Menu Seafood Petai Ala Thai Sagu Kurma Jelly Imbau Nostalgia Eira Syazira Azad Jazmin


Hari ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan episod keempat menyaksikan aksi pasangan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Eira Syazira & Azad Jazmin yang telah berkongsi sajian-sajian nostalgia mereka berdua. Tak kering gusi melihat aksi keduanya di dapur. Ada sahaja usikan yang dari Pak Azad buat isterinya. Si isteri pula? Sangat sabar melayan. ‘Such a perfect couple’!

Eira Syazira dan Pak Azad telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Seafood Petai Ala Thai dan juga Sagu Kurma Jelly. Menurut mereka, hidangan itu adalah masakan pertama yang dimasak ketika mereka ‘dating’ dulu. Wow…Patutlah istimewa. Menu yang mengimbau kisah perkenalan mereka rupanya.

Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, kedua-dua resipi ini sangat sesuai dijadikan menu dikala berbuka puasa dan juga sahur. Sajian Seafood Petai Ala Thai yang ditambah dengan daun limau purut memberikan rasa yang lebih enak dan membangkitkan selera ketika berbuka.
Sagu Kurma Jelly pula, menurut Eira ia adalah resipi yang dicipta oleh beliau sendiri dan merupakan menu wajib ada setiap tahun di bulan puasa. Sangat sedap dimakan sejuk terutamanya jika dinikmati selepas solat tarawih ataupun sahur.

Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian berbuka anda.
SEAFOOD PETAI ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
300gm udang – dibersihkan300gm sotong – dibersihkan1/2 biji bawang merah – hirisSos tiram secukupnyaSos ikan secukupnya1-2 papan petai3-4 helai daun limau purutMinyak masak secukupnyaBAHAN TUMBUK:
3-4 ulas bawang putih5-6 biji cili1 inci belacanGula secukup rasaJus limau nipis secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Dalam kuali berasingan, goreng udang hingga separuh masak. Angkat dan toskan. Campuran minyak dan air gorengan udang ini jangan dibuang.
4. Tambahkan gula, sos tiram dan sos ikan dengan secukupnya ke dalam kuali tumisan tadi. Kacau lagi hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan sotong. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan juga daun limau purut, sedikit air gorengan udang, udang yang telah digoreng tadi dan juga petai.
7. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Angkat dan hidangkan.
SAGU KURMA JELLY

BAHAN-BAHAN:
250gm sagu putih 1 tin Susu cair F&N1 ketul gula melaka 1 helai daun pandan Garam secukup rasaGula merah secukupnyaJeli kurma secukupnyaAir secukupnyaKurma secukupnya – jika sukaCARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus sagu hingga masak. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan,
2. Panaskan susu cair hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat air gula melaka, panaskan air dan masukkan gula melaka.
4. Tambahkan daun pandan diikuti gula merah. Masak hingga semua bahan larut.
5. Untuk menikmatinya, masukkan sagu, susu dan air gula melaka secukupnya ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan hirisan jeli kurma dan juga hirisan buah kurma jika suka.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang
Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih.  Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.

Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini.    Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.
Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini  juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://ift.tt/3fYBJcb)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/04/menu-seafood-petai-ala-thai-sagu-kurma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Idea Menu Berbuka Puasa Iftar Ramadan Ala Kampung

30 Idea Menu Berbuka Puasa Iftar Ramadan Ala Kampung

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 1319 hits
Assalamualaikum Tiap kali masuk bulan Ramasan mesti anda pening kepala nak fikir menu apa nak dihidangkan untuk keluarga masa berbuka puasa nanti kan Ayue sendiri pun pening ye memikirkan menu untuk 30 hari berbuka ni Ada yang suka menu men...
Menu Sahur Ala Selvi Dan Gibran Agar Tetap Bugar Selama Puasa

Menu Sahur Ala Selvi Dan Gibran Agar Tetap Bugar Selama Puasa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 271 hits
Selain itu Selvi mengaku ia dan ayah Jan Ethes juga mengonsumsi jamu seperti kebiasaan ayah mertuanya Salah satu jamu untuk menjaga kebugaran adalah temulawak
Mee Celup Ala Thai Perfect Aromanya Membuka Selera Makan Tak Cukup Semangkuk

Mee Celup Ala Thai Perfect Aromanya Membuka Selera Makan Tak Cukup Semangkuk

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 363 hits
Menu mee celup antara yang menjadi kegemaran ramai di semua peringkat usia Sesekali jika bosan sangat makan nasi ini antara juadah yang senang dan boleh dihidangkan pada ahli keluarga Dalam satu mangkuk itu tersedia hidangan lengkap kerana ...
Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai Kuih Bakar Kegemaran Suami

Lana Nordin Kongsi Resipi Daging Masak Merah Ala Thai Kuih Bakar Kegemaran Suami

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 459 hits
Bila dah masuk minggu kedua berpuasa pasti ramai yang sudah berkira kira dan mula menyediakan persiapan untuk hari raya Macam Lana Nordin ni Panjang senarai kelengkapan raya yang disediakan untuk suaminya Daud Mckienzie Itu nak beli ini per...
Jom Masak Sup Tulang Ala Thai Pasti Sedap

Jom Masak Sup Tulang Ala Thai Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 749 hits
Terdapat pelbagai jenis menu sup tulang Ada yang berempah masam masam pedas dan ada yang tidak terlalu beraroma Jika anda ingin mencuba masak sup tulang ala Thai berikut resipinya dan cara memasak Bahan Bahan 1kilo tulang lembu 2 biji bawan...
Ayam Masak Lemak Cili Padi Aiskrim Goreng Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

Ayam Masak Lemak Cili Padi Aiskrim Goreng Menu Mengimbau Nostalgia Ramadan Ain Edruce

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 408 hits
Minggu kedua Rasa Nostalgia Ramadan diserikan dengan kehadiran Ain Edruce bersama suaminya Amirul Memang lucu episod kali ini kerana ada sahaja idea Ain untuk mengusik suaminya sekaligus menceriakan suasana sebelum berbuka puasa Berbicara t...
Menu Original Ala Thailand Ini Resepi Sup Ikan Merah Masam Pedas Tom Som Pla

Menu Original Ala Thailand Ini Resepi Sup Ikan Merah Masam Pedas Tom Som Pla

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 332 hits
Kalau korang rasa nak makan makan sup ikan yang berkuah rasa masam dan pedas selain daripada tomyam korang boleh cuba buat Tom Som Pla ikan merah Rasa yang sangat menyegarkan FAKTA MASAKAN 40 min PENYEDIAAN 4 orang HIDANGAN TOM SOM PLA Kala...
4 Pemanis Mulut Berasaskan Sagu

4 Pemanis Mulut Berasaskan Sagu

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 168 hits
Sagu antara bahan mentah yang menjadi carian ramai para suri rumah untuk dipelbagaikan menu kuih bubur mahupun puding Tambah santan susu dan gula melaka memang terbaiklah rasanya Untuk itu kali ini RASA sediakan empat menu pembuka selera be...
Lala Daun Kari Sagu Gula Melaka Jadi Kegemaran Mas Idayu Dan Anaknya Ketika Berbuka Puasa

Lala Daun Kari Sagu Gula Melaka Jadi Kegemaran Mas Idayu Dan Anaknya Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 364 hits
Rasa Nostalgia Ramadan menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh anda ikuti sekiranya ketandusan idea untuk memasak Dalam episod 8 kali ini Mas Idayu serta anaknya Dayini Syafiqah bersama sama ke dapur menyiapkan juadah untuk berbuka puas...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat