Menu Mudah Masak Ayam Rendang Sambal
Siapa peminat masakan rendang dan sambal, pasti suka dengan resipi ini. Menggabungkan dua sekaligus, menu ayam rendang sambal ini mudah sangat untuk dimasak.
Resipi yang dikongsi oleh saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, memang menggunakan bahan yang mudah didapati dan sekejap saja dimasak.
Resipi ini sesuai untuk 2-3 orang makan.
CARA BUAT AYAM RENDANG SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia
2-3 sudu besar cili kisar/boh
1 cubit belacan
1 sudu besar asam jawa
1-2 helai daun (apa-apa ada)
Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
1. Ayam potong kecil. Tak payah goreng dulu. Ni cara saya masak zaman belajar universiti dulu. Cara masak lebih kurang antara masak sambal dan masak rendang.
2. Kisar bahan-bahan sampai halus. Masuk semua sekali, kecuali asam jawa. Dah kisar halus, tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Resipi tak guna santan dan kerisik.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa. Agak-agak sahajalah jumlah dia. Guna asam keping pun boleh! Lepas tu masukkan air 2-3 cawan. Letak garam dan gula siap-siap masa ni.
3. Masukkan ayam. Gaul sampai rata. Oleh kerana ayam ni kita akan reneh sampai kering macam kita masak rendang, maka tak perlu goreng dulu. Leceh kalau nak goreng dan kena guna banyak minyak.
4. Kecilkan api dan tutup. Boleh biarkan selama 5-10 minit. Buka, dan gaul. Tutup dan biar lagi 5-10 minit. Sampailah kuah dia kering ala-ala rendang. Sambil tu boleh masak sayur.
5. Dah siap! Ringkas dan senang sahaja, kan? Tak ada bahan yang susah, tak ada cara leceh. Ikut apa yang ada. Cuma kena sabar tunggu kering sahaja.
6. Oh ya, jangan lupa masukkan daun pandan. Tambah air dan biarkan kering semula. Nak letak serai, daun limau, daun kunyit pun boleh. Ikut apa yang ada.
7. Dah boleh hidang. Rasa dia macam sambal, tapi ada aroma macam rendang sedikit sebab kita masak tu sampai kuah dia kering dan garing. Makan dengan nasi, nasi impit, atau roti.
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
The post Menu Mudah Masak Ayam Rendang Sambal appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/09/menu-mudah-masak-ayam-rendang-sambal.html