Menteri Pn Jangan Terus Membuli Vevenoah Mahasiswa Ph






Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya peka dengan penderitaan rakyat bukannya terus membuli pihak yang mengkritik kelemahan mereka.

Bagi Mahasiswa Pakatan Harapan (PH) tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abdul Rahim Bakri yang konsisten menekan dan menuduh mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Vevenoah Mosibin menipu dengan membuat rakaman video menjawab peperiksaan di atas pokok dan disiarkan di akaun You Tubenya amat dikesalkan.

Menurut kenyataan Mahasiswa PH, tuduhan yang dilemparkan ke atas Vevenoah itu amat bertentangan dengan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebelumnya yang mengumumkan bahawa kerajaan merancang untuk membina menara telekomunikasi berhampiran kampung pelajar malang itu bagi membolehkan sambungan 4G, sedikit masa dahulu.

"Amat dikesalkan respon daripada SKMM bercanggah dengan kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Timbalan Menteri yang kekal menuduh Saudari Vevenoah menipu dan sekadar mahu mendapatkan perhatian.

"Tuduhan yang berat ini sehingga memberi kesan kepada saudari Vevenoah menggambarkan kerajaan PN langsung tidak mengendahkan isu realiti mahasiswa malah cuba menutup kelemahan mereka dengan menuduh dan membuli mahasiswa.

"Mahasiswa PH menuntut kedua dua Timbalan Menteri PN itu memohon maaf kepada pihak keluarga Vevenoah Mosibin dan fokus untuk mencari penyelesaian kepada isu akses internet yang kian meruncing, lebih lebih lagi ketika semua universiti mengamalkan pembelajaran atas talian," kata kenyataan itu.

Mahasiswa PH juga kesal dengan sikap berdiam diri Kementerian Pengajian Tinggi dalam hal itu. Kementerian tersebut menurut mereka wajar menjalankan siasatan tersendiri dan mempertahankan Vevenoah sekiranya betul gadis tersebut mengambil peperiksaan di atas pokok sebagaimana yang didakwa.

"Ini satu diskriminasi dan penghinaan kepada mahasiswa. Mahasiswa PH ingin memohon kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk campurtangan dalam hal ini kerana Vevenoah merupakan mahasiswa yang menjadi tanggungjawab Dr Noraini Ahmad.

"Kesombongan dan ketidakpedulian Kerajaan PN adalah signal yang jelas untuk menolak mereka di dalam PRN Sabah dan PRU 15 yang akan datang," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Irfan Mahzan; Pengerusi Mahasiswa AMANAH Nasional, Amin Mubarak dan Protem Presiden Mahasiswa Roket Calvin Yeoh.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan beberapa bulan lalu, nama Vevenoah Mosibin tular kerana terpaksa memanjat pokok untuk mencari capaian internet bagi membolehkan beliau bagi menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah.

Kes beliau kembali tular apabila Zahidi menuduhnya sengaja merakam video untuk populariti sedangkan beliau tidak mengambil apa-apa peperiksaan ketika rakaman berkenaan dibuat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/menteri-pn-jangan-terus-membuli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menpora Terus Gaungkan Kampanye Jangan Kendor Pakai Masker

Menpora Terus Gaungkan Kampanye Jangan Kendor Pakai Masker

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 425 hits
Menpora Zainudin Amali turut menghadiri acara Kampanye Nasional Gerakan Pakai Masker bersama Menko Perekonomian Airlangga Hartarto Ketua Satgas Penanganan Covid 19 yang juga selaku Kepala BNPB Doni Monardo dan Sekjen Kemenkes Oscar Primadi ...
Dedah Runding Terus Penipuan Besar Menteri Kewangan Tunggu Pendedahan Esok

Dedah Runding Terus Penipuan Besar Menteri Kewangan Tunggu Pendedahan Esok

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa pendedahan rundingan terus oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini sebenarnya satu penipuan besar Sebaliknya Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas mente...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 714 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Jangan Busuk Hati Jalan Terus

Jangan Busuk Hati Jalan Terus

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 351 hits
Anwar bukan mcm lebai kemaruk jawatan dan busuk hati Meskipun ada yang cadangkan shafie jadi PM Anwar tetap membantu Warisan di Sabah kerana soal jawatan bukan dlm kepala Anwar Lebih penting BN atau Pengkhianat Negara atau Musyrikin Negara ...
Jangan Biarkan Jiwa Pemikiran Terus Terjajah Fahaman Asing

Jangan Biarkan Jiwa Pemikiran Terus Terjajah Fahaman Asing

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 278 hits
Datuk Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz Masyarakat negara hendaklah bebas dari dikuasai kapitalis 1 MENYAMBUT ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 63 pada 31 Ogos kita semua mesti kembali kepada memahami maksud kemerdekaan dalam erti kata y...
Pub Amp Bar Belum Beroperasi Tapi Mungkin Kalau Tak Buka Terus Lagi Bagus Perdana Menteri

Pub Amp Bar Belum Beroperasi Tapi Mungkin Kalau Tak Buka Terus Lagi Bagus Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 394 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pub dan kelab malam adalah antara beberapa perniagaan yang masih belum dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di dalam sebuah acara pada semalam Men
Jangan Keluar Kenyataan Cetus Perpecahan Kata Shafie Apdal

Jangan Keluar Kenyataan Cetus Perpecahan Kata Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 387 hits
Jangan keluar kenyataan cetus perpecahan kata Shafie Apdal Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Aug 2020 4 41
Ustazah Asma Ingatkan Jangan Terlalu Marah Pukul Anak Lama Lama Keras Hatinya

Ustazah Asma Ingatkan Jangan Terlalu Marah Pukul Anak Lama Lama Keras Hatinya

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 464 hits
Percaya tak anak makin keras hatinya apabila kerap di marah Jangan pelik bila suatu hari nanti bila ibu bapa nak peluk mereka akan menjauhkan diri Kesan ini juga yang akan menyebabkan anak mula memberontak dalam diam dan menyebabkan hubunga...
Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt

Livetvonline Solusi Modern Untuk Menikmati Pertandingan Sepak Bola Kapan Saja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Is Dr M S Bangsa Malaysia Only Available In Sabah And Sarawak

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Banyak Di X Apa Arti Akun Parodi