Jangan Biarkan Jiwa Pemikiran Terus Terjajah Fahaman Asing


Datuk Dr Ir. Ts. Badhrulhisham Abd Aziz  Masyarakat, negara hendaklah bebas dari dikuasai kapitalis 1. MENYAMBUT ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-63 pada 31 Ogos (hari ini), kita semua mesti kembali kepada memahami maksud kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Bebas dari penjajahan fizikal, tetapi masih terbelenggu dengan bentuk penjajahan lain, bukanlah merdeka namanya.
2. Zaman sebelum kemerdekaan, penjajahan lebih berupa kepada perompakan kekayaan sesuatu bangsa sedang perhambaan pula lebih berupa kepada penguasaan terhadap diri sesuatu golongan yang mengakibatkan pemerasan tenaga fizikal demi kepentingan tuannya.
Namun, selepas kemerdekaan, penjajahan dan perhambaan bentuk baharu menguasai kehidupan apabila yang diperas adalah pemikiran dan jiwanya. Maka lahirlah golongan rakyat yang hidup di sebuah negara yang merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan minda yang tertawan. Natijahnya, lahirlah umat Islam yang tidak merasa ‘izzah’ (mulia) dengan Islam.
3. Dalam situasi negara pada hari ini, rakyat Malaysia perlu membebaskan diri, masyarakat dan negara dari sebarang bentuk penjajahan samada penjajahan politik, ekonomi, budaya, emosi dan sebagainya. Sebagai individu, kita mesti membebaskan hidup dan pemikiran kita dari dijadikan ‘hamba’ oleh anasir-anasir yang cuba mengambil kesempatan atas kedhaifan kita akan erti kemerdekaan yang sebenar.
Negara ini tidak akan kekal merdeka jika kita membiarkan jiwa dan pemikiran terus terjajah dengan pemikiran asing samada pemikiran Barat mahupun Timur. Kita dapat saksikan sendiri, apa sahaja yang berlaku dalam isu politik, ekonomi, kemandirian umat Melayu Islam sekarang, semuanya kembali kepada isu kemerdekaan jiwa dan pemikiran mereka yang masih terjajah.
4. Masyarakat dan negara kita hendaklah bebas dari dikuasai oleh kapitalis yang bergerak secara berkelompok mahupun individu yang digelar sebagai ‘warlord’ yang dengan rakus cuba memonopoli ekonomi dan kehidupan sosial dengan menjajah pemikiran rakyat tanpa memikirkan kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain.
Sudah sampai masanya kita menolak sebarang usaha untuk menjadikan mana-mana individu, masyarakat dan negara sebagai ‘tawanan dan hamba’ melalui berbagai mekanisme seperti hutang yang mencengkam, ‘doktrin politik’ sesat, pemilikan harta secara haram, peras-ugut dan lain-lain.
5. Pastikan kita tidak dijajah secara fizikal mahupun pemikiran agar hidup kita bebas sebagai seorang hamba kepada pemilik segala alam iaitu Allah swt semata-mata. Tiada manusia yang boleh menjadikan kita hamba secara sedar atau tidak, jika kita benar-benar beriman dan yakin dengan kekuasaan Allah.
Hayatilah maani dari ungkapan kata-kata seorang sahabat Nabi saw, Ribie Bin Amir kepada panglima tentera musuh, Rustum, apabila ditanya tujuan kedatangannya ketika itu:
‘Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami memerdekakan manusia, daripada pengabdian diri sesama manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat’. Inilah tanggungjawab kita terhadap negara dan rakyat Malaysia.
6. Sehubungan dengan itu, amat penting bagi semua rakyat, terutama umat Islam, memahami erti sebuah kemerdekaan yang sebenar dan mengambil pengajaran bukan sahaja mengenai hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun, tetapi tentang sejarah perjuangan sebelum kemerdekaan dan cabaran selepasnya juga.
Semoga Hari Kemerdekaan pada kali ini membawa satu perubahan dalam diri setiap kita untuk menolak segala bentuk penghambaan dan penjajahan, mudah-mudahan ianya dapat membawa kita kepada kehidupan yang lebih baik dan penuh bermakna.
* Datuk Dr Ir. Ts. Badhrulhisham Abd Aziz - Presiden BERJASA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/jangan-biarkan-jiwa-pemikiran-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5849 Jangan Biarkan Mereka Terabai Ini Tanggungjawab Kita Tv Ppim 20 08 2020

5849 Jangan Biarkan Mereka Terabai Ini Tanggungjawab Kita Tv Ppim 20 08 2020

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 292 hits
Nak makan pun tak ada apatah lagi keperluan yang lain Bayangkan jika ini terjadi pada ibu atau ayah anda Sanggupkah anda membiarkan mereka merayu menagih belas dan kasihan hanya untuk mengisi perut mereka yang kosong Tidak akan beriman sese...
Menag Punya Pemikiran Khilafah Jangan Diterima Jadi Asn

Menag Punya Pemikiran Khilafah Jangan Diterima Jadi Asn

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 161 hits
Menteri Agama Fachrul Razi meminta kepada seluruh kementerian dan lembaga pemerintahan untuk tak menerima peserta yang memiliki pemikiran dan ide mendukung paham khilafah sebagai aparatur sipil negara atau Pegawai Negeri Sipil Ia juga memin...
Menpora Terus Gaungkan Kampanye Jangan Kendor Pakai Masker

Menpora Terus Gaungkan Kampanye Jangan Kendor Pakai Masker

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 402 hits
Menpora Zainudin Amali turut menghadiri acara Kampanye Nasional Gerakan Pakai Masker bersama Menko Perekonomian Airlangga Hartarto Ketua Satgas Penanganan Covid 19 yang juga selaku Kepala BNPB Doni Monardo dan Sekjen Kemenkes Oscar Primadi ...
Kita Bangunkan Tanah Rizab Melayu Jangan Jual Pada Bangsa Asing

Kita Bangunkan Tanah Rizab Melayu Jangan Jual Pada Bangsa Asing

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 354 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Bina kilang komersial atas tanah rizab sewa atau jual pada orang Melayu Pengkaji Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia Zaharah Sulaiman BANGI Tidak perlu bimbang sekiranya anda memiliki Tanah Rizab Melayu kerana ...
Jangan Busuk Hati Jalan Terus

Jangan Busuk Hati Jalan Terus

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 321 hits
Anwar bukan mcm lebai kemaruk jawatan dan busuk hati Meskipun ada yang cadangkan shafie jadi PM Anwar tetap membantu Warisan di Sabah kerana soal jawatan bukan dlm kepala Anwar Lebih penting BN atau Pengkhianat Negara atau Musyrikin Negara ...
Muhyiddin Terus Dikritik Oleh Pemimpin Umno

Muhyiddin Terus Dikritik Oleh Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 336 hits
Pemimpin Umno terus menerus mengkritik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Terbaru Timbalan Pengerusi BN Johor NUrjazlan Mohamad menggesa supaya berhenti ke sana ke sini bagi meraih sokongan ahli ahli Parlimen sebelum menjelang perbentangan be...
Msl 2020 Tfc Terus Pamer Kehebatan Tundukkan Sabah 4 0

Msl 2020 Tfc Terus Pamer Kehebatan Tundukkan Sabah 4 0

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 304 hits
Terengganu FC berjaya melonjak ke tangga kedua CIMB Liga Super Malaysia 2020 selepas mencatatkan kemenangan selesa 4 0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak sebentar tadi Sedar hanya kemenangan dapat me...
Tanpa Zuraida Pun Pkr Terus Hidup Amk Ampang Anjur Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tanpa Zuraida Pun Pkr Terus Hidup Amk Ampang Anjur Sambutan Bulan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 396 hits
Angkatan Muda KEADILAN Ampang bersama Pertubuhan Pembangunan Intelektual Insan menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan di Pangsapuri Ampang Saujana Ampang baru baru ini Program tersebut turut mengundang wakil dari Jabatan Bomba dan pihak Ma...
Anak Tak Henti Henti Menangis Pakar Kongsikan 5 Teknik Buat Anak Terus Senyap

Anak Tak Henti Henti Menangis Pakar Kongsikan 5 Teknik Buat Anak Terus Senyap

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 366 hits
Bila berdepan dengan masalah anak yang tak henti henti menangis kita mula rasa resah Lebih lebih lagi bila mencuba semua cara untuk meredakannya tetapi anak masih tidak berhenti menangis Bayi menangis sebenarnya ada sebabnya Salah satu seba...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Dah Sampai Pulau Phuket

Khidmat Mafia Putih Untuk Uruskan Teman Lelaki Bermasalah

Wanita Dakwa Ditekan Polis Tarik Balik Laporan Anak Autistik Diserang

Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station