Menu Sahur Simple Untuk Student Tahun 2024
Menu Sahur Simple Untuk Student Tahun 2024
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh berkat dan paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia kerana kemuliaan yang terdapat di dalam bulan Ramadan tidak sama dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu, pasti ramai ‘student’ universiti yang bingung untuk memikirkan menu sahur simple dan berbuka puasa selama menjalani ibadah puasa pada 30 hari ramadan di asrama. Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa idea menu berbuka puasa yang mudah untuk dicuba.
Menu Sahur Simple Yang Wajib Student Cuba !
Bagi individu yang bergelar ‘student’ waktu bersahur adalah waktu yang sangat mencabar dari segi penyediaan menu untuk dimakan. Ini kerana, suasana ketika di rumah amatlah berbeza berbanding ketika di asrama dan dalam waktu yang sama menu makanan yang mereka perlu hadap juga sangat berbeza.
Oleh itu, menu yang amat sesuai buat mereka bersahur adalah menu yang boleh dibuat seringkas mungkin. Jadi, admin di sini ingin berkongsi menu sahur yang simple untuk adik-adik supaya sekurang-kurangnya boleh memberi daya tahan sepanjang berpuasa.
Menu 1 : Roti Sandwich Telur Rebus
Menu Roti Sandwich Telur Rebus ini amatlah mudah dan cepat untuk disediakan. Sediakan stok roti buku siap-siap dibilik bersama bahan-bahan lain yang diperlukan seperti telur untuk membekalkan sumber nutrisi yang mencukupi supaya dapat bertahan sepanjang hari di kelas. Hidangan ini tidak terlalu sarat akan tetapi seimbang supaya adik-adik kekal sihat dan bertenaga.
Disertakan resepi mudah roti sandwich telur rebus yang anda boleh lakukan di asrama dan lebih seronok jika dinikmati bersama rakan-rakan sebilik.
Bahan-bahan utama :
Sebuku Roti Kosong jenama Gardenia
2-5 Biji telur direbus – kupas kulit dan dilenyek-lenyek
2-5 sudu makan mayonis – ikut berapa banyak yang diinginkan
1 biji tomato – Dipotong dadu
1 biji timun jepun – Dipotong dadu
1 sdm Gula
Garam – sebubit
Cara-cara penyediaan :
Sediakan mangkuk lalu lenyekkan telur rebus di dalam mangkuk tersebut.
Masukkan mayonis (mengikut citarasa) ke dalam mangkuk yang berisi telur yang telah dilenyekkan tadi lalu gaul sehingga sebati.
Kemudian, letakkan secubit garam dan gula secukupnya serta gaulkan bersama-sama tomato dan timun yang telah dipotong sehingga sebati lalu biarkan seketika.
Sediakan roti lalu taburkan inti yang sudah siap tadi diatasnya lalu tutup dan siap untuk dimakan!
Menu 2 : Scramble Egg
Resepi seterusnya iaitu Sramble Egg Dengan Sayur ini merupakan resepi bagi yang bangun agak lewat.
Bahan-bahan utama :
2-3 biji telor
sayur hijau seperti bayam, sawi jepun atau daun salad dicincang (jika ada)
tomato (jika ada)
bawang holand – dipotong dadu (jika)
secubit garam dan serbuk lada hitam/putih (ikut citarasa)
minyak masak – 1sdm
Cara-cara penyediaan :
Letakkan minyak di atas pan penggoreng yang panas.
Tumiskan bawang holland sehingga naik bau (jika ada)
Pecahkan telur dan goreng sehingga separuh masak
Masukkan tomato yang sudah dipotong dadu (jika ada)
Masukkan sayur-sayuran yang sudah dicincang (jika ada)
Letakkan secubit garam dan serbuk lada hitam/putih
Gaulkan sehingga sebati dan siap untuk dihidang!
Menu ini boleh dimakan terus begitu sahaja seperti kebanyakan orang eropah jika sudah kesuntukan masa. Jika ada lebihan masa maka, bolehlah dimakan bersama-sama roti buku untuk berikan complex-carbo supaya bekalkan tenaga yang lebih lama.
Menu Sahur Simple Yang Mengenyangkan Untuk Student
Disebabkan kita wajib berpuasa dalam tempoh masa yang panjang sehari, maka makanan yang diambil perlulah mengenyangkan terutama student yang perlu menghadiri kelas seharian. Jika menginginkan tenaga sepanjang berpuasa kita perlu menyediakan makanan yang mempunyai karbohidrat, protein sayuran serta buah-buahan yang mencukupi. Oleh itu, mari kita lihat apakah menu yang sesuai bagi student untuk mengenyangkan perut ketika berpuasa.
Nasi Goreng Bujang
Nasi goreng bujang kadang nampak leceh untuk dimasak akan tetapi jika kita menggunakan bahan yang ringkas ternyata ianya lebih mudah dan senang!
Walaupun kelihatan ringkas, ianya menu yang mengenyangkan apabila berpuasa sepanjang hari. Sebenarnya adik-adik boleh sediakan menu ini dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Selamat mencuba!
Bahan-bahan utama :
Nasi putih (ikut anggaran sendiri)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang merah (dicincang)
1-5 biji cili padi (ikut citarasa)
sayur-sayuran campur (ikut anggaran sendiri)
Bebola ikan/daging/ayam (jika ada)
1-2 biji telur
Minyak masak
Garam
Cara-cara penyediaan :
Letakkan minyak di dalam pan penggoreng yang panas. Tumis bawang putih dan merah serta cili padi sehingga naik bau, lalu masukkan bebola ikan/daging/ayam dan sayur campur.
Masukkan secubit garam (ikut citarasa) dan kacau sehingga semua bahan masak.
Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Pastikan secukup rasa. Setelah sudah masak, asingkan di dalam pinggan.
Dadarkan telur mata lalu letakkan di atas nasi yang telah masak.
Siap untuk dihidang!
Solusi Bagi Student Yang Tidak Sempat Bersahur !
Terdapat sebahagian penuntut di Universiti kurang gemar untuk bangun bersahur dek kerana dibuai mimpi yang indah. Hal ini disebabkan kerana, mereka menelaah pelajaran sehingga pukul 2 pagi !. Oleh itu, rutin waktu tidur yang tidak teratur ini menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk bersahur awal sebelum tidur dengan cukup sekadar minum air dan makan kurma sebagai alas perut.
Secara kesimpulannya, dengan menu-menu bersahur yang simple dan mudah admin kongsikan diatas tersebut dapatlah memberi idea kepada adik-adik dalam menyediakan menu bersahur untuk membekalkan tenaga sepanjang berpuasa di Bulan Ramadan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/01/menu-sahur-simple.html