Menteri Kewangan Jumpa Pemimpin Ph Bincang Belanjawan Esok



(Malaysiakini) – Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dikatakan akan berjumpa beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) esok untuk berbincang berhubung Belanjawan 2021.
Ini selepas Majlis Presiden PH menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar mengadakan perbincangan dengan pembangkang berhubung Belanjawan 2021.
“Menteri akan jumpa pemimpin PH pada Ahad ini di Pejabat Kementerian Kewangan, Putrajaya.
“Sebanyak 10 pemimpin dibenarkan menghadiri perbincangan tersebut yang diadakan selama dua jam antara 3 petang hingga 5 petang,” kata sumber yang dekat dengan Pejabat Perdana Menteri kepada Malaysiakini.
Jurucakap pejabat Zafrul mengesahkan perjumpaan itu dan memaklumkan bahawa ia sudah mula mengusahakan perjumpaan itu sejak minggu lalu.
Jelasnya, pada Jumaat lalu, Zafrul sudah berjumpa dengan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq dan Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking.
“Perjumpaan ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menghasilkan belanjawan yang komprehensif, dengan mengambil kira cadangan ahli politik daripada semua parti politik,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri perjumpaan berkenaan.
Jelas Saifuddin, PKR menerima surat daripada Kementerian Kewangan yang menjemput empat wakil parti.
Saifuddin juga menambah bahawa dia akan mengetuai delegasi PKR dalam perjumpaan itu esok.
Pada 29 Okt, dalam kenyataan media yang ditandatangani Presiden PKR merangkap Pengerusi PH Anwar Ibrahim; Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mereka menggesa kerajaan PN mengadakan perbincangan secara rasmi berhubung belanjawan.
Menurut PH, gesaan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Maka perdana menteri harus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dengan mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini, supaya ia dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Tuanku,” kata Majlis Presiden PH selepas mesyuarat di ibu pejabat PKR, pada Khamis yang lalu.
Malaysiakini telah menghubungi Tengku Zafrul untuk mendapatkan ulasan.
Sementara itu, seorang ahli parlimen DAP mengesahkan bahawa pemimpin PH akan membuat perbincangan dengan kerajaan PN.
“Ya, kami akan jumpa pada Ahad.
“Setiap parti akan diwakili tiga orang. Salah seorang pemimpin kanan akan mengetuai perbincangan ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut ahli parlimen dari Perak itu perbincangan itu juga adalah bagi menyerahkan cadangan gabungan PH berhubung elanjawan.
“Mereka (kerajaan PN) nak kita sokong bajet. Tapi, bagaimana nak sokong jika ia tidak menyentuh kepentingan rakyat?” soalnya.
“Jadi, kami akan jumpa mereka untuk menekan beberapa isu penting seperti lanjutan moratorium dan sebagainya,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, pada 28 Oktober lalu, Sultan Abdullah menyeru semua ahli parlimen menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Dewan Rakyat.
Dalam kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda menyeru agar mereka mengenepikan perbalahan politik dan mengutamakan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara agar Belanjawan 2021 diluluskan tanpa gangguan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/31/menteri-kewangan-jumpa-pemimpin-ph-bincang-belanjawan-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR UMNO hari ini menyerahkan Memorandum Suara Hati Rakyat terhadap Belanjawan 2021 kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Putrajaya Memorandum tersebut mengandungi 10 cadangan utama untuk memastikan peningk...
Intipati Ucapan Belanjawan 2021 Oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Intipati Ucapan Belanjawan 2021 Oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 472 hits
Intipati Ucapan Belanjawan 2021 Oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Assalamualaikum Sekarang ramai yang tertunggu apa belanjawan 2021 yang diumumkan pada 6 November 2021 kan Lagi sebulan nak melangkah ket...
Dr Mahathir Jumpa Ku Li Dan Pemimpin Lain Bincang Kerajaan Perpaduan Sumber

Dr Mahathir Jumpa Ku Li Dan Pemimpin Lain Bincang Kerajaan Perpaduan Sumber

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 375 hits
1 131 total views 1 131 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan Sumber dari pejabat Mahathir mengesahkan bahawa ...
Perdana Menteri Harus Junjung Titah Tuanku Dan Berunding Segera Dengan Pembangkang Berkenaan Belanjawan 2021

Perdana Menteri Harus Junjung Titah Tuanku Dan Berunding Segera Dengan Pembangkang Berkenaan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 402 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja di atas penolakan berprinsip terhadap permohonan Perdana Menteri untuk mengisytihar darurat Kenyataan Majlis Raja ...
Tular Nama Ahmad Maslan Disebut Sebagai Bakal Menteri Kewangan Ii

Tular Nama Ahmad Maslan Disebut Sebagai Bakal Menteri Kewangan Ii

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 308 hits
377 total views 377 views today Senarai nama barisan Kabinet dan pengumuman pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Perikatan Nasional yang tular di media sosial dilihat sebagai spekulasi yang tidak mempunyai kebenaran Setiausaha Agung UMNO Dat...
Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 398 hits
Sama ada Amanah akan menyokong atau menolak Belanjawan 2021 akan diputuskan selepas majlis presiden Pakatan Harapan bermesyuarat esok selepas Agong hari ini menasihatkan ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 Kita akan bincang pelbagai per...
Muhyiddin Didakwa Elak Jumpa Umno Bincang Syarat Baru

Muhyiddin Didakwa Elak Jumpa Umno Bincang Syarat Baru

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 280 hits
B Nantha KumarPerdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa mengelak berjumpa dengan pimpinan Umno bagi berbincang mengenai syarat baru kerjasama politik dengan Perikatan Nasional dalam usaha menyelamatkan gabungan itu Ini selepas beberapa percu...
Pertemuan Pemuda Pas Dengan Menteri Kewangan Atas Beberapa Cadangan

Pertemuan Pemuda Pas Dengan Menteri Kewangan Atas Beberapa Cadangan

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 276 hits
Alhamdulillah baru sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Dato Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di Kementerian Kewangan sebentar tadi Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menyertai rombonga...
Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Luahan Terbaik Seorang Pelukis

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Amalan Seperguruan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

Kumpulan Sumisaujana Berhad Melancarkan Prospektus Sempena Cadangan Ipo Di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Surprises At Dap Polls But Has Anything Really Changed

Cara Betul Ambil Pil Kalsium Dengan Berkesan

Neolamprologus Pulcher A Cichlid With An Unusual Lifestyle Practical Fishkeeping

Hukum Zakat Uang Kertas Penggabungan Dengan Emas Dan Perak Untuk Melengkapi Nisab