekumpulan pendatang Cina yang diketuai oleh Chin Peng dan penduduk tempatan yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA)...

Namun tiada seorang pun dari kaum pendatang Cina yang terlibat berperang bermati-matian untuk menghalang kemaraan tentera Jepun dari Kota Bahru hingga ke Singapura...

Apabila tentera Jepun bertindak kejam ke atas pendatang Cina di Tanah Melayu sebagai balas dendam terhadap pejuang-pejuang Cina yang menentang penaklukan Jepun ke atas Manchuria dan Nanking, pendatang-pendatang Cina telah bertempiaran lari masuk ke dalam hutan (BACA DI SINI)...


Tujuan pendatang-pendatang Cina itu menggunakan nama Malayan People's Anti Japanese Army adalah untuk mengelakkan dari terus menjadi sasaran kekejaman tentera Jepun terhadap mereka disamping bertujuan untuk mendapatkan sokongan warga tempatan yamg terdiri dari orang Melayu...

Rundingan Damai Baling


Seperti yang tercatit dalam sejarah Tanah Melayu, selepas tentera Jepun menyerah kalah kepada British, kaum pendatang Cina yang menggelar diri mereka sebagai MPAJA dan beberapa orang Melayu yang terpengaruh dengan helah mereka masih lagi meneruskan apa yang katakan sebagai 'perjuangan' di dalam hutan...


Namun kerana penjajahan Jepun sudah berakhir di Tanah Melayu, maka MPAJA telah menukarkan nama kumpulan mereka kepada Bintang Tiga dan kemudiannya selepas merdeka, sekali lagi menukarkan nama kumpulan mereka sebagai Parti Komunis Malaya (PKM)...

Selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, PKM telah menentang Kerajaan Perikatan yang memerintah Tanah Melayu melalui mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum yang pertama pada tahun 1955...

Dan penentangan mereka terhadap kerajaan berlarutan hingga ke tahun 1973 apabila kerajaan Perikatan menukar nama kepada Barisan Nasional...

Kedua-dua kerajaan yang telah diberikan mandat oleh rakyat Malaysia melalui proses pilihanraya secara terus-terusan ditentang hebat oleh PKM...

Malah pada tahun 1955, selepas pilihanraya umum yang dimenangi oleh Perikatan, Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj yang mewakili orang Melayu dan Tun Tan Cheng Lock yang mewakili orang Cina telah cuba membuat perundingan damai dengan pihak PKM...

Rundingan Damai Baling merupakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM)...

Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman pada 28 dan 29 Disember 1955...

Wakil parti Perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall, sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin...

Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata...

Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956 (BACA DI SINI)...

Antara fakta lain yang jelas kelihatan bercanggah dengan dakwaan Nga Kor Meng ialah bagaimana seorang yang tidak memiliki kerakyatan negara ini boleh dianggap sebagai pejuang negara hanya semata-mata kerana didakwa menentang tentera Jepun...


Kerajaan Malaysia memang mengakui dan mengiktiraf pertolongan tentera Gurkha dalam membantu menentang tentera Jepun tapi tidak pernah mengakui atau mengiktiraf mana-mana tentera Gurkha sebagai pejuang negara ini...

Sedangkan perjuangan tentera Gurkha yang dibawa oleh tentera British menentang tentera Jepun memang dicatit dalam sejarah pra kemerdekaan negara...

Ini adalah kerana tentera Gurkha itu selain mereka adalah tentera upahan, mereka bukanlah rakyat negara ini dan perjuangan mereka bukanlah kerana mempertahankan Tanah Melayu tetapi kerana mereka diupah...

Keadaan yang sama kepada pendatang-pendatang Cina yang menentang tentera Jepun di Tanah Melayu, penentangan mereka bukanlah untuk mempertahankan Tanah Melayu tetapi atas arahan dari kerajaan China yang mahu membalas dendam kepada tentera Jepun...


Nga Kor Meng juga mengatakan, datuk nenek mereka mati semasa menentang tentera Jepun, ini bermakna datuk nenek mereka BUKAN rakyat Tanah Melayu kerana kaum pendatang yang terdiri dari bangsa Cina dan India hanya mendapat taraf kerakyatan pada tahun 1957...

Sejarah juga mencatitkan, selepas merdeka, pengganas komunis (PKM) tidak pernah memohon untuk menjadi rakyat negara ini, malah mereka meneruskan penentangan bersenjata hingga tahun 1989...


Selepas rundingan beberapa kali, antara kerajaan Barisan Nasional dengan PKM, memandangkan keadaan mereka yang sudah terlalu lemah, akhirnya mereka bersetuju untuk meletak senjata dan memilih untuk menetap di selatan Thailand (BACA DI SINI)...

Memandangkan mereka bukanlah rakyat Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia maka mereka adalah kaum pendatang yang melakukan pemberontakan bersenjata terhadap Raja Raja dan kerajaan...


Maka status mereka adalah sama seperti pengganas Sulu yang menyerang Lahad Datu pada tahun 2013 yang lalu (BACA DI SINI)...

Kedua-dua kumpulan pengganas ini (pengganas PKM dan pengganas Sulu) TIDAK BOLEH diiktiraf sebagai pejuang yang mempertahankan negara...

Sebaliknya, mereka adalah kumpulan pengganas bersenjata yang mengancam keselamatan negara dan telah banyak melakukan keganasan terhadap rakyat negara ini...

Maka dimanakah kewajaran dakwaan Nga Kor Meng bahawa mereka wajib diberikan penghargaan sebagai pejuang negara?






Kredit :

Ariff Ahmad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/08/menyangkal-dakwaan-nga-kor-meng-bahawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tertipu Dengan Nga Kor Meng Kiyai Salleh Adalah Antara Pejuang Sebenar

Jangan Tertipu Dengan Nga Kor Meng Kiyai Salleh Adalah Antara Pejuang Sebenar

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 814 hits
Sebelum ini laman blog ini ada mengeluarkan tulisan bertajuk Menyangkal Dakwaan Nga Kor Meng Bahawa Datuk Beliau Dan Hannah Yeoh Adalah Pejuang Kali ini admin akan terbitkan pula kisah perjuangan sebenar pejuang pejuang Melayu yang benar be...
Jangan Terperangkap Dalam Cermin Salah Menyalah Kata Hannah Yeoh

Jangan Terperangkap Dalam Cermin Salah Menyalah Kata Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 339 hits
Jangan terperangkap dalam cermin salah menyalah kata Hannah Yeoh Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Aug 2
Nga Kor Ming Tak Mahu Ulas Keengganan Paul Yong Bercuti

Nga Kor Ming Tak Mahu Ulas Keengganan Paul Yong Bercuti

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 392 hits
Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming enggan mengulas mengenai keengganan ahli exco kerajaan negeri Paul Yong Choo Kiong bercuti daripada tugas rasmi seperti yang dinasihatkan oleh Menteri Besar Menurut Kor Ming beliau tidak boleh menyentuh per...
Harapan Jokowi Di Hut Ke 74 Ri Keutuhan Nkri Adalah Segalanya

Harapan Jokowi Di Hut Ke 74 Ri Keutuhan Nkri Adalah Segalanya

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 222 hits
Menurut Jokowi keutuhan NKRI merupakan segalanya sehingga tidak boleh pecah hanya karena perbedaan pilihan politik saat pemilu
Dosa Pertama Yang Dilakukan Oleh Manusia Di Muka Bumi Ini Adalah Pembunuhan

Dosa Pertama Yang Dilakukan Oleh Manusia Di Muka Bumi Ini Adalah Pembunuhan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 207 hits
Dosa pertama yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini adalah PEMBUNUHAN iaitu apabila Qabil membunuh saudaranya Habil Semenjak itu sehingga ke hari ini Pembunuhan telah menjadi perkara biasa bagi Umat Manusia Nyawa manusia adalah begitu...
Tidak Kira Siapa Pun Menghina Atm Adalah Perkara Jijik Dan Tidak Boleh Diterima Kata Mat Sabu

Tidak Kira Siapa Pun Menghina Atm Adalah Perkara Jijik Dan Tidak Boleh Diterima Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 325 hits
Sumber dari AwaniBerkaitan isu penghinaan yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu tampil memberi kenyataan dengan mengatakan Angkatan Tentera Malaysia diibaratkan sebagai perbuatan jijik dan tidak boleh d...
Mana Mana Pihak Hina Tentera Adalah Musuh Negara Mat Sabu

Mana Mana Pihak Hina Tentera Adalah Musuh Negara Mat Sabu

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 322 hits
Diterbitkan Hari ini 9 34 pagiMana mana pihak tanpa mengira kaum yang menghina peranan Angkatan Tentera Malaysia merupakan musuh kepada negara kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Mohamad turut menganggap perbuatan itu sebagai jijik dan tid...
Khat Adalah Sejarah Negara Jangan Tunduk Desakan Dong Zong

Khat Adalah Sejarah Negara Jangan Tunduk Desakan Dong Zong

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 440 hits
KUALA LUMPUR 15 Ogos Kementerian Pendidikan diminta untuk tidak mengindahkan desakan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina berkenaan pelaksaan tulisan khat di sekolah Hal ini kerana khat adalah Kaligrafi dan sejarah telah membuktikan...
Habiburokhman Duga Penumpang Gelap Prabowo Adalah Perusuh Demo 22 Mei

Habiburokhman Duga Penumpang Gelap Prabowo Adalah Perusuh Demo 22 Mei

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 127 hits
Habiburokhman Duga Penumpang Gelap Prabowo adalah Perusuh Demo 22 Mei Habiburokhman mengatakan penumpang gelap yang dihempaskan Prabowo saat ini memang berdampak secara tidak langsung ke tubuh partai Namun dia menilai sosok penumpang gelap ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord