Menulis Puisi Tradisi Dan Moden


 




Antara soalan yang sering ditanya kepada saya ialah:  Apakah perbezaan dalam menulis puisi tradisi, (seperti  pantun dan syair) dan menulis puisi moden, iaitu sajak.


JAWAPAN SECARA RINGKAS:
Persamaan antara keduanya ialah kita mesti ada sesuatu yang hendak ditulis dan kemampuan menggunakan bahasa dengan baik.Semua puisi mempunyai ciri-ciri yang ketara dan berbeza daripada prosa.  Zaaba mengatakan bahawa Puisi ialah karangan berangkap yang disusun berkerat-kerat'. 
Perbezaan  yang penting antara Puisi Tradisi dengan Puisi Moden  ialah puisi tradisi mempunyai ciri-ciri tertentu dari segi bilangan baris dalam serangkap, bilangan sukukata pada setiap baris dan skima pada bunyi atau rima . Pantun mempunyai pembayang dan maksud, 
Puisi Moden (Sajak) tidak mempunyai ciri-ciri seperti ini. Ia lebih  bebas,  tidak tertaklok pada bilangan baris, bilangan sukukata dan skima rima tertentu. 
ADAKAH INI BERMAKNA MENULIS PUISI MODEN LEBIH MUDAH DARIPADA PUISI TRADISI? 
Tidak, sekali-kali tidak.  Bahkan ada kalanya menulis Puisi Tradisi menjadi  lebih mudah. Dalam menulis Pantun seseorang perlu mengadakan pembayang dan maksud dan menentukan baris pertama berima dengan baris ketiga dan baris  kedua berima dengan baris keempat. Contoh:
Tanam pinang rapat-rapat
biar senang puyuh berlari
jika dipinang, pinang tak dapat
kupujuk-pujuk kubawa lari.


Maka jadilah dia  pantun
Manakala untuk menulis syair harus memastikan sukukata setiap baris adalah berima aaaa. Maka dapatlah serangkap syair. 
Tetapi di dalam menulis sajak, pertama ialah menentukan apa yang hendak ditulis. Maksudnya yang penting ialah PEMIKIRAN. Seorang penyair akan menulis sesuatu yang penting, berfaedah dan dapat mengajak pembaca berfikir. Pemikiran yang dibawanya adalah sesuatu yang  belum dikemukakan oleh penyair lain sebelumnya. Kita ambil contoh kisah Hang Tuah Hang Jebat. Kisah ini telah mencetuskan pelbagai ilham dan telah ditulis oleh pengarang-pengarang zaman kita. 
Saya sendiri menulis beberapa buah sajak, antaranya ialah "Korban Hang Tuah" dan "Jebat yang Tidak Jadi Menderhaka". Selama ini kita telah membaca tentang Hang Tuah yang dikatakan bukan wira sebenar kerana sanggup membunuh kawan yang membela keadilan. Namun dalam Korban Hang Tuah saya membawa persoalan, apakah Hang Tuah boleh mengingkari perintah raja kalau sudah disuruh berbuat sesuatu. Lebih dari itu, Hang Tuah takut penderhakaan Hang Jebat akan menjejas sistem beraja dan kalau terjadi begitu, bagaimana keadaan bangsa dan negara pada masa depan. 
Sajak Jebat Tidak Jadi Menderhaka membawa persoalan kalau Jebat tidak menderhaka, Hang Tuah  tidak akan dipanggil pulang ke Melaka dan dia mungkin dilupai begitu sahaja.









DI PESTA BUKU MELAKA, 2. 10.2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2022/10/menulis-puisi-tradisi-dan-moden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nyanyian Puisi Pak Kaduk

Nyanyian Puisi Pak Kaduk

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 172 hits
Nyanyian Beberapa Puisi Pak Kaduk 3 generasi bergabung meletup SN13 Zurinah Hassan bersama anak dan cucu cuma Arreessa je kena pujuk lebih dia hampir taknak tadi hahaha Apapun terima kasih kakak menyumbang suara emas beliau The post appeare...
Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 101 hits
KAFE PALMIERRA 28 PORT OOTD MENARIK DENGAN SAJIAN MASAKAN TRADISI MELAYUENAK BERBALOI DAN WAJIB SINGGAH Kali ini AlongMurni ingin kongsikan satu lokasi tempat makan yang menarik dan menu yang wajib dicuba Kafe Palmierra 28 yang terletak di ...
Jokowi Jaga Kebhinekaan Adat Dan Tradisi Sebagai Kekuatan Bangsa

Jokowi Jaga Kebhinekaan Adat Dan Tradisi Sebagai Kekuatan Bangsa

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 117 hits
Kepala Negara juga mengapresiasi Kesultanan Ternate dalam upayanya menjaga dan merawat adat tradisi serta kearifan lokal yang ada di wilayah Ternate
Moden La Sangat Sakaw Kiri Kanan Keh Keh

Moden La Sangat Sakaw Kiri Kanan Keh Keh

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 89 hits
APA KOMEN ANDA Mahkamah latest Arab bagi kat Najib sampai USD1 17 billion kerana hargai Najib sebagai pemimpin Islam modern via Berita Harian 1 2KZakaria General Sniper UTK and 1 2K others295 comments33 shares
Dah Lama Sangat Tak Menulis

Dah Lama Sangat Tak Menulis

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum semua Ya Allah dah dekat 7 bulan aku tak update blog Dekat facebook dan instagram ada jugak aku update Aku ni sibuk hangpa taw haha Macam macam kerja aku nak buat weh Penat Mana dengan kerja hakiki lagi kerja rumah lagi part...
10 Tips Menulis Artikel Blog Yang Bermutu

10 Tips Menulis Artikel Blog Yang Bermutu

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 105 hits
Bukan mudah untuk menulis artikel blog yang bermutu dan memenuhi keperluan carian seorang pembaca Mudah untuk pembaca atau pengunjung mencari maklumat di carian google tetapi untuk memastikan pembaca setia bersama blog anda adalah perkara y...
Tidak Tahu Bagaimana Ingin Mulakan Menulis Artikel Pertama Di Blog

Tidak Tahu Bagaimana Ingin Mulakan Menulis Artikel Pertama Di Blog

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 99 hits
sambil makan juga anda akan terfikir apa yang ingin di tulis seterusnya Ketika pertama kali menulis artikel di blog Ini antara perasaan blogger yang baru pertama kali ingin menulis 1 malunya 2 siapa nak baca 3 segannya 4 syok sendirikah aku...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


The Helical Pearl House By A3 Projects In Ipoh Malaysia

Cops Tracking Down Duo Involved In Pasir Mas Shooting

Issue Warning Not Rm250 000 Fine For First Time No Palm Oil Label Offences Urges Mydin Boss

There Are Many Types Of Indians

Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit