Menunggu Nasi Arab Di Restoran Mashawi Sepanggar Dyansti Tang
Makan Nasi Arab di Restoran Mashawi Sepanggar Dyansti Tang
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Semoga sihat di hari Ahad yang ceria sekali.Syukur atas nikmat yang Dia limpahkan
Baiklah ni ada cerita semalam lepas Maghrib, anak sulung bawa kami ke satu restoran milik Pak Arab yang terkenal di area Spanggar Dynasty Tang Kota Kinabalu, agak jauh dari Turaan. Cuma yang bagusnya jalan menuju ke sini mudah sahaja kerana hanya jalan lurus dan belok ke kanan apabila melihat bangunan tinggi Dynasty Tang Jalan sepanggar. Jumpa lah Restoran Mashawi ini
Wah menu nasi arab, pertama kali Etuza makan dan isteri serta tiga orang anak lagi. Yang kakak tu dah makan nasi arab banyak kai sebab study di Mesir. Jumpa pula restoran milik Pak Arab di area Spanggar Kota Kinabalu. Merasa juga makanan ini
Ramai sekali orang datang kala malam, semuanya Etuza tak kenal, ramai dari seberang nampaknya ke sini. Meriah malam ini sebab ada satu deret meja full satu keluarga sambut hari lahir, siap mereka menyanyi dan doa untuk insan yang hari jadi tu. Kami duduk menunggu juadah yang anak dan oder. Jadilah adegan gambar dalam blog ini. Kata anak menu memang lambat sampai sebab tengok saja tetamu datang ramai katanya. Elok lah buat hal menggambar dahulu apa yang difikirkan elok untuk blog. Jemput tengok gambar sebelum bedal nasi arab ya
Buku menu yang comel..cantik..
Mama dan Mustaqim yang disayangi..hehehe..happy ja kan
Mama dan Etuza - Ni kerja anak ni..nak juga ambil gambar ibubapa dia..jadilah dua sejoli
Lagi gambar kami,,
Ha ni lah anak yang bawa ke Restoran Mashwi Pak Arab ni..belanja kitaorang makan..humm!! sedap lazat
Hooo Memang Hungry lah ni..
Percaya kan- Tengok full house, masa ni malam ni tau..
Minuman ni ja dahulu sampai, nasi arab belum ada lagi masa ini..apa lagi minum lah kanada rasa pudina lah minuman Etuza RM 3.80 sen segelas besar tu..
Maaf kan jika ada salah ejaan, terburu-buru updated blog. Begini lah kejar masa. Nak ke Hospital Queen Elezebert KK lepas ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/12/menunggu-nasi-arab-di-restoran-mashawi.html