Menteri Mahu Adakan Pertemuan Selesai Isu Mpm Tak Iktiraf Pakar


 
Zambry Abd Kadir berkata, beliau dimaklumkan tentang keengganan MPM mengiktiraf program kepakaran tertentu selepas beliau mengambil alih KPT pada Disember lepas.PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bercadang mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) bagi mencari penyelesaian isu kursus kepakaran tidak diiktiraf oleh universiti tempatan.
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata, beliau mahu melibatkan KKM agar punca masalah itu dapat dikenal pasti dan penyelesaian dapat dicapai secepat mungkin.
Semua hospital pengajar terletak bawah bidang kuasa KPT.
“Saya harap saya dapat bertemu mereka selepas Hari Raya,” katanya kepada FMT.
PlayBeliau juga akan mendapatkan bantuan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad untuk menyelesaikan isu ini.
“Dari segi bidang kuasa, (isu ini) terletak bawah KKM. Jadi, apa yang saya cuba lakukan adalah mengharmoniskan dua kementerian dan pergi ke akar, (memahami) apakah isu dan masalahnya,” kata Zambry.
Beliau berkata, pertemuan itu juga akan melibatkan wakil Universiti Sains Malaysia (USM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Menteri itu mengambil tindakan sedemikian selepas sekumpulan doktor tajaan kerajaan membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap MPM.
Enam doktor terbabit – graduan USM dalam bidang patologi (genetik perubatan) – berusaha mendapatkan semakan kehakiman untuk memaksa MPM mendaftarkan mereka dalam Daftar Pakar Kebangsaan agar mereka boleh berkhidmat sebagai pakar di Malaysia.
Mereka mendakwa keengganan MPM menyenaraikan mereka sebagai pakar adalah “tidak munasabah dan tidak rasional”, bersamaan salah laku oleh pengawal selia perubatan itu.
Menurut afidavit, kumpulan doktor itu memohon agar keputusan MPM itu dibatalkan, serta deklarasi pematuhan terhadap syarat pendaftaran dan perintah memaksa MPM mendaftarkan mereka.
Zambry berkata, beliau dimaklumkan tentang keengganan MPM mengiktiraf program kepakaran tertentu selepas beliau mengambil alih KPT pada Disember lepas.
Katanya, beliau juga tidak membantah sekiranya Dzulkefly mahu mengetuai perbincangan berhubung isu tersebut kerana kerajaan mahu mengkaji punca masalah ini yang telah merebak menjadi kebimbangan yang besar di negara ini.
“Kita akan maklumkan kepada MQA apa langkah-langkah penyelesaian yang boleh dilakukan,” katanya.
Kursus USM diiktiraf oleh 2 kementerian
Kursus genetik perubatan USM telah diiktiraf sebagai kursus pakar oleh KPM dan KPT. Biasiswa kerajaan turut ditawarkan bagi kursus tersebut, yang diterima oleh enam doktor terbabit.
Bagaimanapun, MPM enggan mengiktiraf kursus tersebut dan meminta USM agar mendapatkan akreditasi semula baginya.
Keputusan MPM itu mencetuskan kontroversi, dilihat sebagai membatalkan pengiktirafan oleh KPM dan KPT sebelum ini.
Rekod rasmi yang dilihat oleh FMT menunjukkan bahawa doktor-doktor terbabit telah diwartakan sebagai pakar oleh sama ada KPT atau ketua pengarah kesihatan, yang juga presiden MPM.
Semakan dengan daftar pakar menunjukkan bahawa seorang pakar genetik perubatan yang terlatih dengan USM tersenarai pada 2015 selepas menamatkan kursus yang sama dengan enam doktor tersebut.
Pada masa ini, terdapat 10 pakar genetik perubatan di Malaysia tetapi hanya seorang yang tersenarai dalam Daftar Pakar Kebangsaan, membolehkannya berkhidmat sebagai pakar.
Minggu lepas, Dzulkefly berkata, Akta Perubatan 1971 dijangka dipinda pada sidang Dewan Rakyat Jun ini bagi membetulkan isu berkaitan dengan pengiktirafan pakar oleh MPM.
Beliau menegaskan komitmen KKM untuk menambah bilangan pakar bagi menampung keperluan negara.
Bagaimanapun, beliau masih belum mengesahkan sama ada pindaan undang-undang itu akan terhad kepada calon program laluan selari (parallel pathway), melibatkan universiti luar negara, atau merangkumi semua kursus kepakaran, termasuk kes doktor patologi genetik terbabit. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/menteri-mahu-adakan-pertemuan-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Ubi Kayu Ganti Beras Tunggu Isu Bpt Selesai Cadang Johari

Makan Ubi Kayu Ganti Beras Tunggu Isu Bpt Selesai Cadang Johari

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 487 hits
freemalaysiatoday com 06 Apr 2024 04 30 PMUbi kayu dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sebagai sumber karbohidrat kata speaker Dewan Rakyat itu Johari Abdul berkata langkah menggantikan beras dengan ubi kayu boleh menyelamatkan rakyat ...
Kda Fc Akan Mengadakan Pertemuan Untuk Menyelesaikan Isu Isu Pada Minggu Depan

Kda Fc Akan Mengadakan Pertemuan Untuk Menyelesaikan Isu Isu Pada Minggu Depan

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 198 hits
Pengurusan Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman FC berancang untuk menjelaskan pelbagai kebimbangan berkenaan cabaran terkini yang dihadapi oleh kelab itu minggu depan kata pemilik majoriti Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar Kami akan tunggu sehingga ...
Hiburan Kepada Isteri Tutuplah Aib Rumah Tangga Daripada Didedahkan Pada Umum Ustaz Dusuki Komen Isu Aliff Bella

Hiburan Kepada Isteri Tutuplah Aib Rumah Tangga Daripada Didedahkan Pada Umum Ustaz Dusuki Komen Isu Aliff Bella

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 348 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki menasihati golongan isteri agar tidak membuka aib rumah tangga jika ada masalah sehingga diketahui umum Menerusi Ahmad Dusuki turut mengajak pasangan berkahwin untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk ...
K Drama Ini Pernah Ditunda Dek Isu Jo Byeonggyu Penulis Mengamuk Dek Tuduhan Buli Song Hayoon Pula

K Drama Ini Pernah Ditunda Dek Isu Jo Byeonggyu Penulis Mengamuk Dek Tuduhan Buli Song Hayoon Pula

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 309 hits
Apabila ada pelakon yang dilanda kontroversi bukan dia sahaja yang terkena tempiasnya Artikel Berkaitan Terbaru Kim Poong yang terkenal sebagai pelukis webtoon personaliti televisyen dan penulis skrip meluahkan kekecewaannya selepas pelakon...
Hakim Mk Arief Hidayat Pilpres 2024 Paling Hiruk Pikuk Ada Pelanggaran Etik Hingga Isu Cawe Cawe Presiden

Hakim Mk Arief Hidayat Pilpres 2024 Paling Hiruk Pikuk Ada Pelanggaran Etik Hingga Isu Cawe Cawe Presiden

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 273 hits
hakim semula hendak memanggil Jokowi untuk meminta keterangan Namun dibatalkan demi menghargai kepala negara
Kena Cantik Saya Tak Pernah Didiskriminasi Sabrina Ulas Isu Orang Korea Rasis Dengan Orang Malaysia

Kena Cantik Saya Tak Pernah Didiskriminasi Sabrina Ulas Isu Orang Korea Rasis Dengan Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 308 hits
Baru baru ini kecoh mengenai perbincangan yang tular di serata X mengenai kisah orang Korea yang memandang rendah orang Malaysia Artikel Berkaitan Menurut individu yang mengulas kisah itu dia menceritakan bagaimana rakannya iaitu seorang or...
Isu Sampah Sudah Dibawa Ke Pihak Kementerian Kerja Raya Lembaga Lebuhraya Malaysia

Isu Sampah Sudah Dibawa Ke Pihak Kementerian Kerja Raya Lembaga Lebuhraya Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 427 hits
LIPIS Kerajaan negeri telah membawa isu pembuangan sampah sarap di tepi bahu jalan laluan Lingkaran Tengah Utama di sini kepada pihak Kementerian Kerja Raya serta Lembaga Lebuhraya Malaysia Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berk...
Isu Kartel Padi Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras Negara Jangan Beri Alasan Takut

Isu Kartel Padi Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras Negara Jangan Beri Alasan Takut

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 406 hits
Noorazura Abdul Rahmanbhnews bh com myPengerusi Task Force Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Foto NSTPSUNGAI PETANI Majlis Tindakan Sara Hidup Negara percaya tidak timbul isu sabotaj pengedaran b...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0