Menu Masakan Kampung Juadah Untuk Keluarga


 hai assalammualaikum
Menu Masakan Kampung Juadah Untuk Keluarga - Hari minggu haritu, keluarga dari Meru datang KL, rumah nad la.. Hehehe. Bila keluarga semua datang mestila masak sedap-sedap. Diaorang bagitau nak datang pun seminggu sebelum tu. Jadi bolehla prepare makanan apa nak masak. 
Seminggu sebelum datang tu, diaorang dah request nak masakan kampung. Permintaan ditunaikan, mula la kita fikir menu kampung apa nak dibuat. Bila dah buat list baru boleh beli barang apa yang patut

Hari Jumaat beli barang masakan semua, malam siap-siap buat pesnya dan potong apa yang patut. Hari Sabtu tinggal campak sahaja



Menu Masakan Kampung Juadah Untuk Keluarga
Hari Sabtu pagi dah mula memasak semua. Kerja jadi mudah sebab nad dah siap kan pes nak memasak, jadi tinggal masukkan je semua. Menu masakan kampung untuk tetamu VIP dari meru yang nad buat ialah-Ayam masak kari- Udang sambal petai- Sup Tulang- Sayur paku pakis masak lemak- ikan goreng- ulaman dan buah buah-buahan- Sambal belacan dan sambal tempoyak- Air sirap
Seronok sangat bila tetamu datang rumah ni. Tu yang masak macam-macam tu. Risau juga tak sedap ke apa kan.. Alhamdulillah, licin ye semua.. Takda tinggal apa pun. Diaorang pun cakap sedap.. Hehehee. Yela, kita tak biasa masak banyak-banyak ni. Ni la pertama kali buat

Selalu, nak ringkas masak mihun la, spageti la, tapi ni kita buat kelainan pulak. 
Nad baik hati nak sgare resepi menu yang nad buat ni. Menu ni semua boleh dimasak untuk makanan harian juga. 


Resepi Ayam Masak Kari- Ayam seekor- 1 biji bawang merah besar- 5 ulas bawang putih- 1 inci halia- Serbuk kari daging dan kari ayam- Daun kari- Bunga cengkih- Santan sekotak- 1 batang Kulit kayu manis- Kentang
Cara membuatnya- Blend bawang merah, bawang putih dan halia- Tumiskan bahan yang diblend bersama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau
- Masukkan daun kari dan gaul lagi sehingga berbau harum. - Serbuk kari daging dan kari ayam disatukan dalma mangkuk dan dimasukkan sedikit air
- Kemudian masukkan serbuk berisi air ke dalam bahan tumisan dan gaul lagi sehingga masak dan pecah minyak. - Masukkan ayam serta kentang dan gaul sebati. - Masukkan santan dan air. Air tu letak dalam separuh atau tenggelam ayam tu, tapi jangn penuh kuali tu. Gaul sebati. - Masukkan garam dan gula- Biarkan seketika sehingga mendidih. - Dah mendidih, air semakin berkurangan, ayam dah masak, kentang dah empuk dah boleh hidangkan. 

Resepi Udang Sambal Petai - Udang ikut berapa ramai makan. - Petai sepapan setengah- Cili kering tak pedas direbus dahulu- 1 biji Bawang merah besar - 5 ulas bawang putih- sedikit ikan bilis- Asam keping 1
Cara membuatnya- Kisar cili kering yang dah direbus bersama bawang merah, bawang putih dan ikan bilis untuk dibuat sambal- Tumis bahan sambal dan masak sehingga pecah minyak. - Masukkan asam keping dan gaul. - Kemudian bubuh garan dan gula- Masukkan udang dan gaul lagi sehingga masak. - Akhir sekali masukkan petai. - Siap untuk dihidangkan. 

Resepi Sup Tulang - Tulang daging sekilo- Serai- 1 biji besar bawang merah, - 5 ulas bawang putih - 1 inci halia- Sedikit lada hitam- Bunga cengkih, kulit kayu manis- Sup bunjut tulang- Daun sup- Lobak
Cara membuatnya- Blend bawang merah, bawang putih dan halia kemudian ketepikan. - Rebus tulang daging sehingga empuk. Nak lagi senang guna pressure cooker, tapi takda, masak dalam periuk jela. - Masukkan Serai ke dalam tulang daging dan biarkan sehingga daging masak. - Bila tulang daging dah masak, masukkan bahan kisar/blend ( bawang merah, bawang putih, halia) ke dalam rebusan tulang daging. Gaul sebati dan biarkan seketika. - Masukkan sup bunjut dan bunga cengkih serta kukit kayu manis. - Masukkan garam, gula dan lada hitam gaul lagi dna biarkan. - Masukkan lobak ke dalma rebusan tulang dan biarkan sehingga lobak lembut. - Akhir sekali masukkan daun sup. - Boleh dihidangkan. 

Resepi Sayur lemak Paku Pakis- Sayur paku pakis- Bawang merah kecil 2 biji- cili padi 10 biji (ikut tahap kepedasan) - Kunyit hidup- Santan sekotak- Serai. 
Cara membuatnya- Blend bawang merah, cili padi dan kunyit hidup- Masukkan santan ke dalam kuali dan masukkan bahan yang diblend. Kacau sehingga maska dan mendidih. - Masukkan sayur pucuk paku yang sudah dibasuh ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati. - Masukkan 1 batang serai ke dalam bahan masakan. - Masukkan garam dan gula dan kacau lagi. - Bila dah masak, rasa sedap semua, boleh la dihidangkan. 
Resepi Sambal Belacan- 3 biji bawang besar saiz kecil- Cili besar 2 biji- 10 biji cili padi- 1 biji tomato- setengah belacan- Garam dan gula
Cara membuatnya- Masak dahulu ke semua bahan. Masak sekejap sahaja kemudian angkat. - Blend bahan masakan dan masukkan garam dan gula. Blend kasar-kasar, baru sedap. Kalau halus sangat tak best. Selalu ornag tumbuk dengan lesung, tapi ni sebab nak buat banyak, kita blend jela. Senang.. Hehee. 
Resepi Sambal Tempoyak- Tempoyak 3 sudu- Cili padi 10 biji- Cili besar merah 4 biji- Garam dan gula
Cara membuatnya- Blend cili padi dan cili besar bersama sedikit garam sehingga hancur. Kemudian masukkan tempoyak & sedikit gula,blend sedikit lagi. - Masukkan di dalam bekas dan gaul semua hingga sebati

Hah, bolehla korang masak nanti. Ni nad buat sendiri ye.. Hehehe. Rasa puas bila dapat masak, lepastu licin semua. Alhamdulillah. Penting, malam tu kene buat pes semua. Esoknya tinggal campak sahaja. Mudah kan. Selamat mencuba!!. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/05/menu-masakan-kampung-juadah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Cili Kering Bujang Style Menu Sarapan Padu Seisi Keluarga

Nasi Goreng Cili Kering Bujang Style Menu Sarapan Padu Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 311 hits
Nasi goreng antara menu kegemaran rakyat Malaysia untuk sarapan Memang banyak jenis nasi goreng yang mudah untuk disediakan salah satunya adalah Nasi goreng cili padi bujang style seperti yang dikongsikan oleh ini Kena selera makan memang b...
Popia Cendawan Enoki Juadah Minum Petang Seisi Keluarga Anak Pasti Suka

Popia Cendawan Enoki Juadah Minum Petang Seisi Keluarga Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 178 hits
Pasti seronok jika dapat berkumpul dengan seisi keluarga pada hujung minggu setelah sibuk bekerja pada hari minggu Apabila berkumpul mesti kena ada menu untuk makan sambal berborak santai Menu apa yang sesuai ya Popia cendawan enoki sedap d...
Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga

Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 368 hits
Mesti sedap kalau dapat makan pencuci mulut kan Maklumlah cuaca di Malaysia sekarang tak menentu Cuaca panas kerap pulatu Kalau dapat makan apa apa yang sejuk mesti rasa nikmat Macam puding jagung ni Nampak menyelerakan Puding jagung ni sed...
Ayam Grill Ala Ala Restoran Mahal Boleh Buat Di Rumah Yang Penting Keluarga Suka

Ayam Grill Ala Ala Restoran Mahal Boleh Buat Di Rumah Yang Penting Keluarga Suka

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 187 hits
Teringin nak makan ayam grill ala ala restoran mahal tapi takde masa nak keluar Jangan risau Dekat rumah pun boleh buat tau Senang je nak buat Boleh makan seisi keluarga Pasti semua suka suka Kos pon lebih jimat tau Makan dekat rumah lagi p...
Potret Raffi Ahmad Dan Keluarga Nonton Sepakbola Di Jepang Rayyanza Bikin Salfok

Potret Raffi Ahmad Dan Keluarga Nonton Sepakbola Di Jepang Rayyanza Bikin Salfok

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 157 hits
Raffi Ahmad dan keluarganya kini tengah berada di Jepang Mereka menyaksikan pertandingan sepakbola Tokushima Vortis Sederet foto fotonya dibagikan di laman instagram si bungsu Rayyanza sukses bikin salfok Intip fotonya yuk
Panduan Percutian Keluarga Destinasi Untuk Kanak Kanak Di Malaysia

Panduan Percutian Keluarga Destinasi Untuk Kanak Kanak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 308 hits
Panduan Percutian Keluarga Destinasi Untuk Kanak Kanak di Malaysia Meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga adalah satu satunya cara untuk mengisi kebahagiaan dalam kehidupan Terdapat banyak cara untuk melakukan aktiviti bersama kel...
Mee Rebus Versi Baby Boleh Bagi Seawal 9 Bulan Boleh Dijamu Seisi Keluarga Juga

Mee Rebus Versi Baby Boleh Bagi Seawal 9 Bulan Boleh Dijamu Seisi Keluarga Juga

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 187 hits
Siapa kata mi rebus hanya ada untuk orang dewasa sahaja Mi rebus untuk baby pun ada tau Bahan yang digunakan lebih sihat dan sesuai dengan tubuh badan baby untuk meresap nutrien yang ada Bahan yang digunakan tidak sebanyak dan sesulit seper...
Kudapan Sihat Baby Carrot Rangup Snekking Sihat Untuk Keluarga

Kudapan Sihat Baby Carrot Rangup Snekking Sihat Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 213 hits
Selalunya makanan snekking mesti tinggi kalori jarang yang ada snekking yang sihat seperti kerepek keropok lekor pisang goreng kuih kuih tradisional yang manis dan pelbagai lagi Tapi kali ni resepi yang dikongsikan resepi untuk snekking yan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall