Menteri Luar Hubungi Tpm Kemboja Agar 47 Rakyat Malaysia Dibebaskan Segera


     Menteri luar , Datuk Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menghubungi Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Prak Sokhonn, yang juga Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa bagi menzahirkan hasrat Malaysia agar kesemua 47 warga Malaysia yang kini ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey dibebaskan segera.

Ketika menghubungi Sokhonn lewat petang hari ini, Saifuddin menyampaikan rasa terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Kemboja itu atas keprihatinan beliau dalam perkara itu.

Loading...
"Saya juga memohon supaya pihak Kemboja dapat memberikan kerjasama dalam memastikan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan.

Saifuddin berkata, beliau turut menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas kerjasama yang diberikan kerajaan Kemboja terutamanya dalam membenarkan beberapa lawatan konsular daripada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terhadap tahanan tersebut.

Saifuddin berkata dua pegawai kanan Wisma Putra yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian Konsular dan Ketua Bahagian Undang-Undang Kementerian Luar telah bertolak ke Banteay Meanchey hari ini untuk meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Kemboja berhubung penahanan warga Malaysia.

Khamis lepas, Wisma Putra mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Disember tahun lalu, atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.


Saifuddin berkata beliau telah menekankan bahawa Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang Kemboja dan kerajaan Malaysia sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya mematuhi undang-undang tempatan di mana jua mereka berada.

"Dalam hal ini, Malaysia telah memohon supaya pertimbangan ke atas perkara ini dapat dipercepatkan agar mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan kadar segera,” katanya.

Saifuddin dalam pada itu berkata Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Ruzaimi Mohamad telah berada di Banteay Meanchey sejak semalam untuk memberikan bantuan konsular berterusan kepada warga Malaysia yang ditahan.

Lawatan konsular itu merupakan susulan kepada bantuan konsular yang diberikan oleh pegawai Kedutaan Besar pada 22 Jan lepas.

Kedutaan Besar Malaysia juga telah memudah cara lawatan Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien bersama beberapa anggota keluarga tahanan untuk membuat lawatan ke Penjara Banteay Manchey hari ini, katanya.

Atas inisiatif kedutaan, Saifuddin berkata seorang doktor daripada badan bukan kerajaan, Hospital Beyond Boundaries, turut serta dalam lawatan itu untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada di tahap yang baik.

"Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan kes ini dengan rapi dan akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam usaha mengembalikan mereka ke pangkuan keluarga di Malaysia,” kata Saifuddin.

- Bernama
Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/menteri-luar-hubungi-tpm-kemboja-agar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Kepada Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

Terima Kasih Kepada Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 405 hits
15 Februari 2019 9 43 PM KUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang memberikan kerjasama ba
Soal Unicorn Prabowo Dinilai Ingatkan Agar Kekayaan Tak Mengalir Ke Luar Negeri

Soal Unicorn Prabowo Dinilai Ingatkan Agar Kekayaan Tak Mengalir Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 258 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gerindra Fadli Zon menjelaskan maksud pernyataan Prabowo Subianto terkait pendanaan usaha untuk strat up usaha digital atau unicorn Menurutnya Prabowo hanya merasa khawatir unicorn akan menjadi sarana impor barang da...
Sikap Toleransi Rakyat Malaysia Adalah Kunci Pembangunan Dan Keamanan Negara

Sikap Toleransi Rakyat Malaysia Adalah Kunci Pembangunan Dan Keamanan Negara

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 467 hits
SEREMBAN Sikap toleransi yang diamalkan rakyat Malaysia merupakan kunci kepada pembangunan dan keamanan negara kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata walaupun negara memiliki masyarakat berbilang kaum dan agama namun ra...
Informasi Rakyat Muak Menteri Bergaduh Sesama Sendiri Tun Daim

Informasi Rakyat Muak Menteri Bergaduh Sesama Sendiri Tun Daim

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 393 hits
DAIM ZAINUDDIN menyampaikan ucapan dalam majlis Launcheon Talk Atmosfera Ekonomi Bumiputera Masa Hadapan di Dewan Sri Budiman Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor semalam BERNAMASHAH ALAM 30 Jan BEKAS Pengerusi Majlis Penasihat Kera...
Faktor Kemiskinan Punca Rakyat S Wak Ditahan Di Kemboja

Faktor Kemiskinan Punca Rakyat S Wak Ditahan Di Kemboja

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 260 hits
MALAYSIAKINI Penahanan 47 rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Kemboja dan status mereka sebagai mangsa pemerdagangan manusia menimbulkan kebimbangan mengenai isu itu Dilaporkan seramai 44 daripada 47 rakyat Malaysia berasal dari Sarawak dit...
Tkn Jokowi Nilai Prabowo Iming Iming Kursi Menteri Agar Koalisi Semangat

Tkn Jokowi Nilai Prabowo Iming Iming Kursi Menteri Agar Koalisi Semangat

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 218 hits
TKN Jokowi Nilai Prabowo Iming Iming Kursi Menteri Agar Koalisi Semangat Di Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf belum bicara soal menteri Karena fokus kampanye Johnny juga mengatakan kalau Jokowi memilih orang orang profesional dalam kabine...
Masalah Logistik Kini Halang Bawa Pulang 47 Rakyat Malaysia

Masalah Logistik Kini Halang Bawa Pulang 47 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 368 hits
KUANTAN Kesemua 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan di Kemboja semalam masih berada di negara itu selepas menghadapi masalah pentadbiran dan logistik yang menghalang mereka menaiki pesawat pulang ke tanah air pagi ini kata Menteri Luar Datuk...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan