Menteri Kereta Terbang Tuduh Zahid Cuba Kelirukan Istana Negara



Menteri ‘Kereta Terbang’ tuduh Zahid cuba kelirukan Istana Negara. Seorang menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan kegagalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memperjelaskan kesahihan senarai surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen parti itu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bahkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof turut meminta Ahli Parlimen Bagan Datuk memperjelaskan bentuk kerajaan alternatif kepada rakyat sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) benar-benar sudah jatuh.
Jelas Mohd Redzuan, pada saat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa tidak lagi memiliki sokongan majoriti, Ahmad Zahid merupakan pihak yang sepatutnya mempamerkan bukti SD ahli-ahli Parlimen UMNO tidak lagi menyokong kerajaan kepada umum.
“Berdasarkan sidang media Zahid semalam (Selasa), sekurang-kurangnya 10 ahli Parlimen UMNO dipercayai mengikut keputusan Presiden UMNO itu menandatangani SD menarik sokongan daripada kerajaan PN.
“Namun berdasarkan kenyataan umum, hanya lima daripada mereka sahaja yang mengeluarkan kenyataan terbuka menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin iaitu Ahmad Zahid sendiri; Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Said Othman dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
“Jadi, adakah angka SD mencukupi itu tepat? Sepatutnya Ahmad Zahid kena tunjukkan mereka ada sokongan cukup untuk keluar kerajaan selain perlu mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong apa bentuk kerajaan alternatif kelak. Mengapa tidak buat?” katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.
Zuraida biadap dengan Agong – Hans Isaac

Beliau berkata demikian bagi mengulas status kedudukan kerajaan PN susulan Ahmad Zahid mengumumkan bahawa surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sejumlah 12 ahli Parlimen UMNO turut disahkan menarik sokongan daripada kerajaan PN yang diketuai Ahmad Zahid sendiri selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menegaskan Muhyiddin sehingga kini masih memiliki majoriti mudah untuk mempertahankan kerajaan PN dan tidak perlu melayani sebarang desakan mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan.
Jelas beliau, bukti keabsahan Perdana Menteri itu difahamkan sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dengan perkara itu bakal menjadi maklumat sahih untuk menunjukkan kedudukan Muhyiddin sebagai ketua kerajaan pastinya tidak boleh disangkal.
“Tidak timbul Muhyiddin hendak meletak jawatan atau diasak untuk meletak jawatan kerana kami mewakili barisan Kabinet dan ahli-ahli Parlimen PN, kesemuanya berdiri teguh di belakang beliau ketika ini.
“Nasihat saya kepada Ahmad Zahid dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika benar kamu mempunyai sokongan majoriti mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baharu, buktikan sahajalah dalam persidangan Dewan Rakyat atau tunggu pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Sebenarnya mereka ini tiada bukti cukup sokongan tetapi sengaja mengada-adakannya untuk menimbulkan kacau bilau politik. Jangan jadi perosak negara,” katanya.
Menteri ‘Kereta Terbang’ tuduh Zahid cuba kelirukan Istana Negara
Baca Artikel Menarik :
Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin Earth-shattering day for Muhyiddin Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best Layari Laman Facebook MYKMU
Parti pembangkang sepakat tolak kepimpinan Muhyiddin

The post Menteri ‘Kereta Terbang’ tuduh Zahid cuba kelirukan Istana Negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/04/menteri-kereta-terbang-tuduh-zahid-cuba-kelirukan-istana-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

Perdana Menteri Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 186 hits
Raja Hisyam Raja Zaid Ogos 4 2021 10 56 MYTKenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki pintu Istana Negara pada jam 10 53 pagi Astro AWANIKUALA LUMPUR Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasu...
Sumber Istana Negara Nafi Anwar Akan Mengadap Agong

Sumber Istana Negara Nafi Anwar Akan Mengadap Agong

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 246 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 1 50 pmDikemaskini 2 15 pmKEMAS KINI Laporan ini dikemas kini dengan penafian dari sumber Istana Negara Sumber Istana Negara menafikan dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diberi perkenan un...
Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis

Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas akan melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu Menurut Timbalan Dewan Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari pembocora...
Surat Istana Negara Kepada Pm Disahkan Palsu

Surat Istana Negara Kepada Pm Disahkan Palsu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 260 hits
Surat daripada Istana Negara kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang tular dalam media sosial baru baru ini disahkan palsu Memetik laporan BH Online perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ment...
Istana Negara Takiyuddin Misled Parliament On Eo Agong Very Disappointed

Istana Negara Takiyuddin Misled Parliament On Eo Agong Very Disappointed

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 217 hits
De facto Law Minister Takiyuddin Hassan had misled Parliament on the annulment of the emergency ordinances said Istana Negara In a statement today the palace said Takiyuddin and Attorney General Idrus Harun also did not fulfil their promise...
Istana Negara Dukacita Takiyuddin Tak Faham Maksud Dukacita Gamaknya Durhaka Sang Lebai

Istana Negara Dukacita Takiyuddin Tak Faham Maksud Dukacita Gamaknya Durhaka Sang Lebai

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 269 hits
Ada walaun mula bermain dengan perkataan asal bukan DAP Makna kata biar derhaka asal bukan DAP Tengok betapa kurang ajarnya PNKHIANAT KERAJAAN DERHAKA ini dana penyokongnya Berani membelakangi Istana Negara dan inikah contoh kerajaan Melayu...
Walau Parlimen Tutup Menteri Dan Peguam Negara Berkumpul Di Rumah Pm Malam Tadi

Walau Parlimen Tutup Menteri Dan Peguam Negara Berkumpul Di Rumah Pm Malam Tadi

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 193 hits
FAZLI RADZIWalaupun sidang Parlimen ditangguhkan atas alasan bagi mencegah perebakan jangkitan Covid 19 lain pula halnya dengan sekumpulan menteri apabila berkumpul di rumah Perdana Menteri Pertemuan mereka malam tadi termasuk Peguam Negara...
Hanya Sebanyak 16 Peratus Sahaja Rakyat Pahang Berpandangan Kewangan Perlu Di Rancang

Mahb Deal Merging Control Through Public Private Partnerships

Pinggan Sihat Malaysia Cara Merancang Diet Contoh Hidangan

Sg Bakap A Good Day At Black Rock

Datuk Awie Kagum Bukan Islam Positif Al Hamdulillah

Kalah Tetap Kalah Menteri Komunikasi Tak Celik Lagi Jkom P Mo Pula Banyam Lena Dafi Celik Keh Keh Keh

Kalah Prk Sg Bakap Rakyat Kurang Percaya Kerajaan Kata Puad

Survei Indikator Politik Kaesang Lebih Populer Dibanding Irjen Ahmad Luthfi Di Pilkada Jateng



Biodata Terkini Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed Bekas Isteri Nazim Razak Yang Selepas Bercerai Katanya Dah Kahwin Dan Bersuami Tapi Dengan Siapa

8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia


Derajat Hadis Daging Sapi Adalah Penyakit

Breakfast Dengan Soft Cookies

Salam Maal Hijrah

Individualized Education Tailoring The Montessori Curriculum For Your Child

Ipar Adalah Maut Versi Pulau Pinang Lelaki Terkejut Isteri Curang Lahirkan Anak Biras

Study Why Ph Candidate Lost In Sungai Bakap Says Mohamad